Tuesday, November 15, 2011

ini entry untuk orang nak kahwin je :) tak kahwin pon boleh baca lah :)

salam :) pagi semua kawan2..
*entry bermanfaat haruslah dimulakan dengan berhemah*
ari tu aku duduk2 lepak ada lah kawan tanya cane aku punya preparation untuk kawin dlu2..
soalan tu memang soalan yang memungkinkan yang tanya tu muntah darahlah sebab..kalau tengok majlis aku yang simple dimple tu tapi menelan belanja yang ...ok2 tak mau citer tapi sekitar 20K++ kedua2 belah pihak lah kan..

siyesly...
kalau kau tade simpanan, mahu pon tabungan boleh je berkunjung ke  
Bank Rakyat bank pilihan bersama
kalau kau kahwin dengan anak orang kaya itu berkemungkinan kau layak untuk menggunakan duit sendiri, tapi kalau setakat keje tukang taip surat cam aku ni, tade kau mampu lah nak kahwin. kumpul duit bertahun2 pon tak tentu leh cecah sejumlah amount untuk majlis idaman kau. kecuali lah kau terlibat dengan MLM kan..tapi itu pun starting modal korek kat bank juga :) kah kah kah  ...

first of all, pastikan duit sudah ada, dan barulah kau senang hati nak pegi sana sini dan book pakej andaman , photographer and so On.

aku selak2 diary aku terjumpa lak list yang aku buat before kahwin dlu, hahaha..tak leh nak aplod lah kan nnti kantoi ape yang aku tulis. dah lah tulisan cakar ayam. kang tebalik kerusi masing2 ketawakan tulisan aku.

pihak aku, 
1. mak andam 
2.hantaran (hantaran aku hantar kat orang buat, aku tak larat buat sendiri. takde masa ok)
3.belanja majlis (dari sebelum majlis sehingga selesai pulangkan barang2 , kena tahu berapa ramai yang nak dijemput, baru leh bajet jamuan bape paks)
4.PA sistem (kalau tak nnti majlis kau macam majlis orang mati, senyap sunyi je) 
5.cameraman. (cari yang bebaloi, jangan cari murah sangat nanti kualiti pon ke laut,)
6. Goodies (ini kena cari yang betul2 sesuai dan mengikut bajet kau lah kan...)
7. lauk pengantin (ini sgt penting, kena ada menu, kalau tidak mahu jap lagi kau makan hati ayam goreng je kat meja beradap tu )

ini list yang wajib, tak termasuk sampingan yang lain, yg mana adik kau nak pegi kedai minyak motor tade ke, wat so ever lah..

di pihak suami pulak, 
1. mak andam ( aku terpaksa guna mak andam berbeza sebab umah aku JOhor suami plak Ampang..)
2. hantaran (pon sama antar kat orang juga...)
3. belanja majlis (dari sehari sebelum majlis till majlis selesai)
4. P.A sistem
5. Cameraman (ada orang sekali dengan tempat perempuan, means die guna cameraman yang sama , lebih jimat)
6. pengangkutan untuk ke rumah pengantin lelaki, 
7. penginapan sementara ( rumah ni penting. kalau sebelah kampung je memang jimat lah kan. kalau kena cam aku ni...kena ada rumah persinggahan untuk ahli keluarga berehat2 solat dan sebagainya sementara menunggu persandingan.)

ini baru sikit..nnti kalau ada sampingan2 lain, nak beli itu lah, beli ini lah....
Duit??? memang laju macam air. kadang2 kau tak sedar pon kau beli itu beli ini eh, duit kau dah abis. hahahaha...
pada aku , majlis aku tu simple je..tade lah grand sangat. pelamin tadelah woW hebat!. biasa2 je..
aku rasa dalam ramai2 majlis kawan2 aku , aku punya yang pling simple kot..hahaha...

pening tak baca?? kalau yang baca pening, lagi lah yang nak kahwin :) 
mane yang kawin sebelah kampung, memang siyesly jimat lah. tak termasuk kos penganngkutan dan penginapan , kalau ada hulur2 duit minyak tadelah sampai beratus2 kan..
kalau kena yang utara selatan tu...ouh...siyesly mencabar. 

sape kata kahwin tak penat???
wah..heavenlah kalau tak penat. mesti merasa demam lepas majlis. dlu aku demam masa nak majlis rumah suami. bersanding dalam keadaan badan tak sihat..tapi kuatkan juga..kalau tidak...mau pengsan. cish.

