Friday, May 20, 2011

nk tepon tengok time lah kawan..

wah. pagi2 Jumaat yang penuh barakah ni sepatutnya aku penuhi dengan zikir2 taubat and kifarah kan. tapi pagi ni aku dah sesiap dah taip entri ni . ni sume pasal orang yang tak ada jam dinding kat rumah. 
aku bengang sangat tahap nak terajang muke orang bila malam tadi pukul 3.23 pagi . ok PAGI. bukan petang . ada lah makhlok yang tah lah dah berapa kali die call aku, msg aku tanye " ni tasha ke?" aku geram, aku matikan telefon aku sebelum aku sempat tau sape gerangan makhlok tak tau tido tu. kesal betul!

eh, ini Malaysia ok, bukan New Zealand kalau kau berada di waktu malam gelap, tak kan lah aku kat sini siang terang berderang. tak de rasa bersalah langsung dok tepon2 aku, bila aku tak jawab, mesej lak tanye ni tasha ke bukan, then tak sempat aku reply dah video call aku. what did u expect me to do?? answering your call and say "hye  ini tasha sape di sane??? " dengan nada ceria bahagia??? 

commonlah weh, tetengah malam kot, aku ni bini orang, bukan anak dara lagi kau nak tepon2 tengah2 malam. 
aku tak tau lah kenapa ada orang yang macam ni, aku tak pastilah dia ada kekeliruan dalam mentafsir keadaan samada malam atau siang atau dia ada mental disorder sampai tak boleh nak beza ini malam atau ini sedang waktu petang.
aku bukan lah nak marah sangat pasal benda kecik ni, tapi sebagai ibu yang mengandung ni, bukan senang tau nak tido malam sekali kalau aku dah tertido tu memang nikmat tak payah cakap lah, bila aku dah terganggu tido aku dah susah nak lelap mata balik gelisah je nak tido tak boleh.

nasib baik suami aku tak banyak tanya, mungkin sebab die pon sedang nyenyak tido pada asalnye kan, bila dia terjaga die dengar aku marah telefon tu, die cuma suruh aku jangan jawab panggilan tu and jangan mesej pape2. then dia pujuk suruh aku tido. arh..lepas tu aku susah nk tido balik. tekebil2 mata aku.

sempatlah jugak aku hambur kemarahan dlm mesej aku send kat no tu and aku matikan telefon tu. pagi ni aku bukak tade lak reply dari mangkok tu.

aku kalau nak hubungi orang, kalau family aku cam cousin ke, makcik ke, paling lambat pon aku call or msg kul 10 malam. selepas dari tu aku tak kan msg or call. kalau perlu pon aku akan tangguh sampai esok pagi sebab aku rasa cam tak patot ganggu masa orang kan. 
kalau dengan kawan2 ni depends ar.. kalau kawan pempuan aku leh layan mesej smpai mata aku tepejam, macam baru2 ni kawan aku zaman skolah dulu die keje kat Cameron, die msg aku dalam kul 10 mlm cam tu, aku tunjuk kat suami kawan aku msg , and aku tanya die boleh tak aku msg smpai aku tertido, suami kata bleh. aku pon mesej2 lah smpai aku telelap. lagipun aku percaya kalau perempuan yang mesej ni diorang tak ada benda lain , paling2 tidak pon dia cuma tanya khabar bla..bla..bla..(biaselah kan pempuan :) )
tapi mesej dari no malam tadi yang call aku, aku rasa dia lelaki.
no ni pernah call aku masa tu aku tinggal beberapa hari nak nikah, bila aku tepon balik dia tak jawab. so?? aku memang tau lah ni mesti budak lelaki. jarang lah perempuan nak tepon tetengah malam. kalau nak pedajal pn bukanlah tetengah pagi nk video call kan. 

dulu2 time study mungkinlah aku leh layan lagi kan orang mesej2 tetengah malam. kah kah kah..(eleh..macam korang tade kan...) sampai kredit 10 hengget tak cukup seminggu. asyik layan mesej dengan orang je kan, skang ni sejak kahwin, kredit aku smpai lupus tarikh. aku topap untuk activate kan nombor je. nak tepon sape??? suami ada kat sebelah, nak msj pon msg dgn mak aku je, tak pun akak2 sepupu aku. kalau msg dgn kawan pon masing2 bekerja kan,  2,3 msg dah tlis "k la take care daA.."

aku memang tak layan orang yang send mesej kat aku tapi dia tanya cam ni " ni sape eh?? " " boleh tau ni sape eh??"  MEMANG TAKLAH aku layan. pada aku kalau nak tanya betul2, telefon terus, kalau nak mesej tanya aku sape memang aku tak kan jawab. 
what the hell kau yang cari aku then nak tau aku sape. at least kenalkan diri kau dulu, then baru tanya sape aku. itu lah keikhlasan nak tau. 

lagi aku tak gemar kalau orang mesej nak kenal, " nak knl bleh?" " ala sombongnyer"  aku memang tak reply. tak kan reply. aku tade masa nak kenal2 lagi dah. dlu masa aku kapel dengan kapel2 sebelum suami aku skang, aku layan juga mesej dari kengkawan lelaki , tapi aku kenal je suami, aku kurangkan mesej dengan kawan lelaki , time dalam tempoh tunang lagi lah kurang, since kahwin memang tade lah. kalau ada pon mawi, tu je lah. tade lah mesej2 lagi dengan orang lain. berdosa tau! 

mujurlah kejadian semalam suami tak panjangkan pada pagi ni, dia cuma tanya aku ok tak pagi ni aku just cakap ok. aku betul2 geram dengan tukang tepon tu. len kali nak tepon fikirlah sensitiviti orang lain, ntah orang tu tengah tido, org tu dah ada suami ke belum, kalau pon orang tu tak kahwin lagi, please lah bukan tengah malam masanya kau nak bermesej2 tepon2 . kawal sikit nafsu tu. 

moral of the story hari ni, kalau ada nombor tak kenal, nak kenal dengan kita berhati2lah takut orang tu ada niat tak baik, lagi pun aku percaya rata2 pada umur yang sebaya2 aku ni mustahil tak ada bf. so stay je lah dengan bf . jangan layan mesej2 lelaki lain. hormati hubungan yang terbina tu. aku cakap ni, aku pon mengingati diri aku sendiri. semoga kita2 sama2 bahagia :) 

eh. tiba2 lapar lah. nak makan twisties lah. bye :)

2 comments :

adawiyah rahman said...

amboi..marah beno sis!hehe
besela tu..org yg kol tu myb tgh boring.dat y sje2 calling2 sis.. :P
sabo je lahh~

Miss Tasantek said...

adawiyah comel :) adoi..mane tak marah nyer yg oi....takut suami marah je..kalau title anak dara lagi tak de la mrahnyer..ini dah jadi bini org..hahahaha..ekceli teruja masih ada peminat even dah kawin :) cish :P

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.