Friday, July 1, 2011

entry kesedaran : jangan cari masalah

pernah tak kau bagi pinjam barang kat orang dan mengikut  perjanjiannye orang tu boleh guna suke hati dia, tapi bila kau nak balik barang tu, orang yang pinjam tu tak leh cakap banyak. kena pulangkan..penah tak?? penah tak?? penah tak??

atau penah tak korang tejumpa situasi di mana sistem tukar pakai diaplikasikan dan tiba masa pertukaran semula barang yang ditukar pakai itu dah tak rupa barang yang kau tukar dlu? 
let say, kau beli motor, then tiba2 abang kau nak tukar motor die dengan motor kau dengan alasan motor die jenis sporty tak sesuai untuk ditunggang berdua (abg kau dah kawin ketika ini). dan kau dengan rasa belas kasihan terhadap darah daging sendiri bagi lah motor tu kat abang kau.  Tiba masa kau rasa nak tukar kepada kereta pulak, kau nak jual motor tu, kau pon mintak balik motor tu dari abang kau dan kau tengok motor itu keadaannya dah rupa apek punya basikal. apakah tindakan wajar yang perlu kau ambil??? sedangkan motor abg kau yang gaya sporty kononya itu kau jaga dengan baik?? 

ape tindakan wajar yang perlu diambil??

kat sinilah selalunya konflik keluarga berlaku.  kadang2 sampai bermasam2 muka lah. tapi kan..
kalau lah kita berada di situasi di atas, kita kena sedar, pinjam dengan beli tu lain maksudnya. ada orang tak sedar, pinjam tu dengan beli sendiri 2 perkara berbeza.  Kalau lah terjadi pada kita atau  keluarga kita  cecepatlah kita ingatkan, jangan cari masalah kemudian hari. kita ni nak cakap baik sangat pon tak de lah kan, sebab manusia ni tak lari dari hasutan dan dengki dari syaitan. Dalam kita cuba nak kasihankan orang , kita kena lihat juga kesan jangka panjang dari tindakan kita ni. Manusia ni ada macam2 kdang2 dengan adik beradik sendiri pon kita tak boleh percaya sangat. bukan aku nak menghasut ke ape.. tak tak tak..
niat aku ialah, untuk kita berhati2 dan tidak terjerat dengan masalah yang akan menyusahkan kita kemudian hari. 

ini ialah cerita yang aku nak jadikan tauladan. sebelum kita terpaksa menanggung masalah pada masa akan datang, kita bersiap sedialah bersifat sedikit lokek dan berkira. hahaha...boleh gitu??? 

lagi satu situasi, kalau korang ada kereta/motor janganlah sewenang2nya bagi orang lain pakai even adik beradik sendiri. kalau adik atau abang korang nak pakai, pastikan kau tau tujuan dia, kat mana dia pegi, dengan siapa dia pegi, at least biarlah ada pengetahuan sikit tentang tujuan dan arah penggunaan itu. bukan apa, nanti kalau kena saman laju ke, saman parking ke tadelah kau tekejut kan. kalau adik beradik guna ke luar daerah kita bolehlah tau memang bukan kita yang guna, tapi kalau dalam daerah yang sama?? pulak tu kau tanya dia, betulke dia yang bawa / drive terus2 die buat muka palat dengan kau?? hah..kan dah susah. nanti kita yang dilabel suka menuduh. ini selalu terjadi dalam kehidupan seharian kita. tipulah kan kalau tade...haha...kecuali kalau memang family berduit, yang duit note 10 hengget buat selet taik cicak kat lantai, memang tak heranlah setakat 2,3 ratus ilangkan.. bagi yang tak berkemampuan, atau mampu cukup2 makan, perkara2 ni yang buat hidup jadi huru hara .

lagi satu perkara penting, jadi Guarantoo orang . ini memang famous amous kat ofis aku ni. kadang2 suami beli kereta adik ipar jadi guaranto, esok suami dah cerai dengan isteri dia, tak bayar utang kereta, adik isteri yang dicari. plak tu dah tade kena mengena.  Tak pun isteri yang beli barang, suami jadi guarantoo, bila dah bercerai suami ni tanggung lah beban utang isteri yang tak bayar, dengan nafkah anak, nafkah untuk diri sendiri lagi... perkara ni memang tak boleh dipandang ringan je. adik beradik sendiri pon kalau nak jadi guarantoo kena berjaga2. aku memang tade lah nak jadi guaranto sape2 kan. kalau aku tak mampu, aku tak beli. kalau aku tak ada, aku buat cara tak ada. 
penah lah dulu ada somebody nak buat loan minta aku jadi guaranto, aku cakap je terus terang kat die, adik beradik aku pon lau nak buat loan aku tak nak jad guaranto ni. susah cane pon aku tak nak. aku tak nak esok lusa aku yang ada masalah. biarlah aku masam muka sekarang dari esok lusa aku menangis air mata darah nak kena cari orang yang lari dari bayar hutang ni bukan senang weh...sumpah tak mahu!

moral of the story adalah, janganlah kita terlalu bersikap pemurah kerana kita tak tahu siapakah manusia disekeliling kita yang akan cuba amik kesempatan atas kita. kalau kita boleh scan hati masing2 takpe. Rambut sama hitam, hati lain2.  Zaman sekarang ni kehidupan semakin mendesak, living cost makin tinggi, tak mustahil orang akan cuba cari peluang untuk mengejar kesenangan dengan jalan pintas . jadi berhati2lah kawan2. 

semoga anda lebih kaya dan berjaya. (macam pesanan kat dalam radio Sinar plak)

1 comment :

Cik Puan Bunga said...

Aku baca entry ni terus aku rasa macam nak bunuh org. boleh tak?

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.