Friday, February 28, 2014

Luahan hati buat sahabat.


Sahabat yang baik adalah yang mahu dirinya menjadi pokok buah. Dibaling batu, selipar atau kayu, tetap menjatuhkan buah sebagai ganti kesakitan yang diterima.

Sahabat yang baik tidak memberi syarat dalam perhubungan. Tidak pernah meletakkan tanda aras bahawa hanya perlu berkata-kata yang baik, nasihat yang baik, mengiyakan yang betul betul betul sahaja.

Sahabat yang baik adalah apabila datang ujian dalam persahabatan, dia akan beralah, akan menempuh sebarang musibah, akan mencari jalan untuk lebih mengerat ukhwah.

Untuk menilai baiknya seorang sahabat adalah ketika susah, ketika musibah, ketika goyah, ketika lemah, ketika 'tergigit lidah'.

Oh! Saya masih belum menjadi sahabat yang baik rupanya... huhuhu. Sedihnya dengan kekhilafan diri!!!

(Teringat pada mereka yang pernah datang sebagai sahabat yang saya sakiti, lukai dan akhirnya berlalu sepi. Maafkan saya wahai kalian yang pernah hadir sebagai sahabat, yang pernah menghadirkan senyum kepada saya. Sungguh! Saya doakan Allah rahmati kalian walau di mana sahaja kalian berada dan diberikan kebaikan juga kebahagian yang banyak kepada kalian, sampai syurga. Ameen).
Prinsip sahabat ini mudah. Sahabat yang menyayangi sahabatnya akan sentiasa berdoa supaya sahabatnya dilembutkan hati menerima maaf dan menerima dirinya kembali.

Ada doa khusus yang dipanjatkan kepada Allah untuk sahabatnya. Ada tahajjud yang dikhususkan semata-mata untuk sahabat yang dicintainya. Membolak-balikkan hati itu hak Allah. Mungkin ada hati yang masih keras atas kecintaan yang tinggi yang tidak disedari.

Sahabat yang sangat terasa hati lalu keras menjauhkan diri pasti adalah sahabat yang sangat menyintai kita. Kerana lukanya yang terlalu dalam, akibat sayangnya yang terlalu kuat membuatkan dia (mungkin) terasa hati yang sangat perit.

Mohon Allah ubati luka sang sahabat itu dengan berikan kesembuhan kepada hatinya dan bolak balikkan hatinya untuk kembali menjalinkan persahabatan yang terputus.

Pastinya keakraban itu akan lebih utuh, kukuh dan bersimpul kemas. InsyaAllah.

Doa. Doa. Doa.

Kuasa doa itu adalah senjata kita para hamba-Nya. Yakin dan percaya, harinya akan tiba. Ribut petir berlalu, mentari bersinar bersama pelangi. Persahabatan kembali bertaut, mesra, bahagia, sampai syurga. Ameen Ya Rabbal ‘alamiin.

Bermaafan itu ganjaran pahalanya sangat tinggi, bagi yang tahu dan mahu mengambil peduli.

Saya masih belajar mengenainya. Belajar memberi maaf dan menerima maaf. Sungguh, ia tidak mudah, juga, ia tidak susah. Sungguh juga, saya masih berusaha keras untuk mempraktikkannya.

(kak tiny)

membaca bait2 tulisan ini air mata aku bertakung di tubir mata.
mana mungkin aku melupakan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan kepada aku.
di mana silapnya sahabat ku? mengapa kita seperti berjauh hati?
salah apa kah sahabatku?
dosa apakah sahabatku?
Benarkah kita masih teguh berpegang pada janji seperti dulu?
benarkah kita masih mengakui kita seperti sedarah sedaging seayah seibu?
dan...
Benarkah sahabat kita masih bersahabat?
atau kita memilih untuk berhenti di sini
memilih untuk terus berjauh hati
memilih untuk terus mendiamkan diri
memilih untuk terus terasa hati
memilih untuk membiarkan persahabatan ini berlalu sepi

benarkah kita memilih seperti itu 
atau kita 
cuba perbaiki mana yang rapuh
cuba jadikan ikatan ini lebih ampuh
cuba melupakan perasan yang menghancur luluh
cuba memaafkan semua silap agar kita lebih teguh

seperti apakah yang kita mahukan wahai sahabat?

jawab. jawablah. aku sedia menanti. di sini..di alam maya ini, di  alam nyata juga aku nanti..
atau kalian lebih suka membiarkan aku mengetahuinya hanya bila aku telah dipanggil Izrail?





2 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

bestnye..tetibe aku rindu kt kengkawanku..

Miss Tasantek said...

ahahaha..kau abaikan je timah. aku kadang2 suka menaip ikut apa yang ada dalam otak . men taip je. sampai tak sedarrrrr...

mungkin ada yang terasa.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.