lebih baik majlis kita ini ada yang handle a.k.a project manager. senang..apa2 kau refer pada dia, je. kalau semua kau uruskan jadi cam aku lah...pening. sakit kepala, letih macam2 lah..
tapi the best thing are, kawan2 aku yang sudi datang pakaikan inai untuk aku, 
yang sudi teman kan aku khatam Quran, temankan aku sampai aku sanding,  yang paling terharu, yang jauh2 datang meraikan aku, memang terharu giler...
saudara mara yang banyak membantu...ouh..time anak dara dlu aku tak reti nak pegi rumah sedara  kan..duk umah je alasan aku , "malu" bila aku kahwin, ramai saudara yang datang baru aku tau, betapa aku sangatlah tak patot bersifat begitu :) 
hahaha....jangan jadi macam aku ok :)
so pada kawan2 yang akan menamatkan zaman bujang ini serba sedikit list aku, aku memang tak leh nak listkan semua, mau 3 page tak abis taip ni. apa2 yang menjadi tanda tanya boleh je tanya aku sendiri atau mesej jelah kan..

eh. sape kawan2 ??? aha...ceteka ceteka..

ini masa tunang :) 
ini lepas nikah, khatam Quran
masa sanding :)
persalinan jawa :) wajib ada.
sesi shoot suka hati :)
outdoor Taman Botani Sri Medan.
kat rumah suami :)
outdoor Putrajaya :)
dah. abis.

20 comments :

sue. said...

nak kawennnnnnnnnnnnn...+meghela+

Puan Fady said...

cam baru je lg kan ko kwen.... :)

Miss Tasantek said...

sue. : ahaha...sila sediakan wang secukupnya :) kikiki...

Puan Fady : ahaha..baru je..baru bulan 3 ari tu lah...
kah kah kah....

Hustler said...

Masih terngiang-ngiang lagi (boleh ke pakai terngiang-ngiang nih??) Aku sesat sampai mana ntah, sampai jumpe babi utan pepagi bute kat kampung maimon ke hape ntah. Aku sampai situ Atas arahan ko kak long!! Hahahaha!!

Anyway. Puas hati weh. Hahahaha...

Puan Fady said...

rasa kejap je masa b'lalu.... tetgk ko going to be young mama !!

Miss Tasantek said...

Hustler : Pt maimon lah gemok! hahahaha..padan muka kau!

Puan Fady : ehem. aku kan express..semua benda nak cepat. cepat, tangkas dan kemas. itu tagline aku :)

Niesa Hamdan said...

nk kawen ke tak nk.nk ke tak nk (kire2 pakai jari)

Miss Tasantek said...

Niesa Hamdan :) kahwinlah weh...mula2 memang sakit sikit, tapi nnti dah lama2 dah stable..rasa seronok + bahagia sangat :) believe me!

wanna said...

tasha, banyak nyer nak kuaq duit nak kawen kan?

aku sekarang mmg dah start menabung, nak2 lagi aku nie utara bertembung selatan, banyak abes kat minyak, tol n penginapan,

boleh tak kenduri aku makan biskut kering cicah teh o,hahaha, nak jimat punya pasal, =)

Cik Puan Bunga said...

Mawi jumpa babi! Berjodohan!

Miss Tasantek said...

wanna :) yes...memang betul. duit banyak nak keluar. padahal majlisnye lebih kurang 2 hari je. (termasuk malam bekampung)

cik puan bunga : hahahaha..berjodohan. berjodohan *angguk laju2*

Puan Fady said...

ah ko ni....ngeeeeee.....

Miss Tasantek said...

Puan Fady : kau jangan jeles lah karipap!

Puan Fady said...

eh...tade..tade...tade.... aish ko ni cm tau je aku pas mkn karipap eh...

eda_ej said...

wahh.. macam muke memey plak.. hehehe..

NUR FASEHA BINTI IBRAHIM said...

nanti saye nak kawen saye mintak nasihat awak ye...heheh

Miss Tasantek said...

kak eda_ej : ahkak....akak orang kedua cakap cenggitu. hahahaha....
sudah2...nnti berangan pula..

Nur faseha sengal : ouh..baik2..msj je.nnti sy bagi faks list persiapan ni.

Cik Nina said...

betul ckp sha. tengs for the entry. nina skrg yg e-day pun pening, belum lg yg kawen. huhu

Bidadari Si Peri said...

kak tasa yg always santekkkk.. jumlah 20k++++ tu pbelanjaan utk sbelah pihak pmpuan saje kah..?? huhuhuhu..

Anonymous said...

ape simple mcm ni
hahaha
anyhow thniah
n ape tajuk lagu ni
best@!

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.