Wednesday, July 6, 2011

agus kini perlu lebih berdikari :)

agus atau nama sebenarnya Muhammad Nazeem bin Abd Rahim adalah sepesis manusia yang tak kenal awal pagi itu apa. ini kerana dia seorang yang suka bangun lambat. kalau kau kejut dia bangun Subuh, harus kau kejut sebelum subuh kerana dia hanya akan bangun untuk solat bila ada riak2 mega dah nak naik matahari tu . sangat pemalas! arh. emosi arh kalau kejut die bangun pagi.

sape agus ni??
agus  ni adik akulah. agus itu gelaran dia. hahaha...gelaran penuh dia di rumah Agus Salim. kedengaran macam Endon tak?? haruslah. dia kan anak jawa. kah kah kah. 
(eh. aku pon samelah)
walaupun Agus seorang pemalas bangun pagi, tapi kalau kau pancing die dengan duit, pergerakan dia akan laju bergantung pada nilai duit yang kau offer tu. kalau kau suh gi kedai dengan upah 2 hengget ketika dia tengah beradu, memang die pandang sebelah mata je lah. untuk mintak tolong dia belikan aku lontong Wak Karno di pagi hari, haruslah aku upah dia RM5. Upah plak ikut masa, kalau ofis hour RM5 ok lah. kalau malam, upah itu akan jadi 2 kali ganda. sangat mata duitan kan Agus ni???? hahahaha....tapi dia pandai simpan duit. aku penah hadiahkan dia tabung beger masa birthday dia yang ke tahun bape tah. dia simpan lagi tabung tu and aku selalu dengar dia masukkan duit dalam tabung tu. aku tanya bila nak pecahkan tabung tu, jawapan dia " tak boleh pecahkan. aku nak bli kasut converse"  
tapi..kasut converse tu akak aku blikan so duit die selamat lah kan secara tak langsungnya?? hahaha..
semalam adalah ari pendaftaran dia di Kolej Komuniti Segamat.  Aku memang pada mulanya tak berniat nak hantar. memandangkan aku MC 2 hari dek kerana Food Poisoning kan, (ehem) aku pon balik lah kampung dengan suami untuk hantar Agus daftar di Kolej Komuniti.
kolej komuniti ialah kolej bagi pelajar2 yang tak layak ke Poli / IPTA yang lain  kerana result yang mungkin tak begitu melayakkan. tapi Kolej ini masih dibawah KPT yang bermaksud masih di bawah seliaan Kerajaan ok. bukan IPTS.  Cuma bezanya di sini, modul lebih kepada praktikal dan amali berbanding teori. 

awal pagi semalam mak kejut aku bangun pagi aku cakap aku taknak ikut ar. sebab aku tak nak berpanasan di sana, aku terbayangkan masa aku mendaftar kat PPD. sumpah ramai orang. then beratur panjang2...smpai melimpah2 keluar dewan. aku terbayang cenggitu, aku terus tak nak ikut. tapi bila aku tengok orang sume ribut2 nak pegi, tak kan lah tinggal kan aku sorang2, aku pon suh laki aku masakkan air panas (umah mak kami tade water heater okeh) then aku mandi, bersiap dan berhimpit2lah aku dlm Xtrail milik aku tu .(mata ke atas tangan di bahu) 

before pegi Agus suruh singgah umah mak cik aku. die nak amik seluar di samping nak minta restu mak kedua dia. dulu kecik2 Agus ialah Toddler mak Cik Puan Bunge. 

Agus kata dia kacak.. paksa2 aku amik gambar die. kah kah ..
ni muka dia awal2 nak pegi ...haha..ceria kan??? ceria kan???

sampai sane je aku cari2lah mana lah yang dikatakan Kolej Komuniti Segamat ni. aku tengok ada khemah ala2 orang kawin tu. aku ckp dlm hati, mak aih..keciknyer tempat die. KK ni cuma sebesar 3 tingkat bangunan rumah kedai sederet. memang aku tak sangka lah kan. sebab aku bajet dia sebuah kolej yg besar macam poli ke, ikbn ke or else. sistem kat sane kelakar giler, daftar ikut kerusi. kau duduk kerusi depan kau lah daftar dulu. kau duduk kerusi belakang kau daftar kendian. tak faham lah cane kan sistem die. si Agus ni cari2 tempat nak duduk jumpe kusi kosong kat barisan depan sekali, terus dia gi daftar. sedangkan belakang die ramai lagi yang duduk bebaris. hahahah...berkat tunjuk ajar aku juga tu.kikiki.. 

