Wednesday, June 1, 2011

entry kesedaran : situasi mempengaruhi produktiviti

hari ni aku nak membebel tentang keperitan yg aku alami. for almost 1 year and half aku menghadapi masalah ni. bukan aku je, malahan seluruh kakitangan yang berada di aras aku dan aras bawah aku mengalami masalah sama. sistem penghawa dingin yang dah kokak ni telah menyebabkan semua orang kat ofis aku menggelupur kepanasan. aku kalau ikutkan hati tak nak juga membebel pasal benda ni, tapi bila dah bertahun lamanya seolah2 tiada langkah penambahbaikan dari pentadbiran, aku rasa cam kitorang ni tak diambil berat akan kebajikannya..kalau orang lain, panas sikit econ terus tekan 16'c. kami?? nak tekan apa??? tekan dinding??  semua orang cam buat tak nampak je dengan masalah ni. adakan mesyuarat berulang2 kali tapi masih tiada keputusan. aku tak pasti mesyuarat tu intipatinyer apa, diskusi atau pencari solusi. setahu aku, meeting tu tempat kita luahkan masalah dan dapatkan solusi. bukan asik bincangkan isu2 sama sampai berbangkit2 kan. arh. emosi kalau fikirkan benda2 ni.

kesan dari kepanasan ni, aku rasa produktiviti aku makin menurun. nak2 lagi sejak mengandung ni, aku mudah sangat berpeluh, panas, aku rasa bahang je badan aku ni.  setiap hari rasa nak naik angin je. sampai aku meluat tengok tempat keje aku sendiri.  bila aku nak gi keje je aku teringat rasa panas yang akan aku lalui. mesti buat aku rasa malas tahap nak terjun bangunan. pakkal lah suami selalu bagi sokongan moral. 

aku dah buat aduan dah berkali2 dah, aku minta kalau tak boleh betulkan econ yang mengambil cost beribu2 tu carilah pendekatan lain, ini bangunan zaman jepun bukan memang dah layak lah tu jabatan warisan amik alihkan. tapi malangnyer bangunan baru yang dijanjikan tak juga boleh kami duduki. kata bulan 4 nak pindah, bulan 5 masih tak ada perpindahan. ni dah bulan 6 dah. aku tak tau lah bila kami nak rasa bangunan baru yang dijanjikan econ sesejuk kutub utara tu. 

aku bukan nak menyelar jabatan aku sendiri, tapi fikirlah secara logik, mampukan seorang manusia berada di bawah situasi yang tak selesa untuk hasilkan produktiviti yang baik??? aku bercakap bukan untuk diri aku je, tapi untuk kakitangan lain juga. memanglah mereka2 ni kelihatan ok memanjang. abis tu tak kan kami nak berpiket pulak kan. 

kalau orang lain masuk ofis aku dah mengeluh2, " panas nyer.." hah ini lah yang kami tanggung betahun lamanya. masih lagi idup sampai skang. kadang2 aku kesian tengok client aku yang berpeluh2 bagi keterangan, tapi apa yang kami mampu buat, kipas 2 biji je nak tampung seluruh dewan perbicaraan.  kipas bukan kipas siling, kiipas berdiri ni hah yang kelajuannyer tahap nak tegolekkan taik idung aku pon tak lepas. 

alahai..kat manalah sensitiviti orang yang sepatutnya mentadbir urusan ni??? 

kepada yang ada mata, lihat. yang ada telinga dengarlah. yang ada akal fikir. jangan tau nak tingkatkan pencapaian je tapi tak tau nak jaga kebajikan pekerja. chet!

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.