Friday, July 8, 2011

sabar. tabah. redha.

pernah tak korang cuba maafkan orang tapi bila korang rasa kemaafan tu dah makin hampir di hati korang, tiba2 korang rasa tak patot korang maafkan orang tu??
cenggini ar, kalau kau gaduh dengan kawan kau, then kau dah minta maaf, kau harap benda tu setel sudah. tapi bila di lain hari kau tengok kawan kau tu macam masih tak maafkan kau. for example tak tegur kau even berselisih. tak pandang pon muka kau even kau senyum sakan kat dia. pernah tak kau kena cenggini?

well..inilah dunia kan..a lot of people yang hatinya berbeza2. tapi dalam menjalani kehidupan seharian, kesakitan2 macam nilah yang ajar kita tentang kehidupan, keharmonian dan  keperibadian diri kita sendiri..

aku bersyukur sangat dikurniakan hati yang sangat mudah maafkan orang even orang yang berperangai pailang tu layaknyer aku tunggu je kat akhirat nanti. tapi..aku tak sekejam itu. walau kadang2 kelakuan orang menghiris aku, aku cepat memaafkan.  marah sekejap je. bila orang tu pujuk balik dengan belikan aku eskim ke, tolong aku angkatkan barang ke, aku cepat je sejuk hati :)  HANYA APABILA AKU RASA AKU BERSALAH, DAN AKU YANG PATOT MINTA MAAF, aku akan cuba raih keyakinan orang itu dan mohon kemaafan seikhlas hati dengan dia. seboleh2nya aku cuba meyakinkan orang itu aku ikhlas memohon kemaafan dari dia.

penah tak korang dengar orang cakap cenggini 
" ala..aku dah minta maaf, urusan aku dah selesai, tu urusan die dengan Tuhan ar nak maafkan ke tidak"
aku tak suka ayat ni. pada aku lah, ini opinion aku sendiri, kalau rasa minta maaf HANYA UNTUK PENUHI SYARAT  asalkan kau tak dipandang JAHAT  dan MUSIBAT oleh orang, hentikanlah Leman..aku lagi rela tak minta maaf kalau aku minta maaf kat orang tapi niat dalam hati aku cenggini. seperti melepaskan batok di tangga.. nothing.. its nothing ok..


Maruah dengan Ego tak sama kawan..
jangan salah anggap..ada orang sanggup cari point orang lain dari mengaku salah sendiri dan minta maaf atas kesalahan diri. itu perkara BIASA yang kita jumpa di sekitar kita kan..hahaha..
pada mereka2 ini, minta maaf hanya perlu dengan orang2 tertentu je. kalau setakat nak minta maaf then mengaku salah NO WAY..
Maruah ialah apa yang kau perlu pertahankan untuk mengelakkan diri kau dari dipandang hina, dipandang keji oleh orang. tak salah kau minta maaf pada orang atas kesalahan diri kau, sekurang2nya kau berani mengaku salah kau dari kau sakan dok canang kat orang KAU LAH YANG BETUL. aku lah yang salah...baiklah kau tengok balik dlm diri kau, setakat mana kebenaran kata2 kau tu?? 

dalam setiap apa yang kita lalui seharian ini  kadang2 kita lupa, yang sebenarnya cara kita melalui hari ini bagaimana, lebih positif atau lebih negatif?? kalu hari2 kita sangka orang akan fikir negatif tentang kita, maka negatif lah kita sepanjang hari itu.  cuba sangka yang baik2, orang senyum kat kita tanda mesra, ini yang ada kat kepala kau orang yg senyum kat kau tu orang perli kau. memang susah ar nak jadi orang positif. bila orang jengah blog kau tinggalkan komen kau delete post blog kau sebab tak mau orang komen, so for what kau buat blog kan?? cenggitulah ibaratnya...

so BERSIH kan lah hati kita...terimalah kesilapan dan kelemahan orang lain dengan hati yang terbuka, dan lebih positif menerima teguran orang :) kalau betul iyakan. kalau salah diamkan. 

semoga kita lebih kaya dan berjaya :)

6 comments :

Hustler said...

Ye kak long... haku mintak mahap.. hampon kan haku yerk?? Semalam ta datang umah ko.. wuwuwuwuw.. mintak hampon sgt2 kak long.. wuwuwuw

Cik TTK said...

aku pernah kena nie.. tetibe sorang membe dekat opis nie aku aku tegur tak nyahut, aku senyum die tak layan,lagi teruk bila nampak aku die lari..maksudnya die memang nak melarikan diri dari bertembung dengan aku..

Punca?sebab die terasa hati dengan aku, tapi pasal ape tak tau..aku mintak maaf, kalau aku salah tegur lah kan.. aku tak kesah, tapi die lagi rela tak kawan dengan aku dari nak tegur aku..sampai aku giv up nak mintak maaf lagi.

4 ke 5 bulan lepas tu lepas aku dah mintak maaf sungguh2 atas kesilapan aku yang aku tak tau, baru die maafkan.. walaupun aku tak tau ape salah aku yang buat die jadik macam tu aku tetap mintak maaf lagi dan lagi sebab aku tak selesa bila ade orang yang jauh hati dengan aku macam nie..

tu lah manusia sya, macam2 perangai..

syafiqakarim said...

iqa senang maaf kan org.
tp kalau org tu org yg iqa sayanggg
susah kot ;) da la ego mmg tinggi
dewa. haha. kdg org2 no x perlu bg
muka sgt.hmmm.

jap.kenapa BERSIH tu tulis besa?
haha ;p

Miss Tasantek said...

hustler : kau! sampai hari ni aku bawak bekal meehon tau :) hehehe...takpelah aku tak marah pon kecik punya hal lah.

Cik T3T3K : hahaha...aku pon kene macam tu lah weh. cuma bezanya aku ni sepat sangat lembut hati. bila orang tu minta maaf je aku terus , terus , terus je accept tak ingat dah yang die buat jaaat dulu..arh..

sapikah : kecik..biaselah..kalau dengan orang yg kite sayang kite memang nk tunjuk ego sikit. sikit je. hehehehe....kalau orang tu pujuk cair :)

syafiqakarim said...

haha betul. setuju. selalu mcm tu.
cari kan boyfie satuss ;p

farahfatihah said...

hi tasa..fara link kamu yer

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.