selesai pendaftaran gi plak tempat dia menginap. KK ni tak sediakan hostel. yang ada hanyalah  pihak2 yg menawarkan perkhidmatan hostel ala2 asrama gitu. (ini apa yang Encik itu gitau aku) lepas aku selesaikan sewa penginapan die tu selama untuk 4 bulan, aku pon pegilah tempat yang dimaksudkan itu. 

tempat menginap Agus untuk 4 bulan tak ubah cam asrama Nepal keje kilang. syahdu aku rasakan. masa kami sampai, kami orang pertama yang bukak bilik tu, memang sangatlah syahdu. korang bayangkanlah, rumah kedai yg bahagian atas, tiada dinding, tiada apa2 cuma 18 katil berbaris dan almari kayu yang bersusun tak ubah cam hostel Nepal lah. tade apa yang menghalang pemandangan kau. walaupun syahdu aku buat2 kuat je depan Agus. kalau ikutkan, Agus kat umah, satu bilik die duduk sorang2. tilam dia saje tak nak kongsi dengan orang. Kat sini tidur katil rapat2. ish..macam tak selesa je.

tengok ar mak aku pesan bukan dia dengar. buat perangai bongok die je.


selamat berjuang agus! hahaha..
cadar and selimut Agus tu aku yang pilihkan. kawan2 yang lain cadar alakadar je, dia aku blikan baru kat Giant Segamat. dalam ramai2 die yang paling kemas katilnya. aku lah yang kemaskan dengan mak aku. hahaha..anak emak. 

masa aku nak balik tu , ada riak sedih kat muka Agus. ah.biaselahkan. dulu pon aku rasa cenggitu. lagilah dlu aku tercampak nun jauh kat PD tu.. mujur dapat adik2 beradik angkat yang sangat baik, cam Nad, shima, ajar and liana. weee..+ bulat, ateen, ain, ji...ok, midah, lili....sape2 lagilah. penat nak tulis.

muka nak nangis. sudah lah kau Gus!
nangis juga akhirnya :) hehehehe..
aku tak nangis pon bila tengok Agus nangis. hahaha....tapi jauh di sudut hati aku, sedih bukan kepalang. adik aku tak penah jauh dengan kami sekeluarga. biarlah dia jahat ke , lembab ke ape ke, dia tak penah curi duit sape2, dia lurus sangat smpai orang bodo2kan dia,  tipu dia..tapi dia coOl je...dia tak suka cari gaduh dengan orang. itu yang dia selalu cakap kat aku. tapi kalau orang tu sakitkan aku, memang pantang dia. sebab tu bila dulu ada orang yang kekomen kat FB aku (ehem. cerita lepas malas nak kenang) ....

Masa aku balik, baru sampai kat Chaah aku dah terasa sunyi je ..selalunya kalau naik kete ni Agus lah yang banyak mulut. citer tu, citer ni, tadi pegi kete sempit je, balik kete dah lengang. tade dah suara2 dia. 
balik rumah tengok bilik dia tade orang..sedih je..adik bongsu aku lagilah..bila berdua dengan Agus dia gaduh je manjang kan. bila Agus dah tade, baru dia tau sunyi..dia tak nak tido  kat blik Agus sebab dia kata nnti dia teringat Agus. hahaha...

apa pon Agus, aku sayang kau Gus. kau lah yang selalu buat kami ketawa. kau tahan gurau. kena kutuk pon kau ok je kan. kau suka tolong orang. kau sayang orang yang sayang kau...
kau selalu tolong aku...syg kau Gus!

Agus Poyo!

2 comments :

Cik MeRaH JamBu said...

selamat berdikari la ye...hehehe kak long, terharu siot ko ade mention nme kiteorang..huhuhu

Encik Bulan said...

Ketika aku membaca entri akak ini, aku sedang duduk di tandas rumah sewa itu sambil meratapi kesyahduan yang amat dalam. Kayu reput jendela rosak almari berabuk, 4 bulan lah adik aku bermandi tidur dalam duka kat sini. 1 bilik 6 orang, zero privacy. Ekon tergantung tapi hanya hiasan. Sabar jelah adik bongsuku. @kksegamat tak ade insentif ke tengok2 tempat tinggal pelajar diorang sebelum ini? Jap, air tak ada? Aduh, parah macam ini.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.