Monday, October 22, 2012

maaf. aku terhina dengan gurauan kasar itu.

"kau dulu tak penah bukak ke pekeliling ni tasha? bos kau dulu tak ada suruh bukak ke?? hakim tak guna pekeliling ni ke?? "

sambil bercekak pinggang, kak fatty membebel. aku cuma diam. berdesing telinga aku bila dia tanya ex- bos aku dulu tak guna pekeliling.

"
saya dulu bukan duduk kat pentadbiran puan. :) " aku menjawab dengan senyuman paling fake aku penah buat. aku cuba bertabah. aku tahan diri aku dari terlalu mengikut emosi. aku tak nak air mata aku gugur lagi depan manusia tak ada perasaan ni.

"patotlah hakim kalau nak buat keputusan tergagap. gagagagagagaga..." sambil mengajuk cara bercakap orang gagap Kak Fatty (nama samaran)  tanpa rasa bersalahnya mengakhiri ajukan nya itu dengan hilaian ketawa. 

aku senyum. fake sekali aku rasa ketika itu. tapi apakan daya itu je yang mampu aku lakukan. tak kan aku nak ajak bertumbuk pulak wanita separuh abad ni. ada tak ada aku senyum. 

yang aku pasti, kali ni even aku diperli seperti itu, aku tak sedikitpun menakung air mata. kalau beberapa bulan lepas , aku mungkin mudah mengalirkan air mata, tapi hari demi hari aku semakin tabah.

diperlakukan sebegini, membuatkan aku menjadi bertambah rindu dengan boss aku yang dulu..

tuan, kalau tuan baca ini saya nak tuan tahu, saya memang bukan p.a yang baik untuk tuan, tapi saya tak kan lupa jasa tuan, budi tuan pada saya...sungguh saya rindukan suasana makamah.

dan ya..aku juga rindukan Raudhah.

kalau odah ada masa ni, mesti dia akan duduk dan dengar cerita aku, kami akan berbual sehingga tak sedar masa dah berlalu..

aku rindu suasana itu. 

anim.... wani...kak rin...kak sae..kak watie...murni...

kak fatty..
tak baik cakap ex boss saya mcam tu, dia hakim, dia tak bukak pekeliliing..die bukak arahan amalan, tatacara mal dan jenayah, kitab fiqh ...
kak fatty tau tu apa?? tau tak apa yang saya buat sebelum ni??
jangan menghina kerja orang lain, kalau kita tak tau , buat cara tak tau. setiap orang kan lain2 kepakarannya..

kak fatty mungkin handal bab2 mencari salah orang lain, tapi kak fatty kena ingat... mencari sangat salah orang pon kadang2 tak sedar salah diri sendiri.
jabatan saya dulu tak cari salah orang tapi membetulkan keadaan yang salah..jadi itu sudah berbeza dari nature work kita..
so ingatan saya janganlah simply2 merendahkan orang lain hanya kerana kak fatty nak puaskan hati sendiri. 

ingat kak fatty, satu hari nanti kak fatty mungkin akan ke mahkamah syariah juga. jadi jangan nak sombong sangat kak fatty ye.

walau aku hanya mampu menaipnya di blog ini, tapi sekurang2nya aku dah luahkan isi hati aku. 

maaf. aku terhina dengan "gurauan kasar" itu.




4 comments :

cendawanpink said...

huhuu..bese laa..
org mcm2 ragam..
btw..
puan tasa,sile bukak pekeliling skg..ahahahaa.. :D
nnti kene marah lagik..

Hustler said...

Fatty. Adakah merujuk kepada nama2 manja? ataupun.............

Miss Tasantek said...

nad cendawan :) nak bukak apa, banyak pekeliling ni. pekeliling beli kapal ?? hehehehehe...

Miss Tasantek said...

Hustler :) nama samaran. nama gelemer die orang2 kat sini panggil,
bangau. sebab die suka salahkan orang lain. hahahah..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.