Monday, November 19, 2012

jiwa aku mati

untuk entri kali ni, aku biarkan jari jemari menaip. biarkan apa yang ada di fikiran aku terus aku interpretasi kan di entri ini.

*tarik nafas dalam2*

aku mungkin tak sebertuah orang lain, pun begitu aku tetap rasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan atas segala limpah kurnianya.  aku tak pernah berhenti berharap akan ada sinar bahagia untuk aku, dan keluarga aku. 

pernah sekali aku rasa jiwa aku semakin kosong. tak mungkin hanya kerana perpindahan ini aku menjadi manusia yang mati jiwanya. mati semangatnya. mati keikhlasannya..

saban hari aku dihantui rasa bosan, benci, menyampah.. aku stress. 

aku stress dengan orang2 disekeliling aku. aku merasakan kehidupan aku sudah tak sebahagia dulu. aku bukan orang yang seperti ini, seingat aku ... aku bukan manusia yang malas pergi kerja. aku tak pernah ponteng kerja. aku ikhlas dengan setiap apa yang aku buat. aku belajar. 

tapi sekarang aku lah orang yang terasa ingin mengisi borang opsyen bersara pilihan. nak bersara seawal 4 tahun perkhidmatan. ingat dapat??

bila aku kira2 semula...ada lebih 34 tahun lagi untuk aku berkhidmat. menabur bakti kepada kerajaan. menjadi penggiat kepada usaha2 kerajaan. kau ingat aku suka? aku sudah mula rasa bosannya.

betul kata penceramah ketika aku mengikuti induksi...keseronokan bekerja hanya akan dirasa seawal 1-2 tahun perkhidmatan. selepas dari itu, mula ada rasa mahu berhenti, mahu mencari yang lebih baik..

jangan risau.. aku tak sebodoh itu. insya Allah aku berusaha menjadikan diri aku kental akan ujian Allah yang satu ini.

saban hari aku akan termenung depan almari baju. termenung. fikir...baju apa nak pakai. garu2 kepala...masuk bilik air tengok cermin... termenung lagi...
wafiy...itulah yang mendorong aku kuat. kuat melaksanakan tugas aku walau hati aku sebenarnya seperti kertas renyuk. renyuk. tunggu masa nak koyak.

aku benci berdepan dengan manusia2 hipokrit. fake. plastik. 

bercakap bagai tahu semua hukum Tuhan. tapi hakikatnya...mengumpat itu berdosa. ya berdosa.. tapi duduk setengah jam bercerita hal orang itu bukan mengumpat namanya??

aku takut sebenarnya. takut berdepan dengan manusia2 seperti ini, di depan kita...dia bercerita hal orang.. dan semestinya di belakang kita dia pon turut menceritakan hal kita kan? aku tak pasti lah mereka2 ni yang katanya alim2 ni, faham atau tidak yang namanya mengumpat itu berdosa. 


ah. aku stress. aku stresssss....

jari aku sudah mahu berhenti. menaip rasa tak puas hati sampai tiga pagi juga takkan abis. tak kan. 

biarlah selebihnya aku yang simpan. 


Ya Allah...beratnya kepala aku.

5 comments :

Hustler said...

Hope ko tabah kaka long, aku dah setahun stengah dah hadap org2 macam nih, mmg sakit jiwa kekdahnyer, nak wat cana, kita selalunyer SYMp jek.

Najwa.H said...

Perasan juga...sejak sha pindah keje tmpat baru, mcm stress je.
Memang, kalo kawan sejawatan/sama tempat kerja tak sekepala mmg rasa susah hati nak kerja.
Ini , sudahla xsekepala, byk bercerita hal org pulak. Uhuhu.

Bersabarla, doa2 byk2 , mana tahu Allah buka peluang di tempat lain dgn peluang rezeki yg lebih baik...siapa tahu,satu hari nanti...kan

Unknown said...

sabar tau. aku faham situasi kau. sebab tu mintak tukar cepat-cepat.
memula aku fikir bila aku tukar tempat kerja keadaan akan berubah. rupanye kene tukar jabatan baru rasa bahagia walau kerja banyak gila.. kalau ada peluang untuk tukar, sila-silalah.. tak guna berada dikalangan yang plastik, situasi yang menjelikkan

Cik Puan Bunga said...

Aku pernah apa macam ni dulu . Pergi kerja rasa bosan nak mati . Benci suasana kerja .

Tapi kuatkan jugak hati , kuatkan .

Tak ada sinar , cari sinar .

Yg penting . KUATKAN HATI , KUATKAN HATI !

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

dah la yang..jgn pk sgt..kuatkan hati..buat xtw je ape yg diorang buat sbb ape yg diorang buat xluak ape2 pun kt kite..yg penting sentiasa +ve kan diri ye..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.