Monday, September 9, 2013

Lebih Baik Kau Diam.


Assalamualaikum w.b.t
 
Baru2 ni kita di kejutkan dengan berita harga minyak yang naik 20 sen. Masih di isu yang sama tapi ini lebih kepada pendapat peribadi aku sebagai golongan marhaen.

Sejujurnya aku memang mengakui kenaikan harga minyak membebankan aku juga suami. Kami bekerja dan menggunakan kenderaan berasingan.
kalau dulu kami ke Kuala Lumpur saban hari bersama, tapi sejak aku bertukar ke Putrajaya, suami berulang sendirian dari Putrajaya ke Kuala Lumpur.
Kenaikan harga minyak ini walau tidak ada kena mengena dengan the tarik dan roti canai mamak kembar Presint 9, tapi ia akan membawa impak yang besar.. beberapa bulan selepas ini. Tunggu dan lihat saja.

Bila kita bercerita tentang minyak, aku harap ia boleh difikirkan dengan lebih terbuka tanpa perlu menjejaskan silaturrahim antara penyokong kerajaan dan sebaliknya.
Biasalah bila kita kata tak setuju, orang cop kita sebagai macai pembangkang.
sekarang ini, penyokong kerajaan tidak terbeban sama ke dengan kenaikan ini? Atau penyokong pembangkang saja yang layak bersuara manakala penyokong kerajaan hanya perlu akur dan berdiam diri?

ini bukan isu politik. Ini isu hak asasi manusia. Kenaikan harga minyak memberi impak kepada jualan barangan harian. 
terpulang kepada kalian dalam menilai .
Aku tau ramai yang akan cakap, orang kerajaan ni gaji besar apa nak dihiraukan ?

gaji besar bagi yang gajinya beribu tapi keperluan hariannya boleh didapati dengan harga yang lebih rendah berbanding di sini. .  Di sini , Putrajaya, kalau dibandingkan dengan mak aku yang kat kampong tu..memang jauh lah berbeza.

aku sentap bila baca status2 orang yang memperlekehkan / memandang sinis mereka2 yang update status mengeluh  dengan kenaikan harga minyak ni. Serius aku sentap.
+ di cop penyokong pembangkang bila mana meng’update’ status bengang dengan tindakan kerajaan mengurangkan kadar subsidi minyak .
Suami aku, orang yang berulang alik dari Putrajaya ke Jln Duta , Kuala Lumpur every day. Everyday beb..bukan sekali sebulan…
perjalanan sejauh 80km sehari , RM60 ringgit duit minyak untuk seminggu (5 hari)  perjalanan pergi dan balik saja. Tak masuk kau kemana2 lagi.  sebulan?
Tol lagi? larat  kau nak ikut jalan biasa dari Putrajaya ke KL every day?  Dengan sesaknya..dengan jem nya…pukul bape nak kuar kalau ikut jalan biasa?
itu tak masuk kalau hari hujan, perjalanan akan bertambah sesak dan masa di atas jalan juga bertambah panjang.. duit minyak untuk seminggu pon bertambah sebab duduk dalam jem, pasang aircond..

Aku sedih bila ada yang kata 20 sen tak banyak mana2, lama2 lali lah kita.. memang lali..tapi sebelum lali inilah yang kita hadapi. Keperitan.
Bukan aku je terasa kenaikkannya…
orang kerajaan masih ada peluang nak beli kereta, beli itu beli ini, guna LOAN. Tapi golongan yang macam kakak aku , kerja dengan company biasa2 je, gaji pon tak sampai 2k… nak beli kereta ya ampun..susah kau tau? bayar sewa rumah ja dah beratus…belum makan pakai lagi. 

Ini yang orang tak tau kan? pandai je hentam kami2 yang mengeluh akan kenaikan harga minyak.

Kau kalau tak pernah ada di sepatu kami jangan sekali2 menilainya dari pandangan mata kasar. Ada sebab kenapa kami mengeluh. Adakah kerana kami bekerja dengan Kerajaan kami tak layak bersuara?
Begitu?

5 comments :

Pupel Liyana2 said...

aku marah orang pertikaikan "ko orang kerajaan tak payah nak kecoh 20sen naik ko sedar diri sapa baya gaji ko".. pleaselah..

eh sejak loan dah ketat.. kesian adik aku tau. kerja kerajaan nak buat loan kereta pon tak lepas.. sapa kata orang kerajaan tak susah.

yang swasta pon kesian juga.. macam laki aku tu.. alahai. nak cakap pon malas..

semua benda nak naik sekarang tension betul. lagi tension laki aku sejak xsident takde gaji :(

LiaNa YuSoF said...

sangat setuju..

bila diam, kata "pasrah la tu kakitangan kerajaan" kalau bersuara, "ko keja ngn gov, tp taksetuju.. dah jadi pro pembangkang ke?" diam salah, bersuara lagi la salah..

kadang2 aku takpaham.. bila harga minyak naik atau apa2 je yg naik harga, aku yg keja gov ni kena sindir.. org yg keja gov tp pro pembangkang pon dok sindir2.. mcm la dia tau aku sokong ape.. haishh.. sakit pulak hati kite...

Hustler said...

3 Words.

I Hate Politics.

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

betul2..sape kata keje kerajaan gaji beso??silap beso lah..aku sampai naik malas nk ckp psl minyak ni..sensitip lah sgt..jadi ape aku buat??zip mulut..huhu

Miss Tasantek said...

dan sebenarnya,

kita memang marah bila semua barang naik harga impak dari kenaikan harga minyak.

kuih pon skang 50sen sebiji kat ofis aku. sekian.

eh. yang kata aku mengeluh, kau penah tak makan kuih rege 50 sen?

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.