Tuesday, March 18, 2014

Pray For MH370


Sayu hati  namun kami terus menanti
Khabar berita dari astro awani
ADakah teldah ditemui, MH370 yang hilang misteri
atau masih lagi dalam misi mencari..
Saban hari kami menanti pasti
setiap perkhabaran tentang misi ini
bukan saja di nanti di dalam negeri
malah turut sama di luar negeri

Tuhan Kami yang Maha Suci
temukan MH370 agar persoalan terjawab nanti
Apakah yang berlaku kepada mereka semua ini
Mengapa kehilangan mereka cukup misteri

Kepaeda Mu Ya Rabb..Kami berdoa
Kau berilah petunjuk kepada semua
Andai Kau masih mahu kami berdoa..
kami semua takkan pernah berputus asa..

Kalian mungkin tidak kami kenali
malah bersentuh bahu juga tak tentu kami peduli
Tapi bermula berita di Pagi sabtu yang lalu
kalian menjadi perhatian segenap penjuru
di darat di laut operasi dimulakan
berbagai spekulasi terus di perkatakan
Di sabotaj, dirampas, malah mungkin kemalangan
Terus-terusan  kalian diperkatakan..

Cerita tentang kalian menjadi rebutan
malah ramai yang tiba2 jadi pakar penerbangan,
Tak kurang juga yang menjadi pasukan keselamatan
sehingga muncul penawar perkhidmatan tanpa bayaran (Raja Bomoh)

Namun perkhabaran masih lagi menghampakan…

Di bait tulisan ini aku nukilkan
satu perasaan penuh pengharapan
PUlanglah kalian kembali dalam dakapan
insan tercinta menanti penuh harapan..

#prayforMH370


1 comment :

Hida Kadiso said...

epi enibeseri yo..

akak pon jenoh nak marathon blog ko ni dik.. hehehhe..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.