Wednesday, June 25, 2014

Dimana Hati Aku?


Pimpin tanganku ketika kau aku perlukan
dakap tubuhku ketika aku sejuk lagi menyakitkan
usap rambutku kerana ia melenakan
katakan pada aku kau takkan pergi meninggalkan

yang bermain di segenap jiwaku itu lagu kamu
yang sentiasa membuat aku tersenyum itu cinta kamu

berhenti. Berhentilah dari terus membuat aku rindu
aku terus menyakiti hati ini dengan impian itu
aku terus melukakan diri ini dengan getaran rindu kamu

berhentilah. Biar aku merawat hati ni sendiri.

saat rindu itu begitu menyebalkan,
Natasha

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.