Monday, March 11, 2013

preggy lagi?

Assalamualaikum kawan2.

baca tajuk tu. baca betul2. 

ia satu soalan ye. bukan penyataan dari aku. 

mengandung lagi?

erm. kalau kau tanya aku sekarang, sekarang ni lah kan..."kau nak mengandung lagi?"

jawapan aku .

"tidak dalam masa terdekat"

bukan tak nak mengandung lagi, tapi bukan dalam masa terdekat ni lah. 

antara faktor yang buat aku rasa nak jarakkan kehamilan ;
1. Wafiy masih kecil
maksud aku kecik ni bukan kecik saiz badan, tapi kecik tu maksudnya dia masih perlukan perhatian dari aku, dari papa dia, dia banyak benda nak belajar...die ada banyak benda nak explore. Biarlah dia puas merasakan kasih sayang dari kami, perhatian yang tak berbelah bagi dan keperluan secukupnya.

2. Kesihatan
Kesihatan ni, ialah kesihatan aku. ada  kawan2 yang suggest aku pregnant lagi memandangkan aku bersalin secara normal, berpeluang untuk beranak ramai..tapi aku menolak.
aku rasa biarlah badan aku betul2 kuat dan bersedia untuk menerima 'ujian2' kehamilan.  kesihatan fizikal dan mental penting untuk mengandung. it just my opinion. 

ni wafiy masa 4 bulan
3. Expenses.
ini memang top isu sepatutnya. tapi sengaja aku letak kat rangking no 3. hehehehe...
ok, sejujurnya aku memang sedang membina kestabilan kewangan bersama suami. hidup kat bandar elit. (ehem. elit la sangat) ni perlukan perbelanjaan yang besar. ini aku tak beli rumah lagi. upahkan orang jaga anak seorang je dah RM300, kalau dua orang? tiga orang? sekolah? buku? baju? (-__-") 

Sebenarnya baru2 ni aku lewat didatangi period. 7 hari lewat. aku suarakan kebimbangan aku kepada suami, tapi suami cool je. ah. die memang lah cool...die tak rasa sakitnya pon. hahahaha..

macam2 ada kat kepala aku. kalau betul aku preggy lagi, maknanya aku nak kena adap mabuk tebelahak, sakit pinggang , sakit kaki, macam2 lagi lah..haha..giler semua yang sakit2 aku fikirkan.
pagi hari ke 7 period aku lewat, aku dah pegang pregnancy test kit, tapi aku letak balik. instinct aku kuat mengatakan aku tak mengandung even period aku dah lewat seminggu.
bermujur betul2 aku tak pregnant bila hari ke 8 aku dah period.

mengandung ni bukan senang kawan. dengar , tengok, nampak macam senang kan? seronoknya dapat layanan macam princesss...jalan dengan perut boyot nampak seksi, semua orang bagi perhatian, dipenuhi setiap keinginan..rasa heaven je kan? tu yang korang tengok...yang bawa perut tu...Allah je yang tahu.

aku pon masih teringat sakitnya kena "korek2" dengan misi, doktor... dasyat ah. sehari sampai 6 kali kena seluk and bukaan statik 2cm. senang kata aku masih teringat sakitnya masa menempuh detik2 kelahiran and tempoh yang paling bosannnnnn ialah tempoh berpantang. alahai...

tapi..pada kawan2 yang nak mengandung tu, yang baru bergelar raja sehari tu , janganlah takut mengandung...kalau fikir sakit semua orang pon akan rasa sakit tu..ada bahagian masing2. 

eh. asik cerita pasal mengandung je aku lately. 

ouh tidak. again..tidak. 

banyak pantang larang orang tua2 time preggy ni, mana yang baik aku ikut, mana yang aku rasa tak releva tu aku tak ikut. aku lebih suka berwasatiiyyah ketika menjalani tempoh mengandung. tak nak terlalu percaya dan tak nak langsung tak percaya .  

wafiy dah ajak tido pulak. ok lah geng. jumpa lagi di lain entry.

goOd nite geng!

7 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hehe..aku setuju sesangat ngn ko..aku pn mmg xnk pregnant dlm mse terdekat ni..cian Auni tecik lg wo..rase skt time bersalin pn msh terngiang2 lg..hehe

Pupel Liyana2 said...

kalau ada rezeki jangan ditolak.
cuma jika belum bersedia, buat perlindungan :) hehehehe

Hustler said...

Hahahaha.. BAgi la umo 2 tahun baru preggy lagik, cian cam aku, umo setahun 2 bulan dah ada adik lagik. Hahahaha -_-''

~najwa~ said...

Silalah mengandung lagi sha. Ehehe.
**sesaje nak provoke. Ekeke

eda_ej said...

kak eda pon belom lg kot.. hasnaa still bf skang.. hehheh..

eiela said...

even sy tak kahwin lg tp sy sokong entri nih. 3 faktor tuh kena ambil kira juga.

Miss Tasantek said...

mamiko a.k.a kak timah :) ahahaha..kan? rasa macam terngiang2 je kan sakitnya? aku pon!

Pupel liyana :) aku tak mengambil apa2 pelindungan. guna cara semulajadi :)

Hustler :) kau pon baca entry ni? ish malu ah aku.


Kak najwa ;) kak...sha seram sebab lepas minum coffee akak tu memang hari2 mau :) hehehehe...

kak eda_ej :) aha...sha berazam nak fully BF untuk anak yang akan datang. macam akak :)

Eiela :) yes dear. kena amik kira faktor ni semua. kesian kalau kita tak mampu sediakan yang terbaik buat anak kita. nanti dia rasa terasing dan terpinggir.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.