Wednesday, December 7, 2011

emak kata..cerita setiap anak lain2..

selamat petang tentawan :) 

petang2 gini tak larat dah aku nak buat keje. memang mOod aku dah tade nak buat apa2. aku tak tau kenapa, aku rasa tak selesa duduk atas kerusi ni..tak selesa nak jalan, semua tak selesa. aish..dari pagi baby aktif tapi lebih banyak mengeras perut ni dari biasa. keras dan sangat tegang then die decrease...barulah baby tendang2 lagi..
nnti die mengeras2 dan tegang...then die normal balik. 
ahahahahaha....kadang2 aku rasa cam tak caye pulak dalam perut ada orang. 

semalam, suami sikatkan rambut 

suami : sayang, rambut dah panjang, nak potong tak?

aku : tak mahu lah. nanti dah tak glamour. rambut dah pendek macam pendekar.

suami : nanti rimas...
sayang..nnti kat kampung jaga diri baik2 tau. jangan lasak2 sangat..jangan gado dengan emak.

aku : emaklah yang selalu cari pasal dengan saya, hahahahaha...

gado dengan emak??
korang penah tak gado dengan emak masing2??? penah tak ??? penah tak???penah tak???
aku?? selalu kot gado dengan mak. tapi bukanlah berparang2 ke, bersilat bagai. cuma kadang2 aku masam muka je dengan mak aku. 
hahahaha..mak aku suka cari pasal dengan aku. die suka sakitkan ati aku. tak caye kan?? 
die suka buat harte aku cam harte die sendiri. for example kan, aku bangun tido je pagi2 aku tengok slipar aku tade, motor mak aku tade...
Sah! sah die bawak gi pasar ikan slipar aku. hai...lah emak2...
ada sekali tu slipar tu nampak kancut (kecik ) kat kaki die, tapi die bedal juga bawak gi pasar, gi ngeteh...yang aku ni, die suh pakai slipar die yang ada tulis BATA tu. 
kau...nak tak pakai??nak tak pakai slipar mak??? mahu?? ada sape2 mahu??

ok itu cerita mak aku yang suka cari pasal dengan aku.
kadang2 bila aku duduk2 kat emper (kaki lima) dapur rumah aku, mak aku akan start bercerita..
macam bedtime story pulak aku rasa..

satu hari tu mak ceritakan pengalaman die untuk setiap anak yang dia kandungkan..
bermula dengan abang aku, kakak, aku and dua orang adik aku.
emak kata, aku yang paling senang dia beranakkan. paling senang jaga. paling aktif dan jarang2 sakit. senanglah kata die nak besarkan aku.
berbeza dengan yang lain, yelah setiap anak berbeza cerita dan kesakitannnya mak kata.
masa nak beranakkan aku, malam tu mak tido seperti biasa, mak terjaga pukul 2 dan rasa nak bersalin, abah aku gi KK kampung aku and datanglah pakcik drebar dengan sebuah land rover. hah?? dulu tade ambulans ok. naik land rover mak aku pagi2 buta tu. sampai sepital, masuk labour roOm, mak aku kata kul 4.30 pagi dah keluar dah aku :) senang je mak kata.

tiba2 air mata mak keluar, mak lap dengan ujung lengan baju.

emak : mak harap nanti adik ( panggilan dalam family aku)  pon macam tu. senang nak bersalin. mak tak sanggup tengok adik macam ni. perut dah besar, ke sana sini macam dah tak larat..cepatlah bersalin. mak doakan semuanya selamat.

aku : mak, kalau adik mati, mak maafkan dosa2 adik mak eh. 

aku tak tau kenapa selaju itu perkataan itu meluncur dari mulut aku. sedih pulak aku tengok mak punya harapan terhadap aku.

dari kecik aku rasa aku anak tiri mak. hahaha..sebab setiap kali aku yang mintak mesti tak dapat. aku selalu mintak kat abah aku . pada aku abah aku lah superhero. aku memang tak rapat dengan mak aku. tak tau lah pada aku mak aku sayang kakak aku lebih. aku dah biasa dianak tirikan. kikiki.....
tapi..emak itu tetap emak. 

emak kata dia susukan aku sehingga umur aku setahun setengah. sebab itu aku sedikit aktif dan cergas rather than adik beradik yang lain. mak kata aku jarang sakit2. yep. sampai skang aku jarang sakit2 . demam dalam setahun 2, 3 kali je. masa aku anak dara, aku keje MC aku baru 2 kali setahun. masa preggy pon aku gagahkan diri ke ofis. even dow rasa nak pengsan, tapi aku tetap kuatkan hati. Mak kata semangat aku besar macam mak dlu2...mabuk2 pon mak keje. tade cuti.

itu cerita aku kecik2...
erm. selain dari tak menjadi kegemaran, kehadiran aku ke mana2 rumah sedara mesti tak disenangi ramai. sebab aku degil, glitis (tangan tak reti diam) dan sebagainya. 
penah aku makan maruku yg makcik aku simpan , bila die balik keje die tanya

"kenapa makan maruku ni? datang tak bawak, makan abiskan !"

kesian tak??
nak makan pon orang tak bagi. punyalah tak suka aku kan..
tapi..aku tak macam tu. aku tak kan nafikan rezeki orang lain.

hari ni kita benci anak orang, esok lusa orang benci anak kita.
mungkin saja depan kita die berlagak baik, hati manusia kan. mana kita tau..

sedih pulak bila kenangkan peristiwa maruku tu.
tapi aku tak bagitau mak aku tentang perkara ni. pada aku, aku memang budak degil dan nakal. sikit pon aku tak cerita, tapi sampai ke hari ini, aku masih ingat kata2 tu. terngiang2.

eh. ada air mata pulak kat pipi aku.

4 comments :

Cik Puan Bunga said...

Nanti mintak maaf dengan emak kau sebelum bersalin.

Emak kan, macamana sekalipun, doanya makbul tau. Ini bukan aku cakap, ini ustaz cakap.

Errrr pasal makcik maruku tu aku taknak komen. Biarlah rahsia. Kehkehkehkeh.

Pergi bersalin ni ibarat pergi mati, jadi preparation pun macam nak pergi mati jugalah.

All the best! Chayok chayok!

Contraction sakit! No kidding.

Hida Kadiso said...

bile kite dah besalin n dah ade baby sendiri baru kite tau cam ne la mak kite jage kite mase kecik2 dulu.. serius kak ida dulu bile dah ade anak baru tau langit tu tinggi ke rendah..

Puan Fady said...

sha.... terharu aku dgr.... :( aku doa kan agar ko dipermudahkan bersalin, semoga baby sihat dan sempurna.... dan ko pun sihat dlm masa b'pantang nanti... aku ni rasa x sedap bdn...siang2 dia sejuk, mlm2 nanti dia panas... aku redha sha...pg2 aku rasa loya minum air, cepat lapar & ngntuk... :)aku dah bersedia sha untuk menjadi seorg ibu....

Hustler said...

Haaaa Chom!! Haaa Chom!! Ape sebut2 nama aku nih... haish!!! Srootttt~~~

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.