Wednesday, January 9, 2013

Ujian Emosi dan Mental

Salam readers. terima kasih kerana masih sudi membaca blog picisan ini. lama dah tak apdet. sedang beremosi sekarang ini.

Alhamdulillah...
berlalu sudah ulangtahun Suami, Aku sendiri dan Wafiy. Terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang dan meraikan hari lahir kami, terima kasih aku ucapkan kepada semua.
kepada yang wish di FB juga aku ucapkan terima kasih. terima kasih tidak terhingga kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk aku hadir di dalam lipatan memori kalian. terima kasih sayang2 I!

lama dah tak menaip di blog, ye since 31hb yang lalu..itulah entry terakhir tahun 2012. dan ini entry pertama aku bagi tahun 2013.

tak banyak nak aku ceritakan tapi cukup aku katakan di sini aku teramatlah tertekan dengan apa yang menimpa aku beberapa hari lepas.

aku akui, aku ni memang lemah semangatnya. Ya...semangat aku sangat lemah. aku mudah rebah bila mana aku di uji dengan emosi. senang kata aku memang kememeh lah. tapi ...tapi...tapi... aku bukan lah sikit2 nak nangis, sikit2 nak nangis macam yang didakwa seorang manusia tu. jahat.

Jumaat yang lalu, Jumaat pertama dalam tahun 2013, aku telah diuji dengan satu perkara. ceritanya begini...

Pagi Jumaat tu aku dapat call dari Hq di Putrajaya yang menyatakan ada driver dari ibu pejabat yang akan menghantar aset alih kerajaan ke ofis aku di Kementerian P. (maaf nama tidak boleh disiarkan untuk mengelakkan sebarang spekulasi)

untuk masuk ke ofis aku ni semua orang tahu dan pasti, prosedur amat ketat. pon begitu, ia tak susah. just pegi letak IC atau kad Jabatan di Kaunter Pengawal dan Military Police akan benarkan masuk.

aku dah maklumkan kepada boss aku tentang kedatangan driver dan aset2 ni. Dia minta aku uruskan. aku telah maklumkan kepada Admin cawangan dan aku dah mintak tolong pegawai2 lelaki yang free untuk menemani aku mengambil barang2 tersebut. Untuk mengambil barang2 di ofis aku, ada laluan khas yang dibenarkan oleh Military Police, laluan biasa yang kami gunakan adalah seperti touch n go pass. kau tak boleh lalu kat situ kalau bawak barang2 ok. kau kena lalu dekat pintu khas di belakang bangunan. dari gate depan nak pintu belakang tu agak jauh lah . so kami minta driver dari hq tu letakkan ic di guard depan dan kami akan turun amik dia di bawah dan bawa ke pintu yang dimaksudkan. 

bila driver tu dah sampai, aku pon minta dia masuk melalui gate utama, dan letakkan ic di kaunter pengawal, driver tu tak nak, dia kata " leceh lah nak masuk letak2 ic ni"
aku maklumkan kepada pegawai aku pasal driver ni, pegawai aku nak bercakap sendiri dengan driver tu, so aku callkan lah guna hp aku.

kitorang ni dok tunggu lah dia kata nak masuk nanti dia tepon lagi. tunggu punya tunggu tak ada call..tiba2 aku dapat call dari hq kata driver tu dah balik. driver tu bagitau kat hq kata kami semua tak turun amik barang, dia dah lama tunggu kat gate utama.

perh. perh . perh..

baru aku letak telefon, aku dengar hp boss aku berdering2, aku dah rasa tak sedap hati, aku standby kat tempat duduk aku, aku tau mesti hq call boss aku ni.
tepat jangkaan aku, boss aku dapat call dari hq, dan2 tu dia tengking aku. "what happen to you tasha!!!"
depan 4 orang pegawai ofis aku dan seorang AirForce pangkat Mejar. Kebetulan ketika ini boss aku sedang adakan perbincangan dengan wakil dari TUDM.
ijau muka aku sekejap.. aku cuba jelaskan apa yang berlaku tapi boss aku tak nak dengar. dia tetap kata aku yang salah sebab tak uruskan penerimaan aset2 tu.

aku cuma membantu urusan penerimaan aku tak boleh nak sign DO atau invois tu, aku tak ada memo lantikan sebagai pegawai penerima aset bagi cawangan dan aku cuma PA. 

