Monday, September 5, 2011

selamat hari raya aidilifitri :)

selamat hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali diri aku ni. terutama sekali kengkawan sekolah rendah, menengah, poli dan semua ah. yang kenal aku lah. yang tak kenal pon aku nak ucapkan selamat hari raya jua...
last time aku tak sempat apdet blog before aku berangkat pulang ke kampung. sebab aku cuti pon secara mengejut. 

sepatutnya aku masih bekerja sehingga hari Khamis dan Jumaat baru gerak balik kampung. tapi...hari Khamis tu aku sakit perut dan rasa tak berapa selesa bila bangun pagi, terus aku cuti. aku gi cek kat kinik private tempat selalu. (entry menyusul kemudian :) )

Pagi Jumaat yang indah aku bangun awal pagi, lepas sahur aku tak tido seperti selalu, aku kemas2 umah, aku siap masukkan kuih dalam balang, lap meja makan, hias2 sikit kat ruang tamu, susun2 kaktus aku :) semua kain baju aku dah basuh siap2 malam sebelum tu, kain baju dah belipat, barang dah memang siap packing ah. aku make sure semua dah siap tersusun rapi baru lah aku mandi dan bersiap untuk balik. kakak aku time ni tak boleh puasa so ketika aku masukkan kuih raya dalam balang sakanlah die test semua biskut, krepek2 yang ada. sorry aku tak terliur pon....

sampai kampung dalam area kul 2 lebih.. bajet nak sampai before solat Jumaat lah kan, tapi tak sempat sebab suami tak bawa laju, dia kata speed trap besepah2. 


sepanjang berada di kampung, memang best ah. aku ajak suami gi ekspo kat Pt Sulong, Pt Raja, menjelajah bazar and macam2 lagi lah. aku rasa seronok sangat berpuasa dengan suami and keluarga. aku antar mak gi belanja barang dapur kat econsave, aku belikan adik2 aku baju raya, aku hias2 rumah, aku rasa seronok sangat. tak tau kenapa rasa tu masih lekat dalam hati aku. :)

cuma petang raya tu aku and suami ke rumah nenek suami di Semerah sebab nak berhari raya di sana  :( ok. ini satu pengalaman yang memang aku rasa tak best sikit ah. mana2 pon orang yang biasa beraya dengan family sendiri sekali bila kena beraya dengan mertua rasanya tak sama...aku bukan nak mengeluh ke ape kan, cuma terbit rasa sedih bila malam raya orang bertakbir bagai, biasanya aku yang isi kuih dalam balang setiap kali raya, tapi malam tu aku isi kuih dalam balang kat umah orang lain. teringat mak aku, abah aku, and adik beradik aku. ouh. sedih giler..menitis2 air mata bila nak tido malam. kah kah kah....kelakar kan. nama je sedaerah, tapi kampung lain2. ouh...

sepanjang malam aku tak boleh tido lena. baru nak telelap ada je yang buat aku sedar. baby dalam perut ni pon rasanya dia tak begitu tenteram sebab aku tak tenteram. kejap2 aku nak tekencing. toilet kat luar plak, kena turun naik tangga. tangga kayu yang jarang2 tu ok. bukan tangga batu. nyamuk tak osah lah kau cakap. berpesta atas muka aku.  bila perut dah besar ni, cabaran utama ialah baring atas lantai. even kau pakai toto tebal cap bunga raya pon, tetap terasa sakit pinggangnyer. ke kiri salah, ke kanan salah, telentang salah, adoi ai. taktaulah cane kan. teringat tilam aku kat umah mak. lagi terus mata aku terbuntang tak boleh tido.

pagi tu masa suami nak tinggalkan aku gi solat sunat aidilfitri, aku baru lepas mandi, aku rasa sayu hati. tengok je suami pegi. kalau kat umah mak mesti aku dah sibok hidang lauk atas meja, aku and kakak akan jadi manusia super sebok hidang2, hias2 , mak aku?? ah. lepas je kontrak masak die siap, dia tau semuanya akan siap dihidang je. kikiki...
tapi, ini rumah orang..aku nak sibok2 kat dapur, aku takut tegelincir. sebab dapur umah masih lagi dapur kayu yang kat atas umah tu. tempat membasuh pinggan mangkuk masih lagi menggunakan pelantar tradisional. memang dangerous lah kalau aku yang kat dapur tu. lantai kayu beralas tikar getah kalau kena air sure licin.

selamat hari raya :)

minta maaf kat suami tercinta :)
wajib ada. :) hehe...suami bagi sebagai untuk aku and baby :)
tahun depan dah bertiga pula. insya allah..
 ini dia mama and baby. (inside my tummy)

petang raya pertama tu aku balik umah mak. sebab..kebosanan tahap dewa kat umah atok suami. sampai umah mak je aku bedal lontong mak and sambal kerang. sedapnya hingga menghirup kuah. sambil2 tu aku bergosip dengan kakak and emak. malam barulah aku bawak emak and abah gi beraya umah embah.  dah raya ketiga barulah aku balik lagi ke rumah keluarga belah suami. hahaha...suami pon seronok beraya dengan family aku.sebab dia seronok dapat berjalan2 dan beraya...suami enjoy je aku tengok. syukur alhamdulillah suami memahami hati and perasaan aku :)

---> suka ah tengok ottoman kak bunga. coOl kentang je rasa. murah plak tu. nak gak ah beli. tapi..cane gaye aku nak bawak balik putajaya eh.

8 comments :

Cik MeRaH JamBu said...

apsal muke ko nmpak pnjg ni..hohoho aku mseg ko ritu tak blas..igt nk g raya rumah mak ko..

Miss Tasantek said...

hahaha..shima..aku baca mesej tu. tapi masa tu aku dah kat umah putrajaya. sori sangat. aku tak ada dengan hp sangat sepanjang raya ni. sibok melahap je kejenyer. :)

Cik MeRaH JamBu said...

hahaa takpe..tu tnye dulu..sebab aku g rumah makcik aku, lalu kat tempat ko tu... semalam sempat gakla singgah rumah kak ngah sebelum balik melaka...

Miss Tasantek said...

uh..jeles2. dapat gak singgah umah kak ngah. aku tak sempat nak pusing umah kawan2, sebab cuti kena bagi2 kan dengan beraya ke rumah sadare mare abg mee.

eda_ej said...

dah nampak perot.. huhuhu.. slamat ari raye.. =D

Miss Tasantek said...

kak eda :) selaamt hari raya aidilfitri juga :) sori tau salah taip nama harith. kikiki..

KisahNutty said...

tema kaler baju raya nak sama macam ati & mat. hehe.. pink, purple/magenta kott.. tah la.. hehe..

Miss Tasantek said...

Anati : yang sebenarnye..baju raya sepatutnya baju kurung pahang. tapi...tak muat dah nak pakai. tu yang beli jubah tak pasal2. tak penah2 pakai jubah seumur hidup.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.