Monday, September 5, 2011

baby mama kurus.

hari Rabu minggu terakhir bekerja aku ada appointment kat KKIA. cek seperti biasa. cuma tak ada sesi consult dengan doktor je. misi kata kalau cek biasa tak payah jumpa doktor. tak faham. tapi takpe abaikan. aku tak kisah pon :) 

menurut laporan sampel darah, aku punya HB turun. dari 11.2 (last time chek up) ke 10.2. next time kalau aku masih tak boleh naikkan lagi HB aku , maka sekali lagi lengan aku akan dicucuk untuk ambik sampel darah barang sebotol dua. kikiki..takdelah. sikit je amik.satu tiub picagari tuh. misi nasihatkan banyak2 makan kerang, hati ayam, bayam merah, buah naga (buah ni, tak penah terasa nak jamah pon. sedap kah??) and sayur2 yang berwarna2. dalam kepala otak aku, lobak and tomato je lah aku suka. bayam merah tu pon ok juga. kerang. hati memang favourite. HB aku turun sebab aku puasa kata misi. tapi, time buka aku lahap semua tak kira2 pon. 

berat badan aku naik. last time 41.25kg. now dah 42kg.. boleh lah kan..
misi bagi dengar heartbeat baby guna doppler , misi kata baby sangat aktif menendang. misi kata dia aktif. ini perangai sape aku tak tau. kikiki..

keesokan harinya hari Khamis, masa aku bangun sahur, aku rasa tak sedap badan. lepas sahur, aku rasa perut aku sakit. bukan sakit nak uk2 tu. tapi rasa lain ah. macam kejang. aku gitau suami, macam biasa suami akan larang sekerasnya niat murni aku nak keje. die kata nak gi antar aku gi cek kat private.

Dr. Kevin kata, aku tade masalah ape2 cuma mungkin baby makin membesar dan ruang agak terhad tu yang kejang sikit perut aku. tade kesan kat baby pon.  lepas cek BP, berat, and air kencing, semuanya ok. tade masalah. and tiba time untuk scan. 

satu benda yang buat aku rasa aku takjub sangat , aku dapat tengok, baby growing healthy dalam perut ni..tak sangka sangat perut kecik ni ada satu nyawa yang membesar dan aktif. dari segi fizikal baby cukup sifat. Dr. Kevin memang fokus pada jantung baby, die terangkan satu demi satu injap yang berfungsi, bahagian perut, buah pinggang baby, kepala dan keseluruhan bentuk baby. memang complete. kebetulan baby sangat memberi kerjasama untuk di scan. die melonjak2 kan badan dia, bergerak2 dan buat satu pusingan  lengkap. 

bila scan 4D, die tutup muka dengan lengan dia. memang nampak ah  sifat pemalu dalam diri aku ada pada dia. (mata ke atas tangan di bahu) puas aku pujuk2 tapi baby tak mau tunjuk muka dia. Dr pon cuba pujuk2 tapi baby tak mau. apa yang aku tekejut bila Dr kata baby aku kelihatan kurus. sepatutnya untuk usia 23 minggu baby sudah mencecah 500 gm. tapi , melalui scan baby baru 385gm. sedihnye...Dr kata sebab aku puasa, kalau aku tak puasa mesti baby berat lagi. tapi its ok, sebab baby sihat. aktif dan normal. syukur alhamdulillah...

Dr minta aku ambil kalsium 2 biji sehari , kalau sebelum ni sekali sehari je, tapi sebab baby dah makin besar.  and banyakkan makan sayur2 and buah fresh. kurangkan pengambilan gula. 


ok, ada yang tanya kenapa aku ni tamak sangat buat check up kat dua2 kinik, private and KKIA.
jawapannya ialah kerana, aku nak extra care. aku takde pengalaman sebelum ni. memang tak dinafikan KKIA pon cek ok, cuma di KKIA suami tak dapat masuk tengok isteri, berbincang dengan doktor and tak dapat tengok baby time scan. Suami aku sangat teruja bila dia tau aku kandungkan zuriat dia, dia yang beriya nak teruskan di private sebab die dapat tengok sendiri anak dia dalam perut ni, discuss dengan doktor, tanya macam2 kat doktor. kat private tempat aku pegi ni, Dr die sangat understanding and sangat caring bout baby. sangat particular dengan perkembangan baby. kalau aku bersalin di hospital yang menjadi panel klinik ni, Dr akan temankan sampai aku kat labour room. tapi sebab aku decide nak balik kampung bersalin di kampung, tade lah doktor tu teman kan.....bukan nak riak ke ape, tapi aku just share pendapat. setiap orang berhak kata apa saja, sebab masing2 ada kemampuankan. one of my cousin dengan bangganya kata bersalin di private lebih baik tapi yelah die bersuamikan kontraktor berduit, aku cuma pegawai biasa je. larat and mampunya aku kat spital biasa, jadi besalin spital biasa sajalah. asalkan semuanya selamat. :)

kak bunga tu bersalin spital batu pahat je, adam kacak juga..

6 comments :

Hida Kadiso said...

sian baby kurus.. tapi tak pe, yang penting die sihat.. sonok kan tengok die pising2.. hehehhe..

Hida Kadiso said...

sian baby kurus.. tapi tak pe, yang penting die sihat.. sonok kan tengok die pising2.. hehehhe..

Miss Tasantek said...

haha...sonok sangat kak :) rasa cam tak sabar nak tunggu dia keluar. tapi...takut juga. bedebar2.
sha yang tak bape besar ni pon dah susah tido malam. akak lagi susah gaknyer kan....ouh..sabar2..

Puan Fady said...

sha... kena mkn byk2 tau.... :)

Cik Puan Bunga said...

Takyahlah bazir duit bersalin hospital private, nanti2 ada komplikasi pape hantar spital gomen jugak. kita sayang laki jangan bebankan dia, pergi bersalin tu satu jihad, kalau mati, mati syahid. dah tau mati syahid, kompom masuk sorga jadi takyahlah nak pilih2 bersalin mana sedap. kikiki.

hospital batu pahat terbaik punya servis. lemah lembut doktor + nurse layan aku weh. macam anak raja. aminnnnnnn! kerajaan dah bg kemudahan, gunakan tanpa was - was! uhuhuhu!

(ni pndapat saya. sapa tak suka, main semut jejauh)

Miss Tasantek said...

Puan Fady : aku dah makan banyak ah start doktor kata aku punya baby kurus.

Kak bunga : dulu memang ah rasa nak branak kat private. tapi fikir2 balik +- biarlah aku besalin kat GH. aku pasrah je nak jadi apa kat aku. kalau itu bahagian aku kan. cewah..redha tak aku kak?? kikiki..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.