Thursday, September 8, 2011

itu tak coOl bro..

tak coOl lah kalau kau tersentap hati dengan status orang then kau cecepat stalk page die sambil kunyah cokelat. ape kata kau terus je ke wall die dan menjadi salah seorang dari komentar.. menaip dengan gaya sinikal atau mungkin kau boleh terus je buat lambang middle finger. itu baru coOl weh. siyes cOol..

ahahahaha....jangan ikut aku cakap tu. itu hasutan syaitan. hehehehe...
oklah malas nak cakap lelebih. cuma aku nak citer sikit. sikit je. janji tak sampai 5 perenggan. 

citer die cenggini, penah dlu2 lah kan masa aku sekolah, aku ada aim satu group lelaki ni. ala bukan aim nak tembak dari jauh ke ape, just aim sebab ketika itu they were one of the famous amos group among student kat sekolah menengah aku time tu. Disebabkan sedikit salah faham yang tak berasas, aku bergaduh dengan group tu. satu group tu penah caci maki aku depan junior2 masa sambutan hari merdeka kat skolah . ok, lets imagine, seorang pelajar perempuan ditohmah oleh hampir 3- 5 orang pelajar lelaki yang mana pelajar perempuan tu dikelilingi dalam bulatan yang semua manusia2 itu mengherdik, memaki, mencaci, menghina , and satu ayat budak lelaki itu aku ingat sampai sekarang " kau ni memang perempuan kecoh, kau dengan keturunan kau sama je" ini ayat aku semat dalam hati beb. dalam hati ok. bukan dalam kepala semata2. aku menangis, menangis kerana mulut puaka orang lain aku yang dipersalahkan. bodo je aku rasa ketika itu. ketika itu lah kan. skang aku rasa tindakan aku tu paling tepat. aku tak melawan just diam and menangis. tapi aku ingat ah sampai mati apa yang budak2 lelaki perasan kacak tu cakap. ada yang cuba bekap aku tapi aku percaya mereka malu untuk pertahankan aku , kalau mereka pertahankan aku mesti yang lain akan kutuk. 

selepas kejadian tu, aku memang tekad, berazam aku akan tinggalkan sekolah tu tanpa ingin mengaku mengenali group pelajar lelaki itu. aku lupuskan dari ingatan aku tentang group tu. walau satu ketika dulu salah seorang dari mereka pernah hadiahkan epal merah sempena hari sahabat, aku tak mahu ingat. aku buang jauh2 kenangan2 tu. hancur hati aku bila aku dimaki, dicaci tade sape yang berani pertahankan aku even dia tahu aku tak salah. tapi ego punya pasal, tak nak mengaku lah pernah baik dengan aku. aku memang berdendam masa tu. sangat. aku cakap dalam diri aku, satu hari nanti orang yang pernah maki aku tu akan melihat aku lebih berjaya dari dia. lebih bagus dari dia, lebih bahagia dari dia... 5 tahun, aku tak pernah rasa aku patot maafkan mereka2 yang maki aku tu. aku tak pernah fikir aku akan jumpa mereka, atau salah seorang dari mereka. tiada maaf aku ungkapkan untuk mereka selama 5 tahun dari hari aku tinggalkan sekolah menengah aku :) 

Namun...Allah maha kuasa atas hamba2nya...setelah 5 tahun on 2009  akhirnya aku dipertemukan dengan salah seorang dari mereka. Dialah kawan aku yang pernah bagi aku epal merah sempena hari sahabat...biar aku namakan dia sebagai A. 
A terkejut melihat kejayaan aku masa tu...even aku cuma dip holder tapi die rasa aku memang sangat berjaya berbanding dirinya..dia tak sudah2 mohon maaf pada aku atas kejadian 5 tahun yang lalu. tapi..hati aku tak semudah itu memaafkan....ya aku memang manusia yang paling terluka. tapi, sebab aku memikirkan "hablum minannas" yang telah dididik dalam diri aku, aku maafkan dia. aku cuba untuk lupakan kepahitan itu. aku tak berniat nak jadikan dia couple aku. mahupun skandal aku. aku cuba terima dia sebagai kawan baik aku. tapi..tuntutan dari dia inginkan pesahabatan kami diteruskan ke satu tahap lebih serius buatkan aku rasa aku tak selesa. aku diamkan dia tanpa sebarang berita. aku biarkan mesej dia panjang berjela2 masuk dalam hp aku. aku biarkan panggilan dia sepi tak berjawab. aku tak boleh terima sekelip mata kepahitan yang pernah aku lalui. aku manusia biasa...

