Wednesday, November 30, 2011

baby tade jantung.

entry kali agak saspen sikit. bukan aku yang tade jantung atau baby aku. tapi baby kawan aku yang didakwa takde jantung. ish..ish..ish..(geleng kepala)

last week, aku bercuti di kampung, sedang enak aku membaca harian Metro yang merapu tu, aku didatangi mesej (eh. ayat cam novel sastera Interlok pulak)
ok, ringkaskan,
kawan aku mesej tanya tentang klinik pakar wanita area Bangi, Kajang dan Putrajaya. sebagai seorang sahabat yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, terus aku suggest dua nama hospital dan pusat rawatan di Bangi yang konon femes tu *mata ke atas tangan di bahu*
hospital yang aku suggest tu tak bukak so kawan aku pegi pusat rawatan yang ada kat area Bangi tu.

menurut dakwaan kawan aku, let me called her Ekin, 
die senak di bahagian bawah pusat , belah kanan, cam senak2 cam tulah. Dr scan , then Dr di pusat itu cakap ,
"awak gugur ni...baby awak xmenjadi.klu lg seminggu awak xturun darah, kite kene cuci lah.klu x buang nti, awak blh dpt jangkitan."
berguguran lah air mata Ekin bila tau berita ni. well..sape pon ada kat tempat die, mesti menangislah kan. baby die baru 9 minggu. walaupun masih kecil tapi...naluri beb. naluri ibu itu tak lari dari rasa sedih kalau tau anak yang die kandung tu dah tade nyawa.
untuk mendapatkan kepastian, Ekin ni mesej aku tentang permasalahan yang dihadapi (abaikan bahasa Melayu aku yang tetunggang tebalik ni. aku suka beremosi time menaip)
aku tanya simptom2 Ekin ni , sekadar senak2 perut je die kata, then lepas sehari semalam senak tu berkurangan, so aku pon review balik diari aku, (ehem. diari ok. kuno tak??) aku rasa memang aku ada senak2 perut masa usia kandungan bawah 12 minggu. tapi Dr Kevin kata, itu perkara biasa sebab baby sedang membesar dan rahim mengembang..mungkin regangan dalam rahim tu yang buat perut rasa senak. di samping rahim kan berhampiran dengan pundi kencing..
aku cadangkan Ekin untuk rileks dlu, jangan terburu2 amik keputusan nak gi cuci kandungan die yang didakwa tak bernyawa tu.

aku discuss dengan suami, and suami suggest aku bawak Ekin ini gi klinik yang aku selalu pegi ni. mungkin boleh dapat pandangan atau penjelasan lain kan. aku pon kebetulan memang nak ke klinik on Tuesday (semalam) so aku ajak Ekin sekali.

Masa kat klinik tu Dr Kevin dengar cerita Ekin, die tak bagi harapan yang tinggi kat Ekin samada baby die hidup atau tidak sebab Dr kata memang kadang2 ada baby yang gugur di dalam perut tapi tak keluar sebagai darah tapi dia berlaku pendarahan di dalam rahim. masa Dr Kevin bagi penerangan tu aku yang dengar dengan penuh khusyuk and tawadhuk ah. aku memang suka input2 ni ... aku dengar lagi Dr kata,  mungkin juga baby itu tak normal sebab tu die tak menjadi. tapi apa2 pon Dr minta Ekin di scan dulu.
masa ni aku rasa detik yang paling mencemaskan, saspen and aku rasa aku dapat kirelah degupan jantung aku. cam nak berhenti tau. yelah...nak tau keputusan betul ke baby Ekin dah tade?? gugur dalam kandungan??? aku tengok Ekin pasrah je baring atas katil tu, aku dah berdoa aku harap semua ni mimpi je...
bila appear je kat screen, ada kantung dan ada seketul daging yang ditengah2nyer ada jantung yang sedang develop well, aku rasa bersyukur amat. teramat sangat. aku mengucap, aku istifar, aku urut dada banyak2 kali...Ya Allah..baby Ekin ada lagi. SELAMAT!. selamat ok. selamat! bukan tak menjadi, bukan tade jantung, bukan sekadar kantung je yang membesar, dakwaan Dr kt pusat rawatan tu sama sekali TAK BENAR.
Ekin, tentu2 sekali bersyukur teramat sangat. baby die selamat. degupan jantung baby 171 bpm.
lepas tu Dr bercerita2 dengan Ekin aku dah tak dengar sangat sebab aku sebok bergosip dengan Kak Muna, assitant doktor , sambil gossip minum air gula. *jangan lah tanya kenapa kena minum* hahahahaha...
 
before this aku dah dengar 2 kes tentang  pusat rawatan tu tapi aku abaikan je sebab pada aku itu mungkin nasib atau bahagian masing2 kan. tapi bila terkena kat Ekin, Dr tu just simply bagi conclusion cenggitu, aku rasa cam...aish...tak bleh lah.
tapi ada juga yang seronot2 dengan tempat tu. yelah mungkin ini bahagian Ekin kan. tapi pada aku better have a safe side. tak mau aku suggest lagi tempat tu kat orang. kang tak pasal2 je jadi benda yang tak diingini hanya kerana sikap doktor yang cek lebih kurang then jump to conclusion. 
alhamdulillah...walaupun aku tak lah kaya, dan ada duit yang banyak tapi aku bersyukur setakat hari ini aku berusaha sehabis baik menyediakan yang terbaik buat anak aku. aku percaya ibu2 kat luar sana pon akan menyediakan yang terbaik buat anak mereka. 
hah, kawan2 yang lain nak tau apa nama tempat yang Ekin pegi tu?? 

6 comments :

Unknown said...

kat pusat rawatan tu mahal je leh harap. elokla kau cadangkan dye jumpe dok tu nanti kalau aku pgnent kau bgtau juga ye.

Puan Fady said...

hah nak tau jgk... kt mana tu sha... ada ke patot bg conclusion cmtu dr kat situ... ishk3.....

KisahNutty said...

perghh mendebarkan sungguh entry ni.. nasib x p cuci lg.. huhuhu
takot pulak rs.. ehehe

Miss Tasantek said...

mendebarkan bukan..so kawan2..kalau ada rasa cam was2 je dengan pandangan doktor , better gi tempat lain. sebab...medic ni banyak terms mungkin berbeza istilah, pendapat and macam2 lagi :)
pape pon alhamdulillah dapat selamatkan satu nyawa :)

Hida Kadiso said...

jeng.. jeng.. jeng..

bahaya la cenggini.. seb baik belom cuci..

Pink Lavender said...

tasa...britau jer la nama 2 tempat tuh...(walau dlm hati mcm blh agak)

tasa wat checkup tuh kat mana lak...britau laa...

customer always rite kann...ekeke

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.