Monday, November 22, 2010

bercuti :) + :(

slm sejahtera buat peminat2 aku kat luar sana tu..
aku tau ramai yang menjadi silent reader aku terutama sekali kekasih gelap aku yang sedia ada gelap dan tak akan putih ...hah! cuba lah teka :P
by d way kegembiraan pada raya aidiladha tahun ini pada awalnya di sambut meriah di selangi dengan kabar sedih pemergian salah seorang kaki tangan jabatan aku dan berakhir dengan kemeriahan perkahwinan my lovely and beauty cousin...
erm..ok, kite mula dengan berita sedih dulu ye..

pada 19.11.2010 jam lebih kurang 7 petang, seorang kakitangan jabatan aku telah pergi menyahut seruan Ilahi, di mana beliau / arwah telah terlibat dengan kemalangan di lebuhraya Utara Selatan menuju ke Melaka, 
kemalangan itu telah menyebabkan arwah terperosok di bawah lori tanpa di ketahui bagaimana kejadian itu berlaku sebenarnya,  Pemandu lori itu hanya menyedari ada berlaku sesuatu apabila sebuah kereta mengHon beliau dan memberi isyarat untuk berhenti di bahu jalan, dan ketika itu beliau tidak menyangka di bawah lorinya itu ada sekujur tubuh kaku lengkap berpakaian "smart rider" (ala..baju yang rider motor selalu pakai tu ) 
*kronologi kes ini diceritakan semula berdasarkan makluman oleh ayah arwah *
arwah meninggal di situ juga.. Al -fatihah kepada arwah Azri bin Tuliman.
jenazah telah di bawa ke hospital melaka untuk di bedah siasat dan jenazah tiba di kampung halaman arwah di Kg Melepang, Ladang Sagil,  Tangkak jam lebih kurang 2 petang sebelum di sembahyangkan dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah kampung arwah..

menurut kawan2 dan kakitangan di mahkamah ini, arwah ialah seorang yang baik hati, dan sering tersenyum, menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di samping seorang yang mudah mesra ...
menurut ibu bapanya juga, arwah seorang anak yang baik dan tidak mempunyai masalah, arwah rapat dengan saudara mara dan ibu serta ayah arwah meredhakan pemergian anak mereka andai telah tertulis ajalnya ...
sekali lagi..
al-fatihah ....

                                                           ********************

pada hari raya aidiladha yang lalu aku dan keluarga telah bersama2 memeriahkan majlis qurban di rumah makcik aku merangkap mak kedua adik aku hahahaha...
makcik ini merupakan mak kepada Cik Puan Bunga 
hahah...masa ni aku tak leh nak amik gmbar sebab hp aku tak memberi kerjasama...maklumlah standard dah nak gi baling kt parit kan...hahaha...
ade lah pic2 tu diambil oleh kak bunga insya allah lau die haplod kat blog or FB die aku bagi lar kengkawan lain tengok secara tagging2..heheh...

on 20-21.11.2010  akak sepupu aku kak Lela, telah  selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di rumah kediaman makcik aku di Kg. Sri Paya Pt Raja..
majlis yang disambut meriah oleh sanak saudara itu tak dapat aku tunggu sehingga selesai sebab aku kene balik KL petang tu juga...
so lepas je akak spupu aku sanding aku pon Chau Sin Chi...
HENSEM kan aku???
of course la ....*belagak*

pejalanan balik ke KL memang sgt bosan...yelah dah lame kan suti..tibe2 nk sambung keje..rase cam ....
buhsannyer!!!!
sekian dulu untuk hari ini...
gua chow lu ...

ouh..penat!
tasantek.. 
2.37 ptg
MRS 5 


Thursday, November 11, 2010

hangen giler!!!

