Wednesday, February 27, 2013

entry ni tak tau nak letak tajuk apa.

Assalamualaikum semua. Selamat Sejahtera.

Hari ini suami berjanji nak bawak kami makan di luar. Sementara menunggu suami sampai , Wafiy pula tido dalam buaian (buai dah layut sebab wafiy dah besar) ada lah sedikit masa terluang untuk aku menaip barang sekeping dua entry.

Baru sebentar tadi, aku dapat mesej di WhatssApp.  Datang dari kawan ofis lama. (ex office aku yang baru2 ni aku jadi gila tu)

Biasalah, bila mesej2 ni tak kan lari dari rasa tak puas hati terhadap Ketua.  Sedikit sebanyak ia membuat kan aku teringat kejadian yang pernah aku lalui hampir sebulan setengah yang lalu. 
berat. itu yang aku boleh gambarkan. betapa berat mata yang memandang aku mengalir air mata saban hari, lebih berat bahu aku yang memikul tekanan itu.

sekarang..
aku lebih tenang. Tenang yang Allah bagi ini, aku tak penah rasa di tempat lama.  kat sini hati aku senang. keja banyak ke, tade keje ke, aku tenang. rakan2 di sini tak menyisihkan aku walau sebelum aku datang ke ofis ini, bermacam2 versi cerita tentang aku tersebar. selepas sebulan aku di sini ada yang bersuara "tak macam yang diceritakan pon tasha ni" . syukur Alhamdulillah. mereka cuba mengenali aku.

kaki aku yang berat nak melangkah dek kerana rasa malu yang menggunung satu ketika dulu, skarang sudah ringan. malahan aku rasa aku lebih bersemangat. Boss baru sangat memberi sokongan. "jangan malu bertanya" ini pesan dia. dan dia tak pernah rasa berat menerangkan tentang perkara2 yang aku tak faham. dia tak menolak juga andai aku mahukan lebih pengetahuan tentang kajian2 dan auditan yang dijalankan.

kalau kita lihat balik dalam hidup kita seharian, bagaimanakah kita menjaga hubungan kita dengan sesama manusia dan hubungan kita dengan Pencipta kita sendiri?

lagi kuat seseorang itu beribadah, lagi banyak dugaaan yang akan diterima. bukan kerana Allah menzalimi hambanya, tapi Allah menguji setakat mana keimanan seseorang itu. Kalau dalam doa kita , kita lafazkan, kita redha dengan ujianNya, kita berserah dan meletakkan semua harapan yang ada di ketentuaNya, buktikan. buktikan yang kita tak kan berubah pendirian walau di uji dengan ujian yang menggila.

aku, pon mengigatkan diri aku sendiri agar aku tak kehilangan pedoman andai ada lagi ujian menimpa diri ini.

ah. suami sudah sampai. nampaknya entry aku perlu berhenti setakat ini. 
nak makan sup tulang yeay!
 
jumpa lagi di next entry. insya Allah lepas ini aku akan cuba mencari masa terluang menaip di sini. di blog curahan hati ini.

Assalamualaikum. 


2 comments :

Hustler said...

Lama dah ke batuk tuh?? semalam pon ada batuk2 lagik.

Hustler said...

Sup tulang abis la kak.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.