Wednesday, March 27, 2013

SELAMAT ULANG TAHUH PERKAHWINAN YANG KE 2 SAYANG.

Assalamualaikum. 
kabare ?? iso ngomong jowo? orak reti? orak opolah. aku biyen wong putih, wes suwi manggon neng kene wes ireng. :)

fuh. berabuk berdebu blog aku. cer tengok "arkib rahsia" sebelah tu...macam lipan kena palu dah...melingkau2..tade mase lagi nak setting balik. 

dalam tade masa ni kawan2, aku nak share cerita tentang ulangtahun perkahwinan aku dengan bf aku. ehem. dah jadi suami dah skang nye pon adoi.

kau tahu apa rasanya setiap kali kau bangun pagi, kau dikejutkan dengan suara paling lembut + ciuman kasih sayang kat dahi yang memanggil2 kau bangun untuk tunaikan fardhu subuh?

kau tahu apa rasanya setiap kali kau penat mengemas, menyapu, membasuh...ada orang tolong picitkan bahu sambil cakap, kau lah wanita paling tercantik dia pernah ada walau ketika itu, ketiak kau dah hangit, tumit kaki kau dah pecah2..tangan kau dah kasar berurat2...??

kau tahu apa rasanya bila setiap kali kau ketiduran dek kerana terlalu letih melayan karenah anak dan kau merasa ada satu sentuhan lembut di pipi kau, di dagu..di hidung..oleh seorang lelaki yang sangat memuja kecomelan kau sedangkan ketika itu kau tidur dengan rambut menggerbang, baju tido koyak2 kat leher?

kau tahu apa rasanya??

b.a.h.a.g.i.a

ini rasanya. bahagia.

aku tak mendambakan lelaki romantik penuh dramatis sebagai suami. cukup sekadar seorang lelaki yang menerima aku apa adanya aku. bukan aku yang dulu2..dan juga bukan aku yang perlu menjadi seperti apa dia mahukan. cukup sekadar menerima aku seadanya aku dan membentuk aku seperti apa yang disyariatkan.

2 tahun. selama 2 tahun ini aku belajar mengenali yang namanya suami.

aku sedari yang aku belum cukup mengenali dia. eh. ini bukan kenal nama sapa, ayah duduk mana, mak keje mana..bukan! bukan!

ini mengenali hati. ya hati kawan2. hati lah yang kau ada pon selain dari jantung dan nadi penggerak nafas cinta aku dan dia.

hari2 aku rasakan aku mahu terus bercinta. menyayangi dia.. merindui dia saban waktu...dan belajar menjadi isterinya yang terpaling bagus selama hayat dia. Insya Allah. Insya Allah.

kau tahu apa rasanya bila seseorang yang kau kasihi itu hanya memuja engkau walau sekalian alam mengetahui bahawa kau manusia yang annoying ?? kau tahu? ye. bukan bahagia. tapi surga. surga kawan2..
atau dalam bahasa inggerisnya "heaven".

ketika aku menaip ini. menaip entry ini, aku masih ingat dan sentiasa akan ingat yang aku punya seorang pendukung yang setia. pencinta yang membahagiakan dan seorang papa kepada anak kesayangan.

tempatnya tak bisa diganti. tempat dia adalah di segenap pelusuk hati.
kasih dia menyinari aku saban hari
aku harap aku akan terus menjadi isteri yang dia dambakan sepanjang hidupnya ini.

doakan aku kalian yang aku kasih.

mama papa love u wafiy!




Resepsi di Ampang on 27.3.2011
kacaknye bf time ni!



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE DUA SAYANG.


3 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

so sweet..aku doakan ko akan bahagia dan membahagiakan suami tercinta..
selamat ulangtahun perkahwinan yg ke-2 tasya..

Ifa said...

smoga trus b'kekalan hingga ke Jannah tasha =D

Miss Tasantek said...

thanks kak timah :)

ifa...thanks ye :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.