Masa rehat tengah hari, boss aku jumpa aku dan terus tanpa berlengah2 lagi...dia marah aku , dia kata aku tak uruskan lah, what so ever bagai. aku jelaskan kat dia, aku dah minta tolong pegawai2 yang ada untuk bantu aku amik aset tu, bukan boleh aku nak amik sorang, kalau ada scanner, mesin laminate, sudu garpu lah apa2 tah lagi...gila. tapi boss tetap2 juga kata itu salah aku. aku yang salah. aku dah malas nak layan, aku minta maaf kat dia tapi die terus juga memarahi aku.

aku ingat dah abis lah kat situ. 

lepas rehat, boss minta aku kumpulkan semua orang dalam bilik meeting, dia nak jumpa. 

pegawai2 aku dah tau dah dia mesti nak maki dalam meeting ni. so standby emosi je lah.
betullah tu.masuk je meeting room ingatkan nak bincang sapa yang nak kena amik aset2 tu kat hq selepas driver bertuah tu balik ...rupa2nya boss nak marah aku. hah. marah aku je pon tapi masuk bilik meeting depan semua pegawai yang ada dalam lebih kurang 15 orang.

bukan nak siasat ke ape ke, tade..die cakap "natasha , u ni tak profesional, tak boleh ke nak uruskan benda kecik macam tu, u tak boleh lah nak minta driver tu letak2 ic, dia tu cuma driver, bukan sapa2..u yang kena ambil barang2 tu, i dah mintak u uruskan dengan admin, u tak boleh ke nak uruskan? "
ini ayat dia paling aku ingat..

kepala hotak dia aku tak uruskan. aku dah cuba uruskan lah tu, yang driver tu dan2 nak blah tu ape hal?? 

mula2 aku diam, cuba bertahan..tapi lama2 bila pegawai2 aku cuba terangkan keadaan yang berlaku sebenarnya pon boss aku tetap kata itu salah aku, aku pon hentak meja aku cakap, " yang puan nak marah2 saya depan pegawai2 ni kenapa? macam saya tak ada harga diri pulak!" ini memang aku dah tak boleh nak tahan. aku cuba dah tahan, tapi dia mencabar kesabaran aku.

merasakan tindakan dia memalukan aku tu tak mendatangkan hasil sebab semua pegawai yang ada memberi pembelaan kepada aku, boss aku blah dari meeting room and terus tuju ke bilik dia. ramai yang cuba sabarkan aku, diorang sedikit tekejut kot tengok aku betul2 marah.

aku pegi tempat duduk aku, aku nak siapkan laporan kemajuan kerja aku yang terhenti dek kerana perjumpaan bodo tu..
tengah aku nak send email, boss aku berdiri bercekak pinggang depan pintu bilik dia , pastu cakap 
"wah! bukan main lagi u cakap pasal harga diri, abis u ingat i tak ada harga diri ke? tinggi sangatlah harga diri u tu? I benci u sejak u datang sini!"
gedegang! dia tutup pintu bilik dia.

masa ni, aku dah tak ada perasaan apa dah. aku tediam. aku cuba mencerna kata2 dia satu persatu. tapi tak boleh dah. aku dah rasa macam batu. aku siap2 antar email, aku kemas barang2 aku, aku balik. 
lantak kau lah pempuan.

Pagi Isnin, kami ada meeting cawangan..

nak pegi ke ofis hari Isnin ni aku rasa malas, bengang, malu, tertekan sangat. aku tertekan. aku tak nak dah tengok muka boss. aku cuba lawan perasaan ni, tapi lagi aku lawan, lagi aku rasa aku lemah. 

masuk2 dalam meeting room, aku tengok semua orang dah ada, tinggal tempat aku je kosong, baru aku letak buku and pen , boss aku cakap " pegi2 . pegi duduk sana jauh2 jangan duduk sini"

aku amik buku and pen aku, aku blah. aku cari kerusi dekat dengan pintu keluar. giler betul pempuan ni.

dalam meeting ni, dia sebut lagi hal hari Jumaat ari tu, siap minta diminitkan dalam minit mesyuarat "Natasha, u kena selesaikan pengambilan aset2 tu, kalau tidak i keluarkan surat tunjuk sebab. Please minit perkara ini dalam minit mesyuarat."
abis je meeting ada sesi tukar2 hadiah pulak. cabutan bertuah lah ape lah. aku meluat tengok dia kata aktiviti ini untuk merapatkan ukhwah. ukhwah benda? kalau tak reti nak jaga air muka orang? pegawai2 yang ada cuma melayankan je sedangkan hati masing2 rasa menyampah. termasuk aku. selesai sesi tu. aku isi borang 4 jam, aku balik. 

dari aku balik tu sampai hari ni, Rabu...8.1.2012. aku tak masuk ofis. aku apply dalam HRMIS cuti aku..aku mesej boss aku cuti, dia reply mesej aku " sapa luluskan cuti u? u boss ke pa?"

