Friday, April 8, 2011

all in one lah.penat nk type.

syukur ya Allah..hari ni hari Jumaat sudah..
pejam celik pejam celik..dah hari Jumaat..
yelah kan..dah lama sangat cuti bila naik cuti  je rasa cam berbunga2 hati nak tunjuk rajin kat bos kan . *sambil tesenyum2*
next week sampai 28 hb aku kusus lak . so tade larh masuk ofis..bos dah meluahkan rasa tak puas buli aku. erm..tak dapek la bos..den kono gi kusus :)

entry pertama hari ni, aku nk story sal rasa tak puas hati aku pada satu2 sistem di ofis aku. 
(INI IALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA, SEKIRANYA SESIAPA DI JABATAN SAYA YANG MEMBACA ENTRI INI HARAP TIDAK MEMPERBESARKAN ISU INI HANYA KERANA TASA TAK PUAS HATI ATAU KERANA SAYA ADALAH SEORANG YANG JUJUR MEMBERI PANDANGAN) 

ianya ialah tentang punch card. 

Pada setiap awal bulan, PTD aku akan viewkan sape yang datang lambat, sape yang balik awal, dan sape yang balik lewat di dalam majlis tazkirah pagi Jumaat.
tazkirah ini akan dihadiri oleh kakitangan yang rajin, khusyuk lagi tawadhuk dalam bekerja. yang degil2 cam aku ni, memang masuk sebulan 2 kali je lah kan. lagi 2 kali aku tido bawah meja lah ..hahaha...takde2 tipu..

ni lar muke kalau masuk tazkirah :P

tindakan beliau ini aku tak pasti lah dari arahan ketua jabatan atau dari arahan mana2 pihak berkuasa veto kat dalam ofis aku ni.  untuk pengetahuan korang, punch card kt ofis aku bukan macam punch card kat ofis2 gagah di Putrajaya ye. yang touch kai slide ke, touch kai hand print ke..tade2...punch aku cam punch kedai ah pek tu. kad kuning dan mesin punch berlagu2 yg menghiburkan segenap warga ofis. 

ada sekali tu memang time tu ape lah angin aku baik nak masuk tazkirah tu kan, elok je aku masuk masa tu ada slot view last month punye punch card, dalam ramai2 tu nama aku naik sebab aku BALIK AWAL. 
dalam 2, 3 orang yang datang lambat tu nama aku di besarkan di screen dan dikalekan dengan kale biru , siap mention " ni yang balik awal, pasai apa balik awal tak dapat di kenal pasti" 
aku pon ape lagi kan..naik lar kejap darah kat muke. menyirap je dengar die cakap. aku terus sound balik " ha..alaah.." suara aku tak kuat, tapi tak juga pelan, bolehlar didengari oleh segenap manusia yang duduk di barisan belakang. masa ni boss aku pandang aku dengan ada tanda soal besar kat muke.

untuk bulan tu aku dikenakan tindakan memberi surat tunjuk sebab kenapa balik awal.
aku malas nk citer panjang aku buat surat tu and aku bagi kat PTD tuh.

tau tak apa yang berlaku sebenarnye???

masa tu aku tergesa2 nak balik, mesin punch kat ofis aku da 3 , untuk WP 1,2 dan 3. aku WP2, so masuk 8 balik 5 (WP = Waktu peringkat ) .  ketika tu aku tegesa2 nak balik, aku tengok kat mesin WP 3 dah kul 5.00 PM siap ada lagu2 lagi,  so aku pun capai lah punch card aku terus punch kat mesin punch WP 2.bila aku dah punch aku tengok punch aku merah sebab aku terawal satu minit 4.59 PM. cish. mesin tu lambat satu minit dari mesin2 yang lain. beberapa ketika lepas punch tu barulah lagu kt mesin tu nyanyi2....bagero btul lah mesin tu.

esoknyer aku lupe mintak tandatangan boss aku..sehinggalah ke ujung bulan.
biasanya kalau ada kakitangan yang terlewat tapi kat punch tiada tandatangan ni pihak HR akan panggil dan buat pengesahan. tang aku terawal ni erm...malas nk ckp. tapi thanks to kak zila la..die cool je suruh aku buat surat..aku pon buat je tanpa prejudis :P 

yg aku nak marahkan ni...korang leh imagine tak 4.59 dengan kul 5.00 tu beza die berapa lama?? aku tak leh bla bila PTD sorang ni boleh cakap, " ni yang balik awal, pasai apa balik awal tak dapat di kenal pasti"  
kalau lah aku balik awal sengah jam tu leh la kau nak cakap, pasai apa balik awal, tak dapat dikenal pasti. cish..menyampah. 

