Wednesday, October 1, 2014

trauma lagi


 Lagi beberapa hari nak raya haji.
Tahun lepass (dalam bulan Islam) waktu2 seperti ini, aku sedang berperang dengan emosi aku sendiri, meratap, meruntun, rentan, sayu, pilu… mengenang satu perjalanan yang terhenti . Keguguran janin yang dikasihi.

Perkara ini mungkin kecil bagi sesetengah orang.. tapi pada aku ia tak lain sama seperti aku kehilangan orang tersayang. Dari Rahim aku dia terbentuk, seminggu ,dua minggu, akhirnya genap 11 minggu dia pergi tinggalkan aku. Walau aku telah mengetahui dari usianya 8 minggu yang janin aku kandung itu telah tiada degupan jantungnya..

Untuk detik2 penuh hiba itu, aku masih lagi trauma. Ya, masih lagi aku trauma bila mengenangkan sakit yang tiada upahnya.. andai bersalin, walau sakit, dapat kau lihat anak yang kau lahirkan. Lupa kau tentang sakit yang sedang kau tanggung.

kalau gugur? Kau sakit. Kau pedih. Tapi apa yang kau ada? Melainkan sekeping pic scan itam putih , itu saja bukti aku penah kandungkan dia..
Berbulan lamanya aku merawat hati yang luka. Aku mengumpul semula kekuatan yang masih bersisa. Aku panjatkan doa pada yang Esa, mohon dikasihani, kurniakanlah aku sekali lagi peluang menjalani tempoh penuh memori …

Nawal Adha kekasih hati,
mama tak pernah lupakan kamu . Andai kamu ada sekarang usiamu 4 bulan sayang.. tak mengapa, doakan mama ya nak.. mama mahu bagi abang wafiy teman.

ah. Menangis lagi.

1 comment :

한나Zakharshi said...

takziah.
bagai hujan..
ia datang dan pergi
lepas berhenti datang pelangi..
cerah semula dunia..

kau bagi nama gegel..
sedap nama..

tabah. sabar.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.