Monday, September 19, 2011

aktiviti pada hari cuti yang lama..

ya, last week aku bekerja cuma 4 hari. hari Jumaat dah cuti. Yeay! kalau tiap2 hari cenggitu pasti hari Khamis menjadi hari yang ditunggu orang. *kejap2. nak btulkan perut. senget pulak. *

Hari Malaysia pada 16 September ialah hari yang ditunggu oleh abang aku sebab itu hari birthday dia. termasuk juga my beloved cousin Memey...birthday mereka berdua adalah pada Hari Malaysia :) well..lupa lak nak wish kan. tapi takpe..aku wish belated pon diorang terima :) kikiki..

aku memang dah plan dengan suami dis week nak buat soto :) hehehe...walaupun aku tak terror memasak, tapi cukuplah sekadar mencuba. since aku kahwin ni aku suka sangat mencuba resepi. ari tu masa kat kampung raya ketiga mak masak soto, yelah ..anak angkat die nak balik kL kan siap2 dia masakkan soto. kalau aku yang nak balik kL..die bekalkan sukun goreng je. *muke sedih duduk tepi tingkap*

pagi Jumaat yang indah tu aku pegi ke pasar membeli keperluan membuat soto. aku memang suka makan soto. time merisik dulu makcik aku masakkan aku soto untuk menjamu rombongan keluarga suami. ehem. thanks cik pah and wah. love u so much.

ini hasilnya :) 

yummy..yummy..
dan yang tepaling penting dalam hidup aku :) ini dia ...manusia yang tak benti2 makan dan makan dan makan..


masa aku suruh suami rasa kuah soto kat periuk , suami kata kurang masin. tapi aku tak berani nak tambah lagi sebab takut kandungan garam tu boleh effek kat aku. kikiki..aku kan skang kena jaga pemakanan.*dung* tapi bila dah campur adukkan bahan2 tu dalam sebijik mangkuk, suami kata..

"sedap yang. sedap. macam makan kat kedai Hamid "(ini kedai favourite aku kat kampung)

terus berbunga2 hati aku. wah..tak perlu orang lain komen ah. yang penting suami kata sedap. itu penting. you guys..kalu nak masak jangan takut2, tak perlukan orang lain, just husband / pasangan anda kata sedap, sudah. cukup. 

 petang tu akak ofis aku datang dengan suami and anak die yang comel and manners :) afiq. aku jamulah mereka. then malam tu aku bagi kat beloved jiran aku, Mid Roden. dah alang2 telebih tu aku bagilah kan..nak harap aku dengan suami perabih memang tak larat ah..kikiki :)  

keesokan harinya hari Sabtu patotnya aku gi jemputan kawin kat Jempol. classmate time kat poli kawin. tapi....sebabkan tidur tak cukup kerana aku diserang batuk2 ...sepanjang malam tido tak lena kejap2 batuk. kejap2 batuk. cuaca tak menentu plak area Putrajaya dan Lembah Klang. kejap ujan dan berjerebu.. suami tak bagi aku keluar rumah. kami keluar cuma untuk gi kedai beli keperluan nak memasak je. untuk hari ini aku sekali lagi masak soto, kikiki...giler tak?? kentang kan perangai aku. BFF aku yg gi ke majlis kawan aku tu akan singgah umah aku untuk beraya.. terus rasa teruja nak masak lagi soto tu :) weE...buat lagi soti :) 

pukul 9 lebih cenggitu mereka pon sampai kat umah aku. punya lama aku tunggu...rupanya mereka sempat ke Melaka beraya di rumah my beloved Shima ....patotlah kan..lambat je aku tunggu ..
biaselah bila dah jumpa kami apdetlah status masing2 kan :) tapi apdet hal orang kitorang tak main ah..bosan ah. bek citer psal diri sendiri kan...bukan selalu jumpe :) *pic tak amik sbab masing2 tade moOd..kepenatan lah katekan *

dekat kul 12.30 malam barulah mereka beransur pulang. selagi masing2 tak mesej aku, aku tak tido. aku tunggu je sensorang mesej aku cakap dah sampai baru aku tido. hehe..caring tak aku? well...they all lah kawan baik aku. kalau aku tak risau, that mean aku tak ckup baik ah dengan kau. boleh gitu??? 

dan semalam...aku abiskan masa kat umah je. duduk tengok tv sambil baring cium ketiak suami makan krepek raya..tengok tv. baca novel. kemas umah. lagipun cuaca tak ok smalam. ujan lebat dari pagi. suami plak kalau ujan2 memang tak suka keluar rumah. kami memang selalunya akan duduk rumah kalau hari hujan. 

abislah juga separuh novel aku baca. sape kata duk umah bosan?? pada aku lah kan..dari aku bayar parking then cuma jalan2 cuci mata time tak gaji ni baiklah aku duk umah kemas umah, hias2 sikit, siram kaktus, ganti air daun serai, kemas2 tudung dalam almari, lipat kain, basuh baju , basuh tuala, basuh cadar, susun pinggan mangkok cecantik agar senang di ambil, lap dapur yang berminyak tu, cuci peti ais, and so On..sape kate duk umah tade keje?? tu orang malas je. :P

6 comments :

Puan Fady said...

weh... nak try masak soto jugak ah sha.... smlm aku masak nasi ayam... encik suami kata sedap..... ngeee.... aku suka part yang last tu... sape kata duk umah xd keja nak buat... :p

Miss Tasantek said...

nak belajar?? boleh..aku bleh print out resepi baik punye..kikiki..

betul kan?? kalau duk umah ada je benda nak buat. mujur rumah tak beso mane.kalau umah dua tingkat..patahlah kaki aku madi...

Hida Kadiso said...

lapa la plak tgk soto yg sya buat nih.. buleh pos sini tak??? hehhehe..

Miss Tasantek said...

kak eda : akak duk mane?? kalu dekat area Lembah Klang ..akak datang jelah umah sya :) hehe...tak pun sha datang bawak rantang je kat umah akak ..boleh??? bak alamat :)

Puan Fady said...

xpe...leh panggil maid... ngeeee... hehehe...

Miss Tasantek said...

oi. kau hengat aku kawin dengan tokeh balak ke?? mane de peruntukan untuk maid weh..kikikiki..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.