Friday, June 3, 2011

entry kesedaran : jangan merokok suka2 hati.

hari ni aku nak bebelkan lagi tentang sikap sesetengah orang kita yang smoke tapi tak prihatin dengan keadaan sekeliling atau orang2 di sekeliling mereka.
aku tak cakap smoker ni jahat. aku menaip di entry ini dengan kapasiti aku seorang anak yang berayahkan smoker dan ada abang dan adik yang smoke juga. syukur alhamdulillah suami bebas dari smoke. say no to smoke . ehem. 

apa yang aku nak kupaskan di sini ialah isu keprihatinan smoker kepada orang2 disekeliling mereka. Ari tu petang aku terasa nak makan kerang bakar, so aku dan suami bercadang nak makan kat AU5 , kat kedai Satay Melaka. memang sedaplah kerang bakar kat situ. tak caya, jom cuba :) 

Sementara menunggu pesanan dari pelayan kan, aku duduklah berborak2 dengan suami, tiba2 aku terganggu dengan asap rokok yang datang dari meja sebelah aku. ada sorang brader ni merokok dan menghembuskannyer tanpa rasa bersalah even sebelah dia tu aku. 
(selang meja tak jauh sangat sebab kedai yg tak bape besar) 
aku dah buat2 terbatuk sambil tutup idung aku dengan tudung aku. eh. makin aku batuk kuat2 dia makin hembus. tak cukup satu , dua , tiga sampai empat batang rokok dia hisap tanpa rasa bersalahnya. 
aku rasa budi pekerti orang Melayu sekarang ni makin teruk. sangat teruk. 
tak boleh ke kau baca perasaan orang yang pada zahirnya dah menunjukkan rasa tak senang dengan tindakan kau tu?? 
eh hello..abah, abang and adik aku pon smoke juga tau. tapi mereka menghormati kami kaum perempuan di dalam rumah tu untuk merokok. abah aku kalau nak merokok dia akan duduk tepi tingkap rumah aku sambil pandang ke luar tingkap menikmati pemandangan. tak pun dia duduk depan tangga rumah kami. abang aku pon kalau nak merokok dia akan pegi ke luar dari rumah tu atau duduk di mana2 tempat yang jauh dari kami2 semua. kenapa abah aku yang sekolah setakat darjah 5 tu tau menghormati orang lain, orang yang kelihatan seperti manusia bepelajaran tu berperangai macam bangsat??? sangat bangsat ok.

hanya kerana kau duduk di KL ok, kota metropolitan lah kononnya kan, kau melanggar sensitiviti sesama manusia, untuk menunjukkan sememangnya kau kelihatan hensem dengan menghisap tembakau tu?? hensem ke (tangan di bahu, mata ke atas)

beberapa hari lepas aku naik lift nak balik umah aku, sumpah kempam giler bau dalam tu dengan asap rokok. macam haram betul lah perangai orang2 ni kan. makin diberi kemudahan makin berperangai musibat. aku rasa yang duduk kuaters tu orang bekerja kerajaan majoritinya. kalau pun tak bekerja kerajaan mungkin orang2 tu ada wife, ada saudara mara yang tinggal di situ kan, tolonglah hormati papan tanda yang terpampang " no smoking" . macam orang tak reti membaca kan. merokok dalam lift. buang puntung rokok dalam lift tanpa rasa bersalah. aku tak rasa aku duduk kat kuaters kerajaan, tapi aku rasa macam duduk rumah flat PPR lak. kalau flat tu aku consider golongan yg duduk di situ orang yang macam mana kan. at least mereka terdiri dari golongan yang berbagai. 

paling aku tak boleh blah bila kita pergi tempat sesak2 contohnya cam kita gi konsert ke kan, dalam sesak2 tu ada lak yang tanpa rasa bersalah smoke dalam penuh sesak2 tu. pleaselah. jangan lah selfish sangat. kau fikir kau je nak puaskan hati kau. abis orang lain tak ada hati dan perasaan ke?? yang bau asap ni lagi cepat mati dari yang isap.

lagi satu aku menyelar tindakan peguam2 yang selalu ada kes kat tempat aku ni. peguam tu kan pengamal undang2 kalau dah atas kepala tu tulis, no smoking, tapi diorang2 ni masih lagi menyalakan asap rokok tanpa rasa malunya dengan orang2 yang memandang, aku rasa cam nk ckp, " tak payah lah jadi peguam kalau tak reti baca signboard"  sepatutnya kalau nak hisap juga beringat lah kat mana bumi dipijak. lagi satu, semua jabatan kerajaan adalah kawasan LARANGAN MEROKOK. pekeliling ni ada dalam PKPA. sape yang takde buku PKPA terbaru sila cek kt google. kesian aku tengok orang yang tak terupdate dengan pekeliling ni.  

yang paling menjadi kekesalan aku ialah, mereka2 yang tak reti bahasa ni adalah orang berbangsa MELAYU. kalau kau orang selain bangsa aku, aku takdelah marah sangat. sebab aku fahami mereka2 ini mungkin betul2 tak faham bahasa.  bila kerajaan naikkan rega rokok kemain membebel2 orang2 ni, nanti dah sakit paru2, sakit jantung, sakit macam2 lagi tedampar lah kat spital kerajaan mintak belas ikhsan sane sini kan. tak nak plak masa tu kau cakap, "tak patot aku ada kat spital ni. sebab aku yang sengaja cari penyakit." hah?? sanggup cakap mcam tu?? sanggup?? sanggup???

aku tak adalah cakap smoker2 ni jahat. tidak. aku cuma tak suka dan benci dengan perangai sesetengah smoker yang tak berfikiran je. ada juga  kawan2 aku yang smoke tapi tau jaga hati and perasaan orang skeliling dia. ada sekali tu kawan aku nak isap rokok then die tengok sebelah dia ada aku, sebelah kiri dia ada budak perempuan bersama keluarganya, dia tak jadi isap dan bila aku tanya kenapa?? dia cakap 
" i tak sanggup nak isap, kanan i ada u, kiri i ada adik ni, kalau i isap i akan bahayakan banyak nyawa"  
see???

ada juga kawan aku seorang perempuan, dia nak isap rokok after makan, dia tanya dulu, aku boleh tak bau asap rokok, well aku jujur je cakap tak boleh sebab aku boleh sesak nafas tak pasal2, dia mintak izin blah jap dari aku and dia gi merokok kat somewhere. see???

dalam ramai2 koleksi bf aku, semuanya merokok. dan aku tak kekal dengan mana2 yang merokok. tapi aku kekal dengan suami sebab dia tak merokok. alhamdulillah.

mujurlah aku melayu jawa. 

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.