Tuesday, October 2, 2012

sesabar mana kita ni?

assalamualaikum. 

salam sejahtera.

lama tak apdet berabuk blog ;) 

sabar. semua orang boleh sabar tak? sabar tak kita ni dalam menghadapi rencah hidup? asam garam perkahwinan? sabar tak? sabar tak?

jangan tanya aku. aku tak ada jawapan untuk itu. sebab aku sendiri kadang2 hilang sabar. no. sabar tu bukan sejenis mainan atau haiwan yang boleh kau ikat dan tambat di hati kau sampai bila2..sometime dia akan melarikan diri dari kau dan kau kena berusaha mengejar kesabaran itu.

"hari2 ulang alik dari Putrajaya ke KL tak jauh ke sha? kesian anak..besar dalam kereta je."

aku dah lali dengan ayat2 serupa ini. aku dah tak amik hati. kecik ati ke sentap mak jemah ke dah tade dah. sebab aku and suami je faham apa yang kami sedang buat. orang yang memandang hanya boleh bercakap. memberi idea dan pandangan, itu hak mereka. bercakaplah apa saja sebab aku rasa aku lebih tau apa yang kami sedang buat. 
kami punya perancangan bukan perancangan ini hari untuk hari ini, tapi ini hari untuk 5 tahun lagi. 

ya, mungkin prinsip aku sukar di definasikan oleh otak2 cerdik kalian, cukup aku katakan, biarlah aku dan suami mengetahui apa yang kami kejar, dan apa yang kami tak akan lepaskan.

                                                   **********************
sabar tu boleh dipupuk kawan... sabar boleh di bentuk..
tapi..jangan mengaku sabar kalau kau masih mengeluh penat, mengeluh duit abis keluar, mengeluh keje banyak, mengeluh itu mengeluh ini..

aku juga mengigatkan diri aku untuk lebih bersyukur dengan rezeki Allah bagi. 

"aku kalau cuti sekolah aku antar anak aku balik kampung. senang aku nak shopping kat sini, penat aku nak jaga dia, ligat sangat"

aku abiskan air yaang berbaki di cawan aku. aku tarik nafas dalam2.. kata2 akak ofis aku tadi buat aku terfikir, aku akan mengeluh sebegitu juga ke satu hari nanti? penat jaga anak? tinggal anak untuk aku shopping puas2?? 

kita mahukan anak yang pandai, yang berkualiti tapi adakah kita memberikan mereka perkhidmatan yang berkualiti? memberi kan sepenuh perhatian atas minat, dan keinginan anak kita? apakah kita ini cukup persediaan menjadi ibu bapa yang berkualiti? adakah kita???

abah aku pesan, jangan, jangan sekali2 mengeluh penat dengan kerja depan anak2..nanti anak2 akan rasa dirinya menyusahkan ibu bapa.
jangan mengeluh penat mencari rezeki depan ibu bapa nanti mereka akan merasa mereka hanya menysusahkan anak2..

simpanlah. simpanlah penat tu dalam hati. mengadu hanya pada Nya. 

                                                  ************************


minggu lepas aku berkursus. 3 hari di Vistana Hotel Jln Pekeliling. tak jauh mana pon dari ofis aku.  sebabkan ini baru kali pertama dalam tahun ini aku kursus di hotel, aku rasa teruja nak tido hotel. tapi...kena tinggal si kecik aku. ouh..aku cuba mengasah soft spot aku untuk lebih bersabar ... aku cuba berjauhan dari Wafiy.

malam pertama , aku akui susah nak tido. sebab aku dah biasa peluk wafiy, and wafiy akan mengiring mengadap dada aku setiap kali nak tido. aku cuba untuk tak menelefon suami . aku biarkan suami uruskan wafiy. aku percaya suami boleh buat.

tapi hati aku meronta2 nak telefon juga. aku call suami and aku terdengar suara wafiy merengek nak tido. even aku cakap gelak2 tapi sebenarnya ada air mata bertakung yang cuba nak keluar. aku cuba belagak cool....
suami letak je tepon aku terus cari baju busuk wafiy..aku cium, aku dakap, aku selawat banyak2 kali semoga wafiy tak merindui aku. nanti susah papa die nak handle. lama2 aku telelap itu pon setelah pukul 3 pagi...

malam kedua tak begitu susah nak tido sebab petang tu suami aku datang hotel bawa wafiy..wafiy kelihatan rindu kan mama dia.... tak mahu duduk sendiri. nak pangku. nak main butang tudung aku, nak tepuk2 muka aku..adoi. 
suami bawa aku keluar kejap ke BTS. shopping baju sekeping dua, dan suami hantar aku balik hotel semula.  masa nak sampai hotel tu, wafiy dah telelap kat pangkuan aku. tak sampai hati aku nak alihkan. aku nak ikut balik ke Putrajaya aku takut keesokan pagi aku terkocoh2.. so kuatkan semangat masukkan wafiy dalam car seat and aku ucapkan selamat tinggal pada suami dan wafiy. 

keesokan harinya habis je kursus aku amik wafiy kat uma pengasuh. aku abiskan masa sepetang bersama wafiy kat ofis suami..aku nak drive balik ke putrajaya sendiri suami tak bagi. bahaya katanya.
Jumaat tu sepatutnya aku keje tapi aku cuti. ini lagi satu perangai aku...aku tak suka letak anak aku kat umah mak mertua. . bukan tak percaya..tapi aku memang tak nak menyusahkan sapa2, pengasuh wafiy balik kampung sebab ada kematian, jadi Jumaat tu tade sape nak jaga wafiy, aku cutilah :)

seharian duduk rumah memang heaven. aku banyak berguling2 dengan wafiy, kami menyanyi..mandi...makan...wafiy happy sangat....dan aku hanya sembahyang zuhur pada pukul 3.30 petang sebab masa tu die dah tido. dia tak mahu langsung jauh dengan aku. aku rasa dia rindu.  


itu aku. aku memang tak boleh jauh dengan anak..

biar penat badan ni sekalipun tapi sebab aku ingatkan tanggungjawab..dan kesabaran jualah yang aku jadikan guide untuk aku meniti alam perkahwinan ni. 

bila Allah menduga kita, tak lain dan tak bukan, kesabaran kita juga Allah uji, jadi jangan mengeluh2..melainkan terus berusaha mengejar kesabaran tu.
ingatan ini untuk aku juga ;) 


kalau aku tak sabar, mesti skang wafiy dah ada adik kan :) 
 


4 comments :

Hustler said...

Ayat last tuh epik.

Miss Tasantek said...

bukan epik ah. misteriossssss....

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hehe..cian wafiy klo time2 ni nk dpt adik..hehe..

tahniah tasya, ko mmg penyabar la..aku ni baru bpe bulan pn dah merungut2 penat lah, xlarat lah, skt lah..huhu

Miss Tasantek said...

dulu aku pon mengeluh juga..
ahahaha..

ada anak nanti mengajar kita jadi matang. sepatutnya lah kan..

ada juga orang ada anak tak matang2..depends pada pendirian hidup orang lah :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.