Wednesday, November 23, 2011

selamat pengantin baru bestfwen!

20.11.2011 
tarikh ni memang cantik ah kan...
bestfwen aku , dari kecik smpai skang ni telah pon selamat mendirikan rumah tangga pada tarikh cun ni :) taniah epi :) 
malangnyer aku tak dapat balik kampung kerana hal2 yang tak dapat dielakkan.
siyesly aku sangatlah gembira bagi pihak kawan aku yang dah selamat bergelar PUAN :) 

taniah Puan Fizie Lyana binti Abd Wahab. akhirnya dia kini menjadi milik Iszuan Ahmad selamanya :) 



base on pic2 yang kengkawan aplod memang terasa kemeriahannya lah kan ..
teringat masa diorang pakaikan aku inai, teman makan mee bandung...ouh..pengantin keluar malam curi2 nak gi makan mee bandung..kau ado?? aku je lah tu :P 

sepanjang hari Ahad lepas, aku cuma temenung and memikirkan betapa lah meriahnyer majlis..pagi2 aku dah mesej kawan aku Ani :) aku suh die smpaikan salam pada pengantin :)  aku nak mesej thru pengantin je tapi aku dulu jadi penantin aku tau lah cane bznyer...
ade lak kau masa nak tengok2 hp kau. so aku msg kawan aku yang menjadi orang kuat majlis tu je lah kan :) 
suami pujuk2 aku sabar banyak2...die minta maaf tak dapat hantarkan aku balik kampung kerana tuntutan keja2 dia..kesian aku :(

ouh ya...aku pon baru je nak baik dari batuk. sepanjang minggu lepas aku  dah macam Tam Spider ah. suara serak2 basah. seksi je bila sebut kes kan....

sebut pasal kenduri kawin ni, aku dan suami jarang2 sekali menghampakan pengantin yang menjemput kami kecuali faktor2 yang tak dapat dielakkan. yang memang dah try abis baik ah pusing sini, pusing sana tak boleh selesai gak, barulah kami tak pegi.. kami menghargai jemputan kawan2, begitu juga ketika kami bersanding, kehadiran kawan2 tu lah yang buat kami rasa dihargai. 

kalau pon tak dapat pegi, aku akan cuba kirim something pada kengkawan yang pegi.
aku dah melaluinya dan aku tau cane perasaannya bila kite tengok orang datang rumah kita, kawan2 yang jauh2 datang ke rumah..memang terharu. lagi terharu kalau kawan2 tu datang ikhlas beri hadiah ..masa bukak hadiah tu lah baca kad2 diorang rasa cam nak nangis..

aku tak berdendam dengan orang yang tak datang majlis aku, esok kalau mereka kahwin, (kalau aku dijemput) aku akan cuba datang. its ok. setiap orang ada alasan kenapa tak dapat datang kan. menyampah pon boleh jadi alasan kenapa tak datang kan :P 

and aku tak suka lah nak ungkit2 benda lama. for example kau pegi majlis kawan kau jauh2 nu kat Utara ke Pantai Timur ke kan, tiba2 time kau die tak datang kau pon mula lah mengungkit2 kesal dengan tindakan kawan kau tu tak datang majlis kau..aku BUKAN jenis yang begitu. dont worry..aku seorang yang open menerima alasan orang lain. bukan sekadar menghukum tapi jelas kenyataan kita kadang2 orang anggap sebagai alasan semata2. tapi kalau memang dah tak boleh nak elak, nak buat macam mana?? kita bukan ada super magic boleh puaskan hati semua pihak kan :P 

suami akan hantarkan aku balik kampung on dis Saturday lepas appointment dengan gynae. cish. kena juga jumpa ingatkan boleh postpone.
boleh lah aku pegi majlis kawan aku tu kat belah husband dia...nilah bestnyer bila kahwin sekampung, satu sekolah dan satu daerah. senang kawan2 nak datang merai. 
tak sabar nak pegi. tapi..tade baju :( baju dah tecit2 ah. 

baju sudah banyak yang lusuh kerana kerap kali digunakan. *geleng2 kepala*

3 comments :

Puan Fady said...

aku pon... aku terharu bila ko dtg walaupon ko tgh mabuk masa tu.....
p/s ko kena beli baju lg lah.... sama dgn dgn ak yg telah membesar dgn jaya nya...hihihi....

Hida Kadiso said...

cantek date die 20112011.. huhuhu...

Mid_RuDin said...

Nanti majlis ak ley ar ko dtg kan..kan...hehe (^__^)

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.