satu hari, A nampak aku dan suami ( pada ketika itu aku dalam tempoh bertunang) tengah beli popcorn untuk masuk panggung, aku tak tau bilanya dia nampak aku, tapi itu yang dia kata pada akulah..malam tu aku dapat mesej dari A, A kata aku sombong, tak ingat kawan lama, and satu ayat dia "aku tengok macam laki orang je bf kau tu" sampai sekarang aku ingat. aku balas mesej dia tapi masa tu aku dah hilang pertimbangan. aku mula membenci A semula. ok sekali lagi A dah calarkan rasa hormat aku pada dia sebagai kawan, aku tak perlu bagitahu dia aku pilih suami aku sebagai tunang ketika itu sebab aku rasa tiada apa yang perlu diperjelaskan antara aku dan A. A jelas dengan pendirian aku tak nak hubungan kami bertukar lebih serius, memang aku tak nyatakan aku ada pilihan sendiri tapi sepatutnya A sebagai kawan menerima dan menghormati keputusan aku. itu saja. tak perlu pertikaikan rupa paras tunang aku ketika itu.

pada hari aku bersanding dari meja makan aku nampak A tengah merenung aku. aku biarkan. aku jemput dia sebagai kawan lama. bukan sebagai sekandal atau apa2. kami tak pernah berskandal.  aku sudah sedia maklum perangai A yang gemar bertukar2 perempuan since di sekolah menengah lagi. jadi aku tak pernah expect kalau perasaan dia terhadap aku yang pernah wujud itu ikhlas . hahahaha...kawan baik aku pon dia pernah nak adjust. terlalu terdesak kalau aku tengok cara A itu.

baru2 ni, ada satu friend request dari kawan A yang aku ingat kata2nya sampai mati tu.  biar aku bahasakan dia sebagai P. dia add aku kat FB. tapi maaflah. tak kan aku approove...terlalu pahit untuk aku terima. kalaupun dia marah, bengang atau apa2 je rasa tak puas hati dengan aku, tak perlu kaitkan keturunan aku. aku tak boleh accept. mungkin niat dia add aku nak berdamai kot, sori . itu tak cOol bro. aku tak nak tipu diri aku sendiri. Budak2 lain yang ada dalam group tu yang mana tak berbunyi time aku dicaci maki tu, aku approove ah kan,aku percaya diorang pon berbelah bagi time tu. tapi yang lantang berbunyi2 time tu, memang aku dah buang dari senarai kawan aku. tak kan aku nak approove request dari orang yang pernah buat aku malu kan, itu tak cOol bro.

last2 jadi apa je pada mereka2 yang pernah caci maki aku tu?? hahaha...seorang tu ada yang jadi penganggur berjaya, seorang tu tak tau jadi apa, seorang tu tak penah nampak batang idung lagi, tak tau dah kaya ke belum, hahahahah...see?? doa orang teraniaya tu makbul. aku tak doakan buruk2 kepada mereka, cuma aku doa aku akan jadi lebih baik dari mereka...

moral of the story, kalau kita marah, bengang, atau apa2 je rasa tak best terhadap seseorang, berdoalah kepada tuhan untuk kita sendiri kuat dan tabah menghadapinya, dan kuat melalui dugaan2 lain dalam kehidupan. jangan doakan keburukan orang, sebab doa untuk keburukan lebih bersifat prejudis.  kalau kita solat tak tinggal tapi mulut tak benti2 doakan kejadian2 buruk kat orang, tak guna dah solat tu. hilang dah pahala kita.
alamak lebih 5 perenggan pulak. ok dah stop. 

nota sahabat : beb, yang bunuh kepercayaan antara satu sama lain dalam persahabatan itu bukan orang lain, tapi kita sendiri. kalau kita mampu kawal diri kita, perasaan dan hati mesti kita mampu harungi dugaanNya :)

3 comments :

eda_ej said...

panjangnye entry.. dierang udah insap kot.. bebawak besabo ye.. kang kenan kat baby plak.. mintak jauh le..

cendawanpink said...

suke patpulohjuta kali entry ni.. ^_^
hehee..tp kes aku bkaitan ngn pempuan gile yg gersang..hahahaa..:D

Miss Tasantek said...

kak eda : sekali teringat citer lame da...terus tak boleh benti taip. ish :)

Nad : cepat ah apdet kat blog kau . nanti aku nak baca :) pempuan gila yang gersang. tajuk cam best tu :)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.