Friday, November 14, 2014

Salam Sayang Salam Terakhir Buat Abang..



Innalillah wa innalillah hi roji’un..

Al Fatihah buat abangku tersayang.. Norairulsham Nordin
9 November 2014 Jam 8.30 pagi kau pergi menghadap Ilahi bang..
Hari ni, 13 November 2014, aku masih merasakan engkau ada dengan kami bang. 
Dengan kami sekeluarga..
Allahuakbar…allahuakbar…allahuakbar.

9 November 2014
Bangun pagi tu aku rasa damai. Aku rasa tenang… Cuaca redup. Mendung. 
Hari ni aku bercadang nak ziarah sepupu kawan aku yang dimasukkan di ICU HKL sebab jangkitan kuman dekat otak. Dah berkali2 tertangguh. Kali ni aku tekad nak pegi juga.
Rutin harian aku di pagi ahad, kemas rumah , basuh kain, prepare breakfast. Tapi pagi tu aku tak rasa nak breakfast. Aku kemas2 bahagian dapur.
Masa aku tengah bekemas, hp aku bunyi, suami kata panggilan dari emak.  Hati aku berbisik 

“entah2 ada perkhabaran dari kampung tentang pacik aku yang kat ICU tu” 

Tak sempat jawab deringan dah berhenti.

Aku call emak semula, aku dengar suara emak dengan esak tangis, mak mintak aku balik sebab abang aku tak sedarkan diri kat rumah dia di Kangkar Pulai Johor.  Dengar mak cakap macam tu, aku dah mengalir air mata.  Aku call kakak aku, aku Tanya dia nak balik ke tak.. Kami menangis bersama.
Aku capai beg, aku lipat kain baju aku, baju2 wafiy, aku capai telefon aku call mak cik aku kat kampung, aku mintak dia tengokkan mak aku yang tengah sedih..  aku jadi bingung apa yang aku kemas aku pon tak tahu. Aku kedapur, aku ke bilik, aku susun2 baju lagi..
Ada call dari emak lagi.. aku dengar suara emak cakap 

“ adiiikkk, balik yee… abang dah tak ada”
aku TERKEDU. TERPAKU.
Yang aku dengar suara emak menangiss di hujung talian.
INNALILLAH.
Aku pandang sekeliling, hp telepas dari genggaman aku, aku terduduk melutut 
Tak ada apa yang aku fikirkan. Fikiran aku kosong. Kosong sangat. Yang aku rasa…. Aku nak meraung. Menjerit. Menangis sekuat2 hati aku.
Iyaa…aku meraung…aku menangiss sekuat2 hati aku. Aku panggil emak aku, aku panggil abang aku..
Aku tak boleh fikir apa2 lagi waktu itu.

Perjalanan balik ke kampong sangat jauh aku rasakan. Kalau boleh aku nak terbang…
sepanjang perjalanan, aku Cuma melempar pandangan keluar tingkap. Melayan perasaaan…  sekejap menangis sekejap berhenti.
Satu persatu kenangan kami dari kecik, besar, dewasa dan kini masing2  punya keluarga…bermain2 di fikiran aku..
Senyuman dia, suara dia, susuk tubuh dia, baju2 dia boleh dikatakan aku tak berhenti berfikir tentang abang..

Sampai kat kampong, laman rumah aku dah penuh dengan kunjungan dari kawan2, sanak saudara dan orang kampong. Aku masih rasa ini mungkin mimpi. Abang aku belum pergi…
Turun kereta, orang pertama aku pandang, Abah. Aku salam abah, aku cium abah..abah nangis. Sama macam abah nangis masa tinggalkan aku di rumah mertua dulu. Tapi kali ni lebih panjang lagi..lebih syahdu lagi.

Naik ke rumah aku tengok rumah aku lapang, yang ada sanak saudara berkumpul menantikan jenazah abang tiba dari Johor Bharu. Aku cari emak..aku salam emak, aku cium emak, aku menangis untuk kesekian kalinya kat pangkuan emakkk…

Aku masih rasa ini mimpi.

Saat jenazah tiba, aku kuatkan semangat menanti jenazah di muka pintu, aku kuatkan semangat menanti sekujur tubuh kaku milik abang aku…..
aku tanyakan pada kakak  

“ kak, ini yang balik ni, abang kita ke kak? Betul ke abang balik kak?” 

kakak Cuma angguk sambil peluk aku. 

Kafan dibuka untuk tatapan saudara mara waris si mati.  Aku berdebar2. Apalah rupanya abang aku nanti.
Bila terpandang seraut wajah yang dari kecil hingga hayatnya aku panggil abang. Aku sayang sepenuh hati, kakuuu…pucat…lesiii…aku terduduk menangisss.. aku pegang kaki abang… 
hanya air mata berbicara.

“Assalamualaikum abang, bang, aku halalkan semua yang pernah kau temakan teminum segala2nya aku halalkan dunia dan akhirat. Aku minta maaf tak menjadi adik yang baik yang jaga kau sepanjang kau sakit. Selamat jalan ya bang. Selamat jalan berjumpa yang maha Esa.” 

Aku kucup pipi abang. Aku kucup kening abang aku kucup kelopak mata abang.
Aku tengok abah menangis. Aku tengok emak menangiss… aku tengok semua orang menangis. Aku lebih2 lagi.
perjalanan abang berakhir.

di rumah buruk ini dia dibesarkan , dirumah ini jugalah dia singgah sebelum ke tempat persinggahan terkahir sementara menunggu kiamat.
Alhamdulillah, abang disolatkan di masjid dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Parit Yaani, Yong Peng, Johor.
Al Fatihah buat abang ku tersayang , bersemadilah engkau aman di sisiNya, aku sayang engkau. Sayang sampai syurga.
……

Abang,
susahnya aku nak terima hakikat, engkau dah pergi tinggalkan kami semua.

Sampai sekarang bang. Sampai sekarang, aku tak nak panggil kau arwah. Aku masih rasa kau ada dengan kami semua.

Masya allah teruk btul aku ni. Bukankah Allah sayangkan kau sebab itu dia ambil kau?
betulkan bang?

Abang,
aku janji bang, Kimi dan Naqib akan aku tatang macam anak aku sendiri, aku akan cuba penuhi keperluan mereka selagi termampu bang. Juga buat kak Gee bang, aku akan jaga dia.. pecayalah bang. Aku akan pastikan mereka terpelihara kebajikannya.  

Selamat Jalan ye bang. selamat pergi bertemu Maha Pencipta...
aku sayang kau bang. sayang sangat2...

sayang sangat-sangat.

2 comments :

Eda Ejai said...

Innalilillahhh.. takziah buat tasa sekeluarga..


*baru perasan tasa dah tuka template baru..

kayyana said...

Al-Fatihah... semoga arwah tenang di sisi PenciptaNya.. AMIN..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.