Tuesday, December 6, 2011

ini minggu last .

salam readers :) 
ouh..dah tak larat nak jalan, tangan je boleh menaip tu pon kadar yang paling minimum lah kan. aku dah tak larat nak bangun duduk lagi. if aku dah duduk, maka aku akan duduk sajalah. kalau aku berdiri, aku tak boleh duduk...
aku masih meneruskan minat aku nak memasak selagi boleh memasak. semalam, aku masak untuk Mawi , Fadly and Afiq, dan juga Hajar :) ikan pekasam Kak Faz bagi tu ada lagi, jadinye aku goreng lagi...
nak amik pic makan ramai2 semalam tapi semuanya dah tak sabar nak makan, aku pon hp dah kat mana, terus ajelah adap santapan malam tu. tak toleh kiri kanan :)
thanks guys datang umah aku :) suka aku kalau kawan2 datang umah. 

ouh. apdet tentang perihal aku mengandung pulak. ouh. ramai juga yang tertunggu apdeting dari aku tentang pregnancy aku neh...*mata ke atas tangan di bahu *
setakat hari ini, aku masih lagi belum bersalin. tapi sudah berada di fasa nak bersalin. mak aku katelah kan.
mata aku dah sembap, idung aku dah merah, pipi aku yang gebu ni dah jadi macam apam dah. makin tembam dan merah2...apekah itu?? hahahaha...
mengikut firasat ahli2 nujum kat ofis ni, aku mungkin akan bersalin dalam masa terdekat. hahaha..ramai yang care bout aku rupanya....terharu.. mana aku pegi ada je yang tanya, yang advise, hahaha...terharu. terharu.

"bila due sha?? "

"alalala..kesiannyer mak buyong ni...jalan pelan2 ye.."

"sha ni kuat lagi gi keje ye.."

ni antara dialog2 selalu aku dengar. betul lah orang kata, ibu preggy ni orang layan macam puteri. :) 

pun begitu, aku tak nak lah amik kesempatan atas keperihatinan orang lain kan. selagi terdaya aku akan cuba laksanakan tugas. wah. ayat tak boleh blah. laksanakan tugas. macam keje dengan polis pulak. kikiki..
aku sebenarnya kesian sangat kat ofismate aku. afiq. 
siyesly kalau aku tade nanti, die sorang2...aku ada pon cam tak terbantu je, apatah lagi kalau aku tade. at least kalau aku tak dapat bantu die sepenuhnya dapat ringankan beban die sebiji dua jadilah kan :)
Boss semalam ada gitau aku, dia sedang memperjuangkan pembantu untuk Afiq. minta2 dapatlah kan dalam masa terdekat...kes2 dah makin banyak, client pulak suka nak marah2 kalau kes lambat. masalah dalaman kami mereka tak penah pon consider. masalah mereka kita nk kena tolong fikirkan solution cish.

ok itu cerita tentang ofis. 

di rumah pulak, macam biasa, suami aku akan make sure die sentiasa di sisi aku. yep. sangat aku hargai sifatnya yang ringan tulang tu. aku rasa kalau aku kahwin dengan orang lain, ada ke lelaki yang sanggup iron baju isteri, lap kan badan isteri (terutama sekali time aku tak sihat) , bangun tengah2 malam cium aku, make sure aku tido dengan lena. (kadang2 aku sedar juga die bangun saja buat2 mati)
walau kadang2 tu aku terlepas marah kat die, die sangat coOl memaafkan aku. tak de pon die nak balas balik apa yang aku marahkan. lagi best bila tiap kali aku teringin nak masak2 something, dia akan ada dengan aku, bagi aku support, even die tak tolong pape pada aku cukuplah die temankan aku kat dapur. itu lebih bermakna...

suami pantang dengar aku mengeluh / mengerang sakit . memang die akan tanya 

" nak gi kinik??"

