Wednesday, October 17, 2012

kasihani cinta yang aku miliki

assalamualaikum ..

pepetang ni aku tade mood nak keje sangat sebab hari ni keadaan macam clear sikit. 

semalam, aku mimpi tentang Akasha. pelakon tu. 
siyes..aku memang minat die since die nyanyi lagu 

"kau kekasih...kau yang sayangi...."



masa tu aku form 2. see?? masa tu aku 13 tahun.(abaikan umur aku) till now aku masih meminati dia.
sejak2 die menjadi hero dalam drama petang2 tu, memang ia memang mengembalikan nostalgia aku lekatkan pic die kat buku teks English. bangganya aku masa tu mengusung buku teks tu belakangnya ada pic Akasha. aku rasa itu yang paling terohsem. ah. 

sedap aku mimpi Akasha datang jumpa aku, ada plak kaki wafiy sepak muka aku. dah sedar. ish. memang kacau line. pastu try nak pejam2 balik kot2 boleh continue mimpi tadi ke kan, tade manenye. terus potong.


mimpi tentang lelaki kacak itu memang aku tak nafikan lah selalu menghantui aku, sebab keesokan harinya aku mesti akan rasa macam terkesan kat hati. hebat "kick" mimpi aku. 

kalau aku dapat jumpa dia, aku nak bagitau dia, aku memang minat giler dengan mata dia  yang sepet dan kening dia yang lebat tu. 
terms of my febret bf dlu2...mesti mata sepet dan kening lebat. most of them (macam ramai kan) memang begitu lah keadaannya..

tapi dapat suami memang tak de mata sepet kening lebat der.

ouh. kenapa?

sebab aku bukan jatuh cinta dengan suami kerana rupa. tapi kerana hati. keikhlasan dia. keyakinan dia, kekuatan dia mengingini aku menjadi pendamping dirinya ...

kadang2 aku borak2 dengan kakak aku, selamber je akak aku kata koleksi bf aku semua muka pecah. ahahaha..tapi koleksi skendel mendel kacak2. aku merasakan terms kacak aku tu macam disoder je dengan pilihan aku. ah susah aku nak bagi faham kat korang. cerakinkan sendiri ayat aku, kalau yang aku kata hensem tahap ohsem maka orang itu akan hanya jadi skendel aku. kalau aku jadikan bf selalunya muka biasa2 tade lah tahap karektor drama rupanya. ahahahahah...

aku percaya, bukan aku sorang je menghadapi situasi meminati seseorang tapi orang tu tak akan jadi milik aku. 

girls, jangan nangis hentak2 kaki bila orang yang korang minat tu keluar dengan kawan baik korang..
jangan campak2 teddy bear bila tengok orang yang korang admire tu ada gf sebelah dorm korang...
jangan. jangan. jangan.

keep  yourself behave. rileks..
still boleh meminati dia dalam diam, jadikan dia pembakar semangat. 
selalunya bila aku  berdepan dengan somebody yang aku minat, sepertinya ada aura.... walau jauh mana pun aku nampak kelibat dia, aku akan tenung dia..
tak lama..dalam seminit kemudian aku paling muka aku. 

kalau aku nak ceritakan kat sini sapa yang aku minat, kat mana aku praktikan benda2 ni kantoi abis cerita aku nanti. ahahaha...biarlah menjadi memori. 

tapi cuba lah try praktikan apa yang aku cakap tadi, kalau minat, just rileks, nampak die kat mana2 buat macam biasa, then bila ada peluang tenung , renung dari jauh pon takpe..lepas beberapa minit palingkan muka. nanti orang tu pon akan dapat rasa macam ada orang tengokkkan dia...

ahahahahaha...cer try.. aku tak tipu. ini petua bekas player pencen bagi kat aku. memandangkan aku pon dah pencen gak, so aku turunkan ilmu ni kat kalian yang berminat. tapi aku tak jamin atas keberhasilan nya ok. kalau berhasil syukurlah. kalau tak berhasil, mybe kau ada masalah mata lah tu. yang kau minat lain, yang kau tenung guard ofis. memang tak lah kan...


kita pon...kalau ada orang minat, ada orang try usha2 kita, jangan menonong2 maki hamun ok. jangan. ingat. lelaki ni tak macam perempuan.. mereka golongan yang ego. 
jadi kalau kau reject diorang berdepan, menyumpah2, ia mungkin membangkitkan kemarahan. kalau kena yang marah kat situ juga takpe, kalau kena yang pendendam.dibomohkan korang cane?? fikir abis2 kalau nak marah , nak maki ke apa..

if ada situasi yang membuatkan korang rasa nak muntah dengan sifat orang yang try usha korang, mereka tak bersalah sebenarnya...mereka cuma mahu menyampaikan hasrat..
"kasihanilah cinta yang aku miliki".

itu aje.

6 comments :

Hustler said...

"Kasihanilah cinta yang aku miliki" Hahahahahaha... Pom!!

Santet!!!

Gda Hanum said...

suke entry nih..

Miss Tasantek said...

kesian...kan?

Miss Tasantek said...

Gda Hanum :)

kau suka aqashah jugak tak?

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

betul2..setuju sangat2..dlu aku pn minat kt aqasha time die berlakon embun tu..aku minat sebab cm hensem bangat bile die xbyk rmbut..hehe

tp la ni aku minat giler kt shahir Af ngn Anuar Zain..shahir aku dh jumpa, cm nk ngs rasa..aku rasa klo aku jumpa anuar zain mau pengsan gamaknye..hehe

Miss Tasantek said...

yes....aku tak keseorangan ni. kikiki..

aku time preggy wafiy jumpa aaron aziz. ahahahaha..speechless..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.