Wednesday, December 22, 2010

atok saya meninggal pula :(

selamat sejahtera kawan2, 
ok lar hari ni aku just nk buat entri peringatan tentang arwah atok aku..
last 2 days ago, on 21.12.2010 jam lebih kurang 8.30 atok aku (ayah emak aku) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
berita sedih itu disampaikan kepada aku oleh cousin aku, and aku serta kakak aku decide untuk balik ke kampung dalam kadar segera.
perjalanan ke kampung aku rasakan lambat sangat, even aku menekan throttle minyak Gen2 tunang aku seperti mahu menyertai F1 racing..
entahlah..aku tak rasa sedih tapi rasa macam biasa je..
(kejam giler aku neh)
okeh, aku tak sedih bukan sebab aku tak suke arwah ke ape ke, tapi aku tak tau ar,
 dah tak nak nangis..nak wat macam mana kan???
aku sampai ke kg aku di Sri Medan, dalam pukul 3.30 petang (lebih kurang lah)
aku sampai2 je saudara mara dah balik and tinggal sedara2 terdekat je,
 then aku gi makan kat umah makcik aku..
menurut cerita makcik aku, arwah memang dah mula bercakap benda pelik2 since dua tiga hari before die pergi, die asyik cari2 mak aku, then sebab arwah ni dok selalu tanya kat makcik aku (mak long) mana mak aku kan, 
mak long aku tipu arwah, 
mak long aku kata, "nenon (gelaran manja mak aku) tade lar pak, nenon duduk kat Sabah, die tak boleh balik, kapal terbangnyer tade" 
hahahah...gelak gulinng2 aku dengar..
makcik aku lagi sorang, maklong aku tipu die duduk kat Kedah, jauh nk balik, bas nye tade..
kalau tidak, arwah asyik tanya je mana mak and makcik aku, mak aku dah ada kat sebelah pon nak tanya lagi mana mak aku....
kesian kan...
nasib baiklah minggu lepas time cousin aku kawin, aku sempat jengah die, tu lar last aku salam die, and now, aku dah tade atok lar, kedua2 atok lelaki aku dah meninggal.
tinggal sorang je nenek aku, nenek sebelah ayah aku (nyaie aku) dah tade.

sepanjang aku hidup ni aku memang tak bape rapat dengan arwah atok aku yang aku panggil "mbah lanang" (ni panggilan orang jawa means "atok lelaki" )
aku takut dengan dia sebab die ni garang ketika hayatnya masih hidup.
arwah mempunya dua orang isteri, nenek aku isteri pertama dan mempunyai 14 orang anak, nenek kedua ada 4 orang anak + 3 anak tiri.
hah, korang..kirelah berapa ramai makcik2 and pakcik2 aku..
kalau balik beraya tu nenek aku memang masak macam orang nk kenduri kawin tu ar...
hahahaha...
cucu2 pon dah ada yang kawin beranak pinak, so aku secara tidak langsung dah jadi macik saudara untuk anak buah yang hampir 20 orang.
hah, ramai tak u ollss???
mbah lanang juga merupakan seorang jaguh bola sepak ketika hayatnya muda dulu, seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat kuat merokok, tapi ketika dia sakit, dia tak mempunyai sakit kronik seperti jantung ke, darah tinggi ke, kencing manis ke, die cuma sakit tua..
arwah meninggal ketika usia mencecah 80 tahun.
dah tua lar kan, Junjungan kita Nabi Muhammad pon meninggal tak cecah 80 tahun..
jadinya kita ni kena bersyukur kalau masih idup di usia lanjut, sebab masih ada masa untuk kita beribadat..
bertaubat ni bukan kira umur dah tua baru nak tobat, tapi bila kita rasa diri kita ni kotor dan mahu kembali pulang ke jalan Nya, ketika itu niatlah dalam hati, aku bertaubat dengan dosa2 aku yang lepas, termasuklah dosa2 mengumpat, mengkeji, mengata, memaki dan ape2 lagi lah :)
so entry setakat ni je..aku nak haplod entry aku gi rumah bulat ni..tapi aku masukkan dlu entri ni kan..sebagai peringatan kepada semua rakan2 blogger...
thanks sebab baca sampai habis, sayang u olls lebih :)

al fatihah buat Embah ...
tasa prihatin
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.