Friday, October 22, 2010

~Jumahat yang Hendah~


Selamat sejahtera semua pembaca setia blog saya, (ade ke follower yg setia bace ???) 
eh eh..hari ni mcam sopan kan...maklumlah ari Jumahat...
by d way, today (lorh..t'speaking lak)
hari ini kita nk cerita pasal hari Jumahat, ape yg bestnye ari jumaat ni kawan2??? (siyes terasa cam talk show lak..haha..abaikan!)
ok look, ape yg aku nk cerita hari ini ialah, tentang hari Jumahat, yg mana hari ini adalah ketua kepada hari2 yang lain, dalam erti kata lain, dalam Setiap bulan Islam, hari Jumahat ialah pemula sebuah minggu.
owkeh, seterusnya kita lihat apa kah kelebihan2 hari Jumahat, 


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
dalam satu kisah lain pula, 
aku beranggapan hari Jumahat ini ialah hari yang mana aku seronok nk dtg keja, tiada rasa malas walau sekelumit pon..sebab...
  1. Hari Jumahat kes tade, so keje agak rilex sikit just update2 catatan2, nota2 keterangan  dalam sistem. 
  2. Hari Jumahat ni ada tazkirah, yelah dah 4 hari bekerja dengan hati yang menyumpah2 kan, so ari Jumahat lar hari yang aku ada untuk menyucikan hati yang sedia ada tak bape nk suci ni. Mendengar ayat2 Alquran diperalunkan buat hati ni jadi lembut sikitlah kan...

mawi bace Quran, aku terjemah , amcam?? kombinasi yang baik kan???
itu secara mata kasarnya kelebihan2 ari Jumahat pada aku
nk lebih detail lagi??
hahahhahaha....aku suke keje ari Jumahat sebab...
  1. Jumahat cepat rehat, tepat pukul 12 je, Si Dada D Glam tu akan msg aku, nak tanya mana lokasi lar...apelagi...
  2. setelah bertanya lokasi di mana, kami akan mula lah plan macam2...seperti, berhabisan duit di Sogo/midvalley, menziarahi tokeh2 kedai tudung kt jln Tar, mengisi perut boncit di restoran2 segera seperti KFC, McD dan sebagainya, 
  3. Pada hari Jumahat ini selalunya bos2 akan terlibat dengan meeting / urusan rasmi jabatan jadi mereka2 ni selalu tak ada dalam bilik,kesempatan yang ada di gunakan kepada kami untuk melancong, antara tempat2 yang penah kami lawati ialah, Shah alam, Serdang, Seremban, dan Gombak (takleh tulis banyak2 bahaye)
  4. itu semua plan bila baru tepijak duit, kalau duit dah macam telur kt ujung tanduk kan, kitorang akan abiskan masa dengan TIDO, haha..paling jimat hobi ni....tak pun kitorang tengok citer blue  omputih kat PC, citer2 ni kitorang rembat dari dak2 ofis yg ada software donlod movie dari intenet...sambil layan citer ni matikan lampu dan bukak kipas kuat2 (econ kitorang cap ayam betanduk kerbau, selalu rosak)
k itu saja yang aku dapat share kt sini, hahaha...yang lain kene keep lar..takut nnti ade broadband ajaib lak yg tebaca aku punya entry ni, manelah tau kan...sok lusa die sampaikan kat big boss aku, dah kurang markah SKT aku..hehehe...

tapi percayalah..ramai org suka hari Jumahat ni..tak caye tanyelah budak sekolah, student poli, student u...
Suke tak ari Jumahat?????
memang confirm! confirm suka lah!!!
hahahahahahahaha.....

tasantek yang hensem!
2.39 petang
Jumahat yang hendah
MRS 5
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.