Wednesday, February 5, 2014

HAPPY BIRTHDAY TO US


Assalamualaikum kawan2..
Sangat lama mendiamkan blog ni. Kesian blog ni. Kalau orang yang aku tinggalkan ni, dah naik bekedut muka..

Januari 2014 telah pon melabuhkan tirainya. Januari adalah bulan yang pada aku penuh dengan kecintaan kerana di bulan itu aku dilahirkan , dan aku melahirkan.
2 tahun yang lalu, 3.1.2012… detik paling bermakna buat aku bila mana hadiah hari jadi yang sampai bila2 pun akan menjadi hadiah yang tiada tolok bandingnya kerana pada hari itu aku melahirkan Amsyar Wafiy bin Azmee.
Juga tak dilupakan hari lahir suami yang jatuh pada 31.12..2013.. suami genap 32 Tahun. Ha..tua kan? *bajet muda*
Kami saban tahun menyambut hari lahir ini dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Kuasa, agar cinta kami berkekalan hingga ke JannahNya, diberi kelapangan rezeki untuk lebih memberi, untuk membayar hutang, untuk berbakti, untuk lebih mensyukuri..

Sesungguhnya..tahun 2013 memang tahun mencabar emosi , perasaan dan permainan dalaman diri. Memang sungguh mencabar pada aku.  Diuji dengan kehilangan adik Wafiy yang paling terkesan di hati. Masih terbayang bagaimana bahagia kami diambil semula olehNya.. begitu meninggalkan kesan sehingga ke lubuk hati yang paling dalam. Bukan mudah mengucap redha. Perlu masa juga. Sekarang…aku redha.

Matlamat tahun 2014 ini bukan lagi seperti tahun sebelum ni, Cuma renew matlamat dari tahun ke tahun. Tahun ini kami suami isteri sepakat untuk menjadi lebih BERSEDERHANA       dalam segala hal, perbuatan dan yang penting sekali perbelanjaan..
cuba untuk tidak apdet status2 panas berkaitan bola yang boleh menyakitkan hati orang lain,  tiada pembelian secara online berbondong2.. tiada pembaziran makanan samada masaak sendiri atau beli di luar dan sebagainya..
Kami belajar mendidik diri agar lebih bersederhana. Cuba melawan nafsu dan cuba menjadi ibu bapa terbaik buat Wafiy.
Tiba-tiba terasa bahu macam berat . nak pikul tugas sebagai ibu bapa.. hehehehe..baru tau berat . dulu time jadi anak, sikit punya keras kepala, degil..mak cakap tak mau dengar…sekarang..rasakan kau natasa!

Ouh ya.. lupa, taniah juga buat sahabat2 yang akan melahirkan tahun ini.  Semoga semuanya baik2 aja.

Kakak ipar juga telah selamat melahirkan seorang lagi anak buah lelaki. Cucu atok ramli dengan nenek enon semuanya hero2 belaka…

ok jom review apa yang aku buat sempena birthday suami,

Ni hidangan sempena hari ulangtahun suami :) 
birthday boy :)


kek ni boss blikan :)
ni pon sama boss belikan :)
dah bYe.

4 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hepi besday tasya 1 family...sambut besday berjemaah ye..hehe

Miss Tasantek said...

thanks timah..aah..sambut birthday berjemaah..

mak tahun naga, anak tahun naga, boss aku kata ada ong! bhahahaha..

Ifa said...

hepy bezday tasa.. May Allah bless u. Semoga sihat, solehah, bahagia.

Miss Tasantek said...

terima kasih mama awatiff :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.