lately aku susah nak tido malam. kadang sudah pukul 12 mata tak mau tido lagi. sok pagi2 kul 5 aku dah sedar. aku tak leh tido sebab bila aku baring, aku nak galihkan badan tu aku rasa pinggang aku cam nak tecabut. suami yang akan tolong alihkan badan aku..
pagi2 lak nak bangun aku kena minta tolong suami bangunkan. ouh. ini bukan mengada2 ok. 
sepanjang aku hidup, even aku demam pon aku boleh lagi berjalan sendiri. tak penah lah ada orang nak kesian kat aku tolong bangunkan ke, ape ke. dari kecik aku memang seorang yang berdikari. *ok. meluat sudah*
aku mabuk dulu2 pon aku kuatkan semangat gi keje. panas2 ofis tu pon aku redah juga. sampai ada pegawai kat ofis aku kata, aku ni badan kecil tapi semangat besar. hahahahaha....luaran je kot. dalaman. ke laut.

aku dah mula cek seminggu sekali, esok appointment dengan KKIA untuk minggu ni. harap2 semuanya ok lah kan. last week ok. tade masalah. just aku kena datang cek rutin. ini juga minggu terakhir aku bekerja. lepas ni aku akan bercuti awal. bukan apa, aku nak rest kat umah and kemas2 apa yang patot. 

hah. kemas. ini lagi satu penyakit aku skang.
aku suka mengemas. malam tadi aku mengemop dapur. sementara menunggu kengkawan sampai umah aku mengemop dapur, kalau lambat lagi diorang sampai satu umah aku mop kang. sakit pinggang dah tak rasa. aku lagi rasa rimas kalau tengok dapur aku berminyak2.. 

ouh ya..aku nak beli set confinement and pam tetet. ari tu nak beli, dah sampai dah Jusco Cheras Selatan, erm..tade yg bekenan. lain yang aku tuju, lain yang aku dapat. ok. ini perangai jangan ikut. bahaya.
pam susu yang aku cari, jam tangan suami yang aku bawak balik. :)
kakak aku plak pantang ada sale. ade je benda die hasut. cish.

eh. pinggang ni...makin berdenyut2 pulak!

give me 5 mama :)

10 comments :

degiltapicomel said...

oit..baby tgh wat pe tu..tutup idun lak..hu3..busuk sangat mummy die ni gamaknye..ha3

Safira said...
This comment has been removed by the author.
Puan Fady said...

baby ko tgh wat pe tu sha...tgh garu2 kepala eh...

Cik MeRaH JamBu said...

shengalnye aku ni kak long.. terkomen guna blog orang len..hahaha mahap2...kih3 name beliau WAFI kan..aku doakan semoga kau selamt melahirkan...semoga semuanya berjalan dgn mudah.... nanti ade masa aku pergi melawat kau ye.. sayang kau...muahahaa <3

Miss Tasantek said...

degiltapicomel :die bukan tutup idung lah. itu die give me 5 dengan aku. yang bergaris kelihatan seperti mata tu telinga die lah :)

Shima : aiyark..ingatkan aweks mana tadi :)

puan fady : amacam?? eksaited tak kalau turn kau cenggini nnti??? hehehehe...

Lovely Fieyza said...

wee.. tak sabar nak tgk rupe anak kau.. hihi.. harap anak die kuat mcm mama die bukan cepat angin mcm mama die.. hihi..

~najwa~ said...

dah practice push belum....?



take care...

eda_ej said...

wahhh.... tak saba nak tengok baby.. nnt besalin kat ne???

Cik Azizah said...

sayunya baca entry ni tasha...bestnya nanti ada baby..

Miss Tasantek said...

lovely fiza : aku harap sangat2 die coOl cam bapak die. tapi..kalau die ikut juga perangai aku, terpakasa redha :P

kak najwa : eh cane tu kak?? tolong lah sha, akak 3g dengan sha boleh??? hahahaha...

kak eda_ej : bersalin di Batu Pahat. insya allah..tapi kalau dah sakit kt sini, maknenyer warga putrajaya lah anak sha ni :)

cik azizah : jijah..sangat best pengalaman ini :) ramai yang akui pengalaman mengandung sangat bermakna.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.