Tuesday, May 14, 2013

bertabahlah wahai kawan...

assalamualaikum wbt.

Ketika aku disahkan mengandung, sepertinya aku tidak percaya kalau aku telah hamil. hamilkan benih suami aku. Benih kasih sayang yang kami semai atas dasar cinta dan demi agama kami.
Masih segar dalam ingatan aku, ketika usia kandungan aku 8 minggu, aku buat pertama kalinya melihat si kecil melalui pancaran sonografi. itulah kali pertama dalam hidup aku melihat satu kantung seperti bintil kacang sedang elok berada di dalam rahim aku.

ketika usianya 12 minggu, terdapat gerakan kecil dari dalam kantung itu, doktor Kevin mengesahkan itu adalah jantung janin yang aku kandung. Menitis air mata aku . Maha Besar Allah...

aku merasakan gerakan pertama kali ketika usia kandungan aku 20 minggu. ketika itu aku sangat teruja. tak sabar rasanya menanti kehadiran si dia dalam hidup aku.. apakah rupanya dia di dalam sana?

hari demi hari kandungan aku semakin membesar...setiap kali diimbas, si dia  tidak memberi peluang kepada kami melihatnya dengan lebih dekat. mungkin dia pemalu. sama seperti aku.

sehinggalah minggu2 terakhir aku mengandungkan  dia..

ketika itu aku rasakan debaran hebat. bagaimanakah rupa si dia sebenarnya..
semuanya telah kami sediakan. kami sediakan dengan perasaan penuh teruja.
Lebih2 lagi suami.''[

emak ayah, mertua , adik beradik, sahabat handai, saudara mara juga tak putus2 mendoakan aku sejak perkhabaran aku dimasukkan ke hospital. Tidak diinafikan aku menempuh tempoh akhir mengandung  yang sedikit sukar. berkali2 ke hospital, hampir di induce, dan macam2 lagi..tapi aku bersyukur Wafiy aku lahirkan dengan selamat secara normal.

apa akan terjadi kalau di saat2 akhir,,, Wafiy di ambil penciptanya? apa akan berlaku kepada aku andai saat aku berjuang melahirkan Wafiy, Wafiy lahir tanpa nyawa?
Bagaimana aku perlu menghadapi hidup ini andai saat aku penuh rasa teruja menantikan kehadiran Wafiy tiba2 wafiy pergi meninggalkan aku sebelum sempat aku dakap dan cium dia?

menangis.

aku menangis bila soalan2 ini  tak mampu aku jawab. membayangkan juga aku tak bisa.

aku menangis bila mengenangkan nasib seorang sahabat yang kehilangan putra sulungnya pada 30 April 2013..
Cuma beberapa langkah saja lagi si kecil sepatutnya dapat bertemu ibu ayahnya, tetapi Allah lebih menyintai dia..Allah lebih mengasihi dia...Allah lebih rindukan dia..maka Allah ambil ia kembali untuk memberi peluang kepadanya terus bermain di syurga Allah S.W.T yang kekal abadi.

Menggunung rasa simpati aku kepada si ibu..bayangkanlah dari sebesar biji kacang sehingga menjadi seorang bayi, si kecil membesar di dalam rahimnya...cergas..sihat...tapi sekelip mata saja, si kecil pergi meninggalkan dia..
si kecil pergi meninggalkan ibu yang mengandungkan dia 9 bulan lamanya...
tiada lagi tendangan, gerakan, bonjolan di dalam rahim si ibu. yang ada hanyalah sekujur tubuh si kecil yang telah tidak bernyawa. Masya Allah...hebatnya dugaan Allah kepada pasangan sahabat aku ini.

Meletakkan diri aku ditempat mereka, memang sangat sukar bagi aku. sangat sukar untuk aku bayangkan. berat mata aku memandang, berat lagi bahu mereka memikul dugaan ini. namun hidup harus diteruskan..
cuma nasihat dan kata2 semangat dapat diberikan kepada mereka.


tidak habis di sini, ada lagi seorang sahabat di pejabat lama aku, juga menerima nasib yang sama, kandungannya tak dapat diselamatkan kerana uri telah lekang seusia kandungan 7 bulan setengah, dan sekarang si ibu masih di ICU , sehingga entry ini ditulis, kak tikah masih lagi tiada perkhabaran.  



Kak tikah telah dibedah pada hari Sabtu yang lalu, peluang untuk kak tikah dan untuk menyelamatkan kandungan kak tikah adalah 50 -50.. sehari selepas dibedah barulah siibu sedarkan diri, di saat orang lain meraikan hari ibu di saat itulah dia mengetahui bahawa anak yang dikandungnya telah pergi meninggalkan dia dan keluarga tanpa sempat didakap, dicium olehnya...si anak dikembumikan di kampung halamannya di Grik. 

pagi ini aku mendapat perkhabaran kak tikah telah dimasukkan ke ICU semula kerana tidak sedarkan diri dan kekejangan. sempat aku melawatnya semalam, syahdu rasa hati aku. satu ayatnya sebelum aku balik, 



"terima kasih sha tengok akak, anak akak dah tade sha." 

seuntai ayat ini bisa merentap naluri keibuan aku. 


inilah yang Allah sebutkan di dalam surah Yaasinn ayat 82 :
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.

bertabahlah wahai kawan. Insya Allah ada hikmah yang Allah titipkan buat kalian semua.

1 comment :

Unknown said...

Ya Allah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. kalau jijah pon xmampu nak membayangkannya.. tetapi anak ini hanya pinjaman Allah.. sampai masa Dia akan ambil.. moga kawan sha tabah hadapi hari2 mendatang tanpa anak di sisi.. InsyaAllah akan ada lebih baik dari ini nanti.. Amin..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.