Wednesday, August 3, 2011

puasa hari kedua :) sikecil jadi aktif pula.

semalam aku tak masak. aku nak try gi  bazar presint 2 . hah. kau. amik. sejam juge lah aku melangot dalam kete nak tunggu turn kuar simpang. kuar simpang tau. bukan turn nak parking. ape lah kejadahnye polis2 trafik dengan PBT kat situ duduk je tengok kete dah jem nak jalan tak boleh, buat dek je beli air soya. siot betul. kau tau tak aku tak semayang asar lagi. aku dengar azan asar dalam kete kat simpang masuk Mex. aku nak cepat balik, cepat solat and boleh telentang.  Si suami dah nak buat perangai KL die. suami plak jadi emo tak pasal sebab perkara tu simple sangat kalau nak jem pon. orang berebut kuar simpang dari parking kete then keluar ke jalan utama kan, kete lalu tak berhenti2. tade kawalan arus lalu lintas. ada motor polis je belambak. polisnyer tade. siot ah.

lepas sejam bersabar dapat gak balik umah. terus rush semayang sebab jam dah kul 6.20 petang. lepas solat salin2 juadah dalam pinggan. selesai aku pon baring depan tv. memang flat abis. dah tak boleh buat apa2. Si kecil dalam perut ni bila mak die baring je, die start berdansa. haha..tenggelam timbul perut aku. suami pon takut tengok. Perut aku kecik, and mybe tipis kan. bila aku tak makan, yang terbojol cuma kat tempat baby je. so bila die bergerak2 aku pon naik seram. aku pujuk2 die suh sabar ada lagi sejam nak buka. pujuk punya pujuk bapak die pujuk baru die duk diam. semalam si kecil agak aktif sikit. uish...

masa buka aku cuma minum air teh bunga. ouh. ini air kegemaran aku time puasa. dulu masa kat kampung, air teh bunga jualan oleh member skolah aku memang terbaik. nama dia Aji. ahahaha..family die kalau jual air memang superb ah. kalau balik mesti nak cari air kat gerai family die. semalam just berbuka dengan roti jala, ayam panggang and kuih muih serta keropok lekor. masa beli semua pon aku bedal 2 hengget. 2 hengget kuih, 2 hengget tu.2 hengget ni. dah buka.....erm...tade de semua aku cekik. sikit je aku makan. 

lepas buka cecepat solat magrib, mandi and rest. suami kata dia penat. die tak larat nak turun gi terawih. aku suh gak die turun pegi terawih kat surau bawah rumah aku. tapi aku cakap pon dengan kadar mata aku dah kecik giler. then selepas beberapa minit aku pon hanyut.....
kau tau tak aku solat isya kul 4 sengah pagi. hah.mcam gampang. tak sedar beb. aku sedar2 kul 3 pagi, dah ada kat dalam bilik. weE...sape tolong angkat aku masuk bilik ni..hahahaha...larat lagi suami nak angkat rupanya. 

hari ni aku berazam nak gi beli lagi roti jala kat Presint 2 tu and nak parking jauh sikit. takpelah jalan kaki dari aku melangot duk dlm kete sejam nk tunggu keluar. cish. tade sivik punya orang. 

nota bonus : eh, aku mengantuk2 pon aku dengar berita kerajaan bagi Felda duit bantuan hari raya. ehem. rasa2 ada tak bahagian kita?? kikikikiki..

2 comments :

Hustler said...

Der, ko gi la diplomatik weh, situ punya baazar tak macam haram kat p2.. ngeh ngeh ngeh

Puan Fady said...

ada tu... nanti lagi nak seminggu nak raya baru bagi der... cam tahun lepas jgk... :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.