aku reply balik, aku cakap kat dia, aku tertekan dengan apa yang dia dah buat kat aku, aku perlukan masa untuk terima apa yang die dah buat.

dia jawab lagi "u ingat i tak tertekan dengan perlakuan u? i tak luluskan cuti. u kena selesaikan tugas u yang terbengkalai"

aku jawab , Insya Allah .

sejujurnya aku rasa demotivate sangat nak ke ofis. sebab aku rasa aku tak boleh nak fokus dengan keje aku bila dia kata dia benci aku since aku datang ke cawangan tu. aku datang ke cawangan tu pada 1.6.2012. selama 6 bulan ni, dia membenci aku rupa2nya..

patotla bila aku pakai baju lawa sikit, sikit ja pun...mesti satu hari tu mood dia swing.
bila dia nampak aku punya Samsung Note, dia buat muka . siap cakap "pa saya pon pakai note. saya pakai hp buruk je"
bila aku cakap nak cuti 31.12.2012 sebab aku nak spent time dengan family sempena birthday suami, dia dan2 kata nak masuk ofis nak cek LNPT aku. bila aku datang, aku bagi LNPT aku, die letak tepi je pon. tak cek. die tengok pegawai2 lain punya. 

banyak lagi yang dia dah buat kat aku tapi aku tak perasan.

aku tak kisahlah die nak luluskan ke tak cuti aku, nak cacatkan LNPT aku sekalipun, aku tak nak fikir lagi dah. rezeki aku bukan kat tangan dia.

doktor kata aku mengalami kemurungan melampau. hahaha..melampau lah kan sampai dah bape hari aku tak makan nasi. aku rasa tekak aku perit je nak makan. lebih tepat lagi aku trauma. trauma tengok pintu nak2 lagi bila angin tiup pintu bilik, pintu bilik tu tertutup bunyi "gedengang"! aku akan mengigil , hati aku berdebar2 aku teringat boss hempas pintu depan muka aku. aku mengalami kejang urat, sakit belakang, sakit kepala dan insomnia.
benda ni nampak macam kecik, tapi effect dia..
sumpah sampai bila2 pon aku akan ingat..

ouh ya, oleh kerana suami aku tak tahan tengok aku yang kemurungan dia telefon sendiri hq aku tanya tentang pertukaran aku, dan Alhamdulillah..aku dapat ditukarkan ke Putrajaya.

16.1.2013 ni aku lapor diri ke pejabat baru.

ramai yang  menasihatkan aku untuk cuti je sehingga tarikh lapor diri tu. buat apa datang keja kalau nak kena berdepan dengan orang mental. aku jadi mental sebab aku sentiasa fikir, apa lagi yang dia nak buat kat aku. apa lagi yang dia nak tengking aku, apa lagi yang dia nak campak atas meja . apa lagi yang dia nak hempas. apa lagi..apa lagi..apa lagi...ahh!

kepada yang mendoakan aku, yang buatkan solat hajat, yang bacakan yassin...aku berterima kasih sangat2. aku bersyukur  masih diberi peluang untuk merasa bahagia.

semoga kalian juga dirahmati Allah. dan diberkati rezeki ya.
 
terima kasih kerana sudi membacanya. thanks readers :) 

Assalamualaikum.
 


7 comments :

sue. said...

sabarlah tasha....ini lah kerja sebagai pa...bukan sahaja buat kerja hakiki...di luar kerja hakiki yang ada kaitan dengan boss pun semua kita kena buat...sabar lah na...Allah bersama dengan orang2 y sabar...semoga urusanmu dipermudahkan tasa...

<3,
susue

Miss Tasantek said...

thanks sue :) sha cuba cari kekuatan diri. duduk kat umah cuba muhasabah diri apa yang sha dah buat and apa yang sha kena buat lepas ni.

sha berterima kasih kepada yang mendoakan sha :) thanks again sue :)

Pupel Liyana2 said...

haha gila kan. dapat audit juga ke?? kat mana. hehe.. sabar tasa..sabar.. aku dulu siap bos bawa aku jumpe dhia (kaunseling) lagi. sabar

Miss Tasantek said...

maz..hari2 aku rasa ketakutan. aku tak tau nak cakap. tapi aku memang takut. takut nak gi keje. aku cuti je ni sampai lapor diri kat tempat baru nanti.

Pupel Liyana2 said...

hehehe.. aku pon sama cam kau dulu tasa. cuti sampai berhari2 sebab takut masuk opis.. ilek2.. banyak sabar dan berdoa.. jangan duduk sendiri. cuba ceriakan diri dan jangan fikir sangat. ok?

Nur Faseha said...

Tasa call aku -seha-

Anonymous said...

tasa call aku -seha-

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.