Friday, January 11, 2013

kemurungan.

assalamualaikum.

aku masih tak masuk ofis lagi. aku cuti mc . ah. tak nak fikir lah mc ke ape tapi yang penting aku dah tak nak masuk ofis.

aku tak tau kenapa aku merasakan macam ni. 
aku sentiasa rasa takut. nak2 lagi kalau dengar bunyi hp aku  dan nombor tertera tu nombor ofis. memang automatically tangan aku menggeletar, lutut aku menggeletar, abis menggeletar satu badan. aku jadi takut. takut nak menjawab panggilan. 

aku jadi mcam ni since kejadian yang berlaku Jumaat lepas. 

aku fobia. aku trauma. atau apa istilahnya aku tak pasti, yang pastinya aku mengalami perasaan takut, rendah diri, malu, marah, geram, bingung...yang paling aku rasakan ialah takut.

sepanjang aku cuti ni, aku cuba berubat secara alternatif, jumpa kaunselor dan terbaru suami buatkan temujanji psychoterapist kat private hospital. 

aku masih boleh menaip tapi air mata aku laju mengalir sama..

aku cuba cari kekuatan dalam diri aku yang hilang. aku cuba. aku takut. aku takut pada seorang perempuan tua. suara dia, kelibat dia pon kalau boleh aku tak nak tengok. nama dia aku nak taip pon menggeletar.

aku tak tau kenapa. ya Allah..yang pasti aku takut. 

aku baca tentang kemurungan, di sini

aku tak ada selera makan, tak boleh nak tido, sakit belakang badan, kepala dan tengkuk..pedih ulu hati..

percaya atau tidak, aku kadang2 macam dibayangi pempuan tua tu. 

aku menggeletar, berpeluh sejuk, nervous... aku sentiasa rasa macam aku diperhatikan oleh sesuatu.

aku dengar suara2 mengata aku, kadang2 ketawa.. 

semalam, aku jumpa kaunselor di JPA. aku ceritakan semua dan beliau minta aku untuk tidak duduk bersendirian di rumah, going somewhere with somebody..
tapi sapa yang sudi temankan aku ? suami? keje..
kawan2? keje..
yang ada siapa? 
kalau mak abah aku dekat...lama dah aku balik umah. 
saat2 macam ni, aku sangat memerlukan mak aku... abah aku...aku perlukan mereka. 

suami aku banyak dah bekorban untuk aku. kesian dia. sanggup dia tunggu aku di kafe ofis sementara aku masuk meeting cawangan pagi Isnin yang lalu. untuk pengorbanan itu aku sangat hargai..

kaunselor kata, dia nampak perasaan takut yang aku alami dari anak mata aku. aku mengalami satu trauma yang mungkin mengambil masa untuk pulih. dengan syarat aku sendiri kena bantu diri aku lawan ketakutan itu. aku dah cuba. dan aku tak berhenti cuba.
sometime aku ketawa, sometime aku menangis...all over the time aku ketakutan. 

kawan2 doakanlah kekuatan aku, ketabahan aku..aku betul2 cuba lawan ketakutan ni. 

mak...abah...adik sakit ni mak..

9 comments :

Pupel Liyana2 said...

nasihat dari orang yang pernah menghadapi perkara macam ni : SILA PASTIKAN ANDA TIDAK SENDIRIAN.

alin said...

akak,be strong..tkut jgk baca cite akak ni...pape pun take care ye..

Lovely Fieyza said...

weh.. kau kenapa.. kena bnyk rehat.. balik la kampung.. jmpe parents.. bahaya la.. sedihnya dgn kau ni.. sabar ye tasha.. bnyk2 solat hajat.. baca quran..

Anonymous said...

babe...sbr byk2 ye...igt abg mie n wafiy. jge dri babe...ak syg ko...

adawiyah rahman said...

siannya akk..dah baca previous entry jugak..semoga tabah ye! :)
mgkin boss akk tu jelly kat akk kut :P

Miss Tasantek said...

terima kasih pada semua yang sudi baca :) terharu. minta tisu!

Aku Budak Kampung said...

be strong! pedih je hati bila baca entry akak.

Anonymous said...

tasa..call aku kita amek masa spent time sama2 kitq gi lq mana2 ko ada no aku kan ~seha~

NinaAz said...

Hai sis. Salam kenal. Be strong. Dekatkan diri pada Dia yea

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.