salam and selamat sejahtera kawan2 yg masih sudi nak baca entry aku ni (pemulaan yang cukup sopan )
today, aku handling satu kes ni di mana pihak Plaintif (pemohon) seorang yang SANGAT-SANGAT-SANGAT SENGAL BANGANG!
K cukup lar setakat itu aku maki, sebab aku tak bagi die makan kan, so aku maki takat yang mampu la..kang aku maki mak die tak basuh kaki masa nak tido kang cam tak patot lar kan..hahaha...
back to the story, aku sebenarnye bukanlah nak marah sangat tapi aku tak suke org yang kurang ajar 
dalam erti kata lain BIADAP
aku ni mungkin mulut macam puaka sikit, (yess..bisa mengaku dengan ikhlasnya) tapi bergantung pada keadaan lar aku nak maki kan..tak de lar sume benda aku nak buat main2..
time keje aku memang sgt mementingkan etika, bkan ape, aku kan keje kat badan kehakiman yang mana institusi ini dilihat sebagai penegak keadilan masalah keluarga Islam, jadi secara tak langsung perwatakan aku mungkin agak berbeza sikit bila masuk dalam dewan (siyes sikit lar de...)
k dipendekkan cerita, ade client ni membuat aduan bertulis kepada jabatan aku mengatakan aku marah die melalui reaksi muke aku yang MENJEGIL2KAN MATA ketika dia memberi keterangan.
beliau turut berkata tindakan aku itu seolah2 TANDA AKU TAK PUAS HATI terhadap beliau
warh!!!!! 
enak2 aja ...ngomong jgn sembarang dong.....(lorh..ckp Indon pulak)
ekceli, gelagak mamat bongek ni memang telah aku perhatikan sedari dia masuk ke dalam dewan, tapi aku malas nk amik port sgt....aku biar je die duduk besilang kaki, duduk macam bapak dia ada share dalam mahkamah ni...then masa dia bagi keterangan tu pon die jawab cam nk tak nak je...paling muka dari boss aku..semua fakta kejadian dia tak ingat...
(hukum syarak tak boleh buat main2 tau!!!)
bila bos aku nasihatkan dia, menjawab!!! 
hah ni adalah salah satu pantang larang ketika berada dalam dewan bicara..bukan tak boleh bersuara tapi ada cara2 dia..
aku tak sangka lar KERANI UiTM ni tak pandai baca garis panduan kat depan pintu dewan aku tu..
yelah..dah sibuk sangat nk bercerai kan...sampai mata tu dah tak tebukak nk tengok kiri kanan.....
dalam aduan itu turut diselitkan ayat sebegini "staf yang sedang menaip (rasanya typist, tiada tag nama) menjegilkan mata kepada saya sebanyak 3 kali "
owh..oi!!!!! 
die ingat yg duduk bawah meja hakim tu sume typist??? eh..die keje kt UiTM kot..jawatan typist mane ade lagi??
sgt kurang ajar beb...
aduan bertulis tu aku bawak kepada boss aku untuk dibaca dan diteliti tentang bentuk tindakan yang perlu kami ambil kerana mamat ni seakan2 tidak berpuas hati dengan pihak mahkamah, so bila bos aku baca, dia sangat bengang dan memanjangkan aduan itu kepada KP...
********************************************************************************************************
masa aku turun nk gi makan kat kantin, ade lah akak ofismate aku gitau, mamat bongek tu ke kaunter utama n tanya pasal aduan tu, die nak amik balik surat aduan tu...
die kate nak tambah aduan..
bila akak tu soal selidik sikit kan tentang apa, kenapa sume...
barulah die cakap,sebenarnya dia nak tarik balik aduan tu..
TAK DAPAT JEK, SURAT TU DAH BOS AKU LAJUKAN KE KETUA PENDAFTAR
jadinya...beliau pon berjumpa dengan KP aku..
tapi aku tak takut ar.....kalau aku salah aku leh terima..tapi kat surat tu bos aku dah minit 
"pengadu biadab dengan hakim dalam dewan"
so??? korang fikirlah sendiri...
sebab tu aku berani bertekak dengan die :p lalalala...

