Monday, April 22, 2013

9441

9 Mac 2013,

tarikh ini, kalau ikutkan ... ia adalah tarikh lahir ex bf aku. budak tongkang pechah. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.

malam..

aku dapat satu wasep, dari seseorang, nombor telefon tak dikenali. tapi 4 digit terakhir tu buat hati aku terusik. sepertinya nombor itu seperti nomboer pendaftaran kereta seseorang..tapi aku cepat2 padamkan gelora dalam hati aku. cepat2 aku menafikan kemungkinan nombor telefon itu milik seseorang yang pernah bertamu, bertakhta di hati. 

dia muatnaik sekeping gambar pertunangan aku...aku biarkan.

aku reply juga wasep tu walau dah 2 hari.  selepas 4 hari nombor itu sekali lagi wasep aku. tapi aku buat tak layan sebab aku tak nak layan orang yang aku tak kenal. ketika itu gambar profile terlalu general, gambar tentang peperangan lahad datu.

beberapa hari sudah, aku saja2 tengok senarai kawan2 dan senarai mesej2 di wasep, apa yang buat aku tekejut dan sepertinya hati aku bagai ditabrak...
nombor yang tidak dikenali itu, menggunakan gambar profile yang memang aku cam sangat. walau tak boleh nak view dengan lebih jelas, aku tau sangat susuk tubuh itu milik siapa.

hampir saja air mata aku gugur. untuk lebih kepastian, aku setkan nama di nombor itu, dan aku tunggu recomended friend di wechat. ketika aku melihat nama dia terpampang as recommended friend aku, hampir saja aku menjerit "tidakkkkkk.....!!!"

tak aku sangka dia rupanya yang mengirimkan gambar pertunangan aku. yang memulakan mesej di wasep..

untuk apa? untuk apa kesekian kalinya?

aku pegang kata2 seorang temannya..., aku lah insan yang memberi kesan di hati dia. di hati dia empunya 9441.

"kau telah jauh..jauh dari ku..tiada ruang dihati buatmu, 
namun harus ku akui, ada ketika ,
diminda kau menjelma kembali...

sekali sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba,
tak mungkin kerana sayang, cuma terganggu oleh perasaan, 
begitu hidup ini tiada yang abadi, yang patah tumbuh, yang hilang berganti.."

biarkan aku bahagia. bahagia dengan kekasih2 aku. jangan lah kau hadir lagi dalam hati aku.

tak mungkin...kerana sayang..
hanya kadangkala aku terkenang.

pergilah.

6 comments :

Lovely Fieyza said...

wow.. curlass kau nak.. hihi..

Pupel Liyana2 said...

yang sudah tu memori tak boleh dipadam. sesekali terusik jiwa. btw.. ex aku bufday dia 14mac. ex yang mat tiarap tu..hakhak.. sesekali teringat tu takpe.. yang penting akan datang kita teruskan dengan apa yang ada sekarang. kitakan dah bahagia hikhik

Miss Tasantek said...

lovely Fieyza :) kelas lah sangat. hahaha...ini mencari nahas kalau dilayan..hahaha..

pupel liyana2 : mat tiarap ... ahahaha...teringat masa kita nyanyi lagu sempena merdeka :)

Gda Hanum said...

suke bace blog ko..hihihi

scha azman said...

kakak ku yang gojes lagi cute....biarlah kenangan tu berlalu...

tenku butang said...

115

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.