Wednesday, August 28, 2013

kuasa Alhamdulillah..


Salam selamat pagi.
Pagi2 sampai ofis ni kita mulakan semua kerja kita dengan Surah Alfatihah dan doa penerang hati. Semoga kerja2 kita hari ini akan selesai dengan baik dan tiada perkara2 yang tak best berlaku.

last month aku ada mengikuti kursus anjuran jabatan aku. Yang seronoknya kandungan kursus ni. 
Banyak ilmu yang aku dapat dari kusus ni. Ilmu kehidupan. Tentang cinta. Isu2 kewangan dan keluarga.  Siapa rasa kahwin adalah penamat kepada kehidupan riang ria ternyata pendapat itu salah. Perkahwinan adalah permulaan kehidupan riang ria tapi dengan lebih matang. Apa yang aku nak kupaskan di sini ialah kehidupan kita .
Sorry to readers yang rasa macam palat je baca entry aku kali ni, aku tak suka sangat entry yang menunjukkan aku ke mana, beli apa, cane guna barang, review filem dan sebagainya. Kerana pada aku itu perkongsian yang boleh di google di intenet ada berlambak2 orang buat. Jadi aku lebih suka ceritakan tentang apa yang aku lalui untuk kita sama2 fikir dan kita sama2 muhasabah diri.

Ouh ya, kembali kepada cerita tadi, penceramah kursus yang aku ikuti itu ialah seorang pensyarah di UPM. Maaf aku dah lupa dia di bahagian mana. Mendengarkan dia bercerita, cukup buat aku berfikir dan muhasabah diri.
Satu quote dia yang buat aku diam dan memuhasabah diri, 

“kita suka tengok apa yang ada pada orang dari kita tengok apa yang ada pada diri sendiri, kita suka dan sangat teruja untuk tengok apa yang ada di poket orang dari apa yang di poket sendiri, inilah penyakit yang membuatkan kita sendiri tak pernah puas dengan apa yang kita ada”

seriously aku tediam dan rasa ia memang betul.
Aku sendiri. Ehem.
aku pon suka tengok life orang, tengok apa orang pakai, apa yang orang beli… tapi aku tak lah terlalu memikirkan, pesal die mampu aku tak mampu. Pesal die pakai kete besar aku pakai kete kecik. Pesal pesal pesal? Cuma pandangan sekali lalu dan jauh di sudut hati aku, aku menanam azam aku akan jadi seperti yang aku impikan one fine day. Walau Cuma sekadar menanam azam aku berharap ia akan menjadi kenyataan.

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita ditebak soalan2 yang kadang2 kita tak tahu macam mana nak jawab ? contohnya “eh, kau tau tak kiah pakai keto beso kau. Die keje macam kita je cane kete die beso gitu?” (harap jangan ada yang sentap. Ini contoh)
aku banyak kali berdepan situasi ni, susah juga nak terangkan kepada orang bahawa rezeki kita ini tak sama antara satu sama lain. Perjalanan hidup kita pon takkan sama dengan orang lain. Pada masa kini, kita sering bertanding, siapa lebih berkemampuan, siapa lebih superior dalam menjalani kehidupan.
kenapa?
Aku pon tak ada jawapan. Sebab aku sendiri sedang mendidik hati, jiwa dan diri aku untuk tidak mempertikaikan rezeki dan bahagian orang lain.   

kalau kita compare life kite dengan orang sampai ke sudah tak kan abis. Takkan pernah puas.

ini berlaku pada aku baru2 ni,
Setiap bulan bila aku cek gaji, tengok payslip tu aku memang sekadar senyum dan sejurus aku minimize kan web ANM, aku bukak page baru, Maybank2u.
kat situ lah segala urusan pembayaran aku selesaikan.
dari tadi gaji yang ber “k” tu sekejap je dah tinggal beratus. Tak masuk lagi expenses lain yang memungkinkan baki dalam akaun sekadar puluhan ringgit saja.

tapi , selepas aku mengikuti kursus tersebut, aku cuba amalkan apa yang penceramah itu sampaikan. “Every time when u view your payslip, first word come from your mouth should be “Alhamdulillah ya Allah””

aku cuba buat dan Alhamdulillah, aku merasakan untuk sepanjang bulan Mei gaji itu mampu menampung keperluan aku + aku dah start bayar PTPTN via auto deduction system. Malah, aku rasa aku lebih berlapang dada dalam berbelanja dan menerima apa yang aku belanjakan seadanya itu sebagai rezeki pada bulan itu. Masya Allah. Hebat kan kuasa “Alhamdulillah”

Kalau kita tak pernah rasa bersyukur, mengucapkan Alhamdulillah bukan dari hati yang ikhlas, perasaan   tak cukup menampung, tak mampu, tak puas akan membelenggu diri. Buangkan. Buangkan rasa itu agar kita akan lebih rasa bersyukur.

antara tips penceramah kongsikan kepada kami untuk mendidik diri untuk lebih mensyukuri nikmatNya,
sentiasa ucapkan “Alhamdulillah” dan sentiasa bersabar.

bila aku tengok balik dalam diri aku, dalam keluarga kecil aku, dalam rumah aku, sebenarnya akuyang tak perasan bahawasanya Allah telah menitipkan yang terbaik buat aku, tapi aku yang gagal memandangnya.

tengok kaki, kasut masih boleh guna tapi nak beli juga yang baru. Kenapa? 

alhamdulillah untuk rezeki ini Ya Allah..
buah hati ku yang disayangi.

1 comment :

mamashikin said...

terima kasih sudi singgah blog akak..hee..
selamat berkenalan..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.