berani kerana benar :)
sekian, 
tasa marah tapi dah cOol 
5.08 petang 




Tuesday, November 2, 2010

semangat yang tak pernah hilang :)

salam dan selamat petang kawan2....to my silent reader, thanks ya masih membaca tentang entry2 aku yang tak pape ni..(starting yg sgt berhemah hehehe...)
hokeh, today aku nak cerita sikit apa yang aku buat weekend yang lalu..
hari sabtu yang lepas, aku & fiance , kak ngah (Liana Az) , Mawi, Sapik, Afiq, Azrul n Fadly telah mengunjungi Sg Congkak untuk bermandi manda,(sgt syiok kawan2 )
Kawasan air terjun ni sgt mendamaikan dan aku kategorikan sebagai bersih la, facilities pon hokey so tade masalah lar pada yang berminat berkelah di sini.
rege tiket masuk
ha....murah kan kawan2????
lau nak masuk bawak satu bas baru 44 hengget je 
(sebab seat bas kan, 44 tempat duduk saja :) )
tengok pic2 ni..sure terhibur dong :P




suasana yang mendamaikan jiwa raga aku serta jiwa raga kawan2 yg lain.....sgt mendamaikan *peace*
mawi telah membawa kawan2 ketika sekolahnya yang sume ganteng2 dong..miahaha..
sib baik aku dtg dengan tunang aku, kalau aku sorang2, sumpah aku tak mau ngaku dah tunang....miahahahah..(gelak jahat)
ok siyes balik.
kawan2 mawi sume supporting and boleh lar masuk kepala hotak aku yg kadang2 ok sometime a bit jem.(ngaku lagi baik kan :) )
ini ape???
hah, ini lah pertama kali aku makan menatang ni..(thanks to Dr.Azrul sebab kenalkan aku dengan menatang ijau rasa tomyam ni )
mula2 aku makan aku rasa pelik giler rasa dia..nak muntahkan balik je..
tapi aku ni kan degil sikit, dah tak sedap tu makin nak dikunyah2 dan kunyah Yum! Yum!YuM!
beberapa minit kemudian ....

hah!!! amik kau, tak benti aku mencekik menatang ni..
enak dimakan tanpa henti2..hahaha....
aku dah tak pedulik dah diorang nk ckp hape, yg penting aku enjoy mentekedarah rumpai laut ni :)
(Owh..Dr.Azrul thanks darling ...)
bila makan benda ni korang akan rasa muda 2 tahun dari umur asal, aku suggest menatang ni kat korang yang selalu merungut muka kusam, + jerawat..makanlah sure mude balik hahahahaha..
ok aku tipu tu.
setelah puas bermandi manda manja2, raba2   dan bersuka ria, kami pon bersiap nak balik...
sebab driver kitorang dah tunggu..
hah?? tak caya kitorang ada driver???
ade..meh sini aku gitau ni ha driver we all...
:sila abaikan pkok yg telebih interframe ni:

Ni ha...pecaye tak????? pecaye tak???? pecaye tak???
Cakap pecaya sangat tasa!!! (paksa sambil letak pisau kt leher korang)

lalalalalalala...(muka bersahaja kerana menipu)
sebaik kami bersiap sedia menaiki back hoe yang hensem tu, kami mengambil gambar kenang2 kenangan..
dengan maksud lain aku nak simpan pic member mawi yang hensem tu :P
Dr.Azrul tu kanan sekali :) :abaikan motor buruk tu:
sori kualiti pic agak cam haram sikit, maklumlah kamera hp yang cap hayam penyek...
(warh..nak hp baru!!!!) 
hensem2 kan member mawi?? sape tak bape jelas sila PM aku..aku bagi baik punya pic siap zoOm..miahahah..

kak ngah in pose..hehehe.....
setelah berposing bagai...kami  pun pulang dengan hati yang gembira.....

K setelah balik dari mandi manda, kak ngah decide untuk terus pulang manakala kami meneruskan perjalanan ke...
kemane kawan2???
ke Flamingo lar ape lagi..main voling dengan kawan2 mawi...
Ouh..u..kawan2 mawi terror2 main bowling u know...
sgt enjoy bersama mereka..
sorry pic tade sbab aku tak amik gmbr time tu..bateri hp dah minta di hentak ke diinding (ajaibkan hp aku??)

keesokkan harinya..iaitu hari Ahad, 
seperti yang dirancang...
kami bergerak ke Putrajaya untuk mempersiapkan satu birthday party yg agak suprise untuk Tatin (Aku La Tatin
sangat suprise itu birthday party..
mastermind projek da boom tu ialah 
hah, inilah...inilah pencuriknya...(eh???)
ok tipu.
inila pemikir projek da bOom tu...
dia ialah seorang lelaki (of course la kan ...)
dia juga kami kenali sebagai bf kepada si tatin...hehe..En.Fendi :)
beliaulah yang merancang semua ini dan memohon kerjasama dari pihak kami untuk menjayakan majlis ini..dan akhirnya terjadilah party yg sgt suprise buat tatin (sob..sob..sob..teharu bf tatin sgt romantik)
ok untuk melihat picture yang lebih menarik sila klik sini
tak larat nookss mak nak haplod..mampus kerinting rambut aku nk tunggu sume pic aku haplod..