aku tak rasa lah cara memaparkan punch card ni effektif. gunalah pendekatan lain untuk buat orang sedar punch card tu berdasarkan kejujuran. kalau rasa nak lagi selamat letak lah punch tu dalam bilik die, so that sume org punch akan masuk bilik die 
;P hahaha..

pada aku lar kan..pendekatan lain yg boleh dibuat seperti, 

KERJA LEBIH MASA.
bagi yang datang lambat, dikenakan tindakan kerja lebih masa berdasarkan minit yang dia lambat..kalau die lambat sejam, balik dari ofis  sejam lambatlah, tanpa boleh claim OT.
bagi yang balik TERAWAL cam aku ni boleh lar datang awal ikut jam aku awal. kalau seminit tu...erm...*geleng2 kepala*

KERJA SOSIAL
cara lain pula, dikenakan tindakan kerja2 sosial seperti bagi ikan makan kat depan lift tu selama seminggu.. orang luar tak kan tau la kau ni kene tindakan disiplin dari admin, mereka akan ingat, yg bagi ikan makan tu seorang pencinta haiwan ..sbab tu kat ofis pon bela ikan.

BERI TAZKIRAH
hah..ini lagi best. bagi akula ini tindakan yang nampak bijak (ceh..cam bijak sangat ). sape suruh lambat kalau tak nak bagi tazkirah kan?? sape suh balik awal tanpa diketahui sebab kalau dah tau tak reti bercakap di hadapan khalayak ramai. hahah...sedikit sebanyak memberi motivasi kepada kakitangan untuk tidak hadir lewat / balik awal  untuk mengelak dari memberi tazkirah :)

BAYAR DENDA SEBANYAK RM2.00 
untuk satu hari lewat dikehendaki bayar RM2.00 dan duit itu disalurkan kepada tabung badan kebajikan ofis, jadi nasiblah sape suruh lambat atau terawal balik kan...hah bayar..sebagai denda. nama tetap dihantar ke JPM untuk report bulanan,denda pn kena bayar.

pendekatan yang digunakan untuk memancing sensitiviti kakitangan tentang perlunya kita jujur dalam melaksanakan tugas ni perlulah berdasarkan praktikal dan teknikal .. bukan teori semata2. kalau tak tau teknik pakai sebat je laksanakan sistem, akan jadi kucar kacirlah bila ada masalah timbul di kemudian hari. aku malas nak cerita banyak. kalau aku ckap nnti sume orang tutup telinga pakai kapas sebab tak tahan dengar suara aku membebel sepanjang hari. aku ni tahan je kalau suruh membebel berjam2. 

moral of the story, tak perlu malukan orang untuk kesalahan yang kecik tu. bukan mudah nak jadi ketua, nak jadi penghulu, tapi juga tak mudah nak jadi pengikut. satu untuk semua atau semua untuk satu??? fikirkan2..



7 comments :

Cik TTK said...

tasa, opis aku pon masih pakai kad punch tu lagik..huuuu

Miss Tasantek said...

hahaha..samelah kite ..

Cik TTK said...

kite datang awal tak kire, tapi lambat seminit dua kire lak..ce flexi kan, kan elok tu..datang kul 9 baliklah kul 6, datang kul 10 balik kul 7. janji 8 jam..huhu

Miss Tasantek said...

yan, masa aku keje private dlu..kalau kite lambat 3 minit dalam sebulan, duit elaun kerajinan kene ptong abis..tapi aku topap dgn OT. 3 hari ot dah dapat balik duit kerajinan tu. kat situ lah ada gunanya keseimbangan kan...hahah...

NUR FASEHA BINTI IBRAHIM said...

haahahh...kelakar la ko ni tasa...mari kite bakar je bilik PTD ko tuh...hahah...jgn lupe hajah asiah...ups...tersebut nama pulak...

NUR FASEHA BINTI IBRAHIM said...

haahahh...kelakar la ko ni tasa...mari kite bakar je bilik PTD ko tuh...hahah...jgn lupe hajah asiah...ups...tersebut nama pulak...

NUR FASEHA BINTI IBRAHIM said...

haahahh...kelakar la ko ni tasa...mari kite bakar je bilik PTD ko tuh...hahah...jgn lupe hajah asiah...ups...tersebut nama pulak...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.