ok itu saja cerita aku setakat hari ini..sangat enjoy berhabisan tenaga bersama mawi, and kawan2 yang lain..tak lupa juga kawan2 kelas DSK yang sgt2 supporting..kami memang selalu bersama...heheh..
pada kawan2 yang ada idea nk kenakan / suprise party ke hape ke..boleh lar contact kami..nti kami arrange dgn rega  kawan2..heehehehehe..*poyo abis* 

bebalik tajuk entry tu...
semangat yang tak pernah hilang, nape tajuk itu diberi??
sebab...
aku masih steady lagi berhabisan tenaga even hari sabtu tu aku tido lambat sebab tengok bola N9 lawan Kelantan, 
si dear dah mula ada petanda2 nak demam pon boleh lagi bergembira dengan kawan2 aku cayalah syg!!!
and semangat nak bergembira dan menghiburkan hati itu tak penah padam dalam hati aku ni..
cewah..ayat..tak tahan ....
dh lar...muntah darah korang bila baca ayat2 aku seterusnya nnti..haha..
sekian...
before aku benti taip ni, ingatlah, hargai kawan2 anda yang ada sekarang...
kerana itu sajalah teman suka duka anda yg ada before u all sume tukar status jadi bini /laki orang!!!
k da~

tasa heppy gilak !
5.44 petang
MRS5

Monday, November 1, 2010

aduh!

adui ai...si boncit saya itu demam pula kawan2...
dan menyebabkan saya juga kehilangan moOd untuk bekerja
pagi aku pergi keje sorang2 and tesangkut kt jem kt pekeliling tu...
aiyo..sgt tension..
then bila aku smpai ofis aku kene turun punch card, tibe2 aku rasa aku cam nak nangis je..
dah ade org punchkan aku :) hahahahahahaha...terharu dengan keperihatinan kawan2 yang sedar aku bakal terlambat :P
biasalah aku kan disenangi ramai ..*tipu*
hey hey hey...
bfast sorang2 dalam bilik rehat, nk gugur air mata...
yelah selalu dengan si dia kan makan, suap, cubit2..hari ni aku tepaksa makan sorang..
oOh!!!!! syg!!!!!!!! cepatlah baik tak mahu makan sorang2...
tular kalau dia ada, aku suka sangat gigit2 tangan dia, cubit2 peha dia, 
smpai tejerit2 dia tahan sakit,tapi dia tak penah balas..die tahan je..
syg..i love u...


aku syg lelaki yang menyintai aku sepenuh hatinya itu..
aku syg lelaki yang seumur hidupnya ingin dikongsi bersama aku
aku syg lelaki yang sabar menahan amarahnya demi menjaga hubungan dia dan aku
aku syg lelaki yang setiap tutur katanya lembut menjaga hati aku
aku syg lelaki yang tak pernah tekeluar dari mulutnya kata2 maki hamun terhadap aku even we all gaduh mcm anto fighter.
aku syg lelaki yang sentiasa ingatkan  kewajipan 5 waktu aku
aku syg lelaki yang mengejutkan aku sahur setiap hari di bulan Ramdhan lalu,
aku syg lelaki itu..
sgt meinginkan dia terus berada di hati aku
sgt mengkehendakkan dia terus memberi sokongan terhadap aku
sgt menyintai dia seluruh jiwa dan ragaku..


tuhan, Kau pasti tahu yang terbaik buat aku, 
berilah aku kekuatan menghadapi dugaan2 mu Ya Tuhan..
berikanlah aku peluang untuk menjadi suri di hatinya selama hayatnya sebelum kau mengambilnya untuk bertemu Mu...
berkatilah kami ya Allah,
sesungguhnya aku teramat perlukan dia memimpin tanganku menuju jalan Mu..


i love him




tasa terpilu
4.23 petang

MRS 5
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.