Friday, March 16, 2012

selesai dan amat berterima kasih.

salam readers :) thanks masih setia dengan aku dalam segmen mari bercerita. :P hahaha..

lepas bersalin kita mesti melalu satu sesi berpantang. memang wajib berpantang. untuk jaga luka jaitan dan luka dalaman kita.

tempoh berpantang bukalah tempoh masa yang seronok ok. 
semua benda aku buat semua kena kawal. jalan tak boleh laju2, tak boleh berak cangkung, tak boleh makan sembarang, tak boleh menyapu, pijak tanah and what so ever. 

sampai je rumah dari hospital, makcik and mak aku siapkan air mandi untuk aku, dan aku pon mandi. mak yang mandikan aku pon adoi. aku berdiri je die siramkan air. masa ni aku takut tengok perut aku sendiri. macam belon air. lembik. ish. ngeri ah.

lepas mandi makcik aku pakaikan bengkung dan mak siapkan makan untuk aku. sebab aku balik sampai rumah dah petang, so terus lah makan untuk malam.

Tradisi Jawa, kalau berpantang, kena makan banyak , air segelas, dan mesti abiskan makanan tu. walau sedap mana pon makan tak boleh tambah. TAK BOLEH ok. 
lauk aku bukan sedap mana pon, bubur dengan ikan bilis goreng +kicap. itu je. 
sepanjang berpantang aku makan bubur, sayur rebus dan at least mesti ada ikan. pagi pukul 9 aku mesti mandi, sarapan, berurut, susukan anak.  
pukul 12 - 1 mesti makan, minum air segelas je. tu pon segelas besar. air barli herba.
petang pukul 5 mesti mandi. 
waktu maghrib kena pangku anak. kalau boleh susukan. mesti pangku. (untuk elak benda2 tak elok rapat dengan baby)

malam sebelum tido mak aku suruh aku minum milo panas. biar badan tak sejuk. 

dulu aku wondering betulke lepas bersalin kita akan rasa sejuk?? 
betul. memang lepas bersalin kita akan rasa badan kita sejuk lain macam. aku kalau tido malam pakai baju sejuk. pakai selimut berlapis2..

luka jaitan tu akan berdenyut2 bila waktu malam. memang mengucaplah aku kala malam menjelma. ntah eh, aku tak tau lah orang lain cane kan. tapi tak lama dalam 3 hari die tak sakit lagi dah.

bengkak susu.
ini memang paling tak tahan. breast jadi besar, bengkak, panas dan berdenyut2...2 hari jugaklah aku bengkak susu. bila bidan datang urut, aku tahan je sakit tu. sangat. sakit.
bila susu dah keluar masa tu memang menitis2 sampai basah baju aku. baunye...amat menyelerakan :) :P

dalam tempoh berpantang ada mak2 yang tak bagi anak buat keje kan, tapi aku 2 minggu lepas pantang, dah tolong mak sidai kain. ada yang kata tak boleh nanti tumpah darah. tapi..terpulanglah pada kepercayaan masing2 kan. aku sidai je tade pape pon. aku sidai dalam rumah then mak aku bawak keluar. mak aku pon dah tak boleh nak marah sebab aku ni kalau sakit memang lemas kalau duduk saje. aku demam pon aku tak suka duduk memanjang. aku akan bangun juga. kuatkan semangat.

rumah kampung macam rumah aku yang ada tangga, memang mencabar sikit lah bagi ibu berpantang. nk gi toilet kena turun tangga, nak makan kena turun tangga, mula2 aku takut juga jaitan terbukak ke ape kan. manelah kita tau kat bawah sana tu apa keadaannya. aku takb erani tengok jaitan kat cermin. aku ngeri. tapi alhamdulillah..tade pape. kuatkan semangat and tawakal. sakit pulih kita semua ketentuan Allah...

jamu.
aku tak makan jamu sampai aku dah 2 minggu lebih berpantang baru makan. tu pon aku makan tak straight. aku makan selang2 sebab jamu ni buat aku sembelit. ya Allah..sembelit lepas pantang memang owsam! giler sakit bontot nak gi berak. aku tak beli pon set berpantang. 
masa aku mengandung 8 bulan , Zila ada ajak aku gi kursus ibu mengandung anjuran jabatan agama wilayah, masa tu ada pakar O&G Hospital Pantai KL , Dr.Adilla die kata tak perlu makan jamu2 ni sebab jamu ni ada kandungan steroid, badan kita akan regain energy secara semula jadi dari apa yang kita makan, dari sesi urutan yang kita buat, dan die sarankan kita bersederhana dalam setiap perkara. badan kita akan pulih sendiri secara alami. tak perlu kita paksa2 untuk cepat baik. lagipun masa dalam hari aku menyusukan baby kesian baby nanti die panas. 

masa aku sembelit tu,suami ada belikan aku ubat sembelit, then memang bila makan aku akan terkentot2 je.  satu hari tu aku  makan ubat tu then aku ingat tade pape lah kan, aku menyusukan Wafiy, tau tak apa jadi kat anak aku?? die pon turut sama tekentot2 macam aku, then teberak2 je. kesian. sangat kesian tengok dia asik tekencit2.. 

regim berpantang yang sangat hebat telah mak aplikasikan kepada aku. dan syukur alhamdulillah, sebulan lepas bersalin aku dah boleh buat keje2 ringan. lipat kain, basuh baju, mandikan anak, and aku memang tak suka bergantung harap pada adik2 aku je untuk tolong aku. 

ramai gak yang tanya pandaike aku jaga anak bila balik rumah sendiri, aku nak jawab cane ek?? aku tak kesah orang nak cakap aku ni pandai2 ke, berlagak ke, degil ke, aku tau apa aku cuba buat. sebelum aku balik rumah sendiri dan sambung berpantang di Putrajaya, aku dah dibekalkan ilmu oleh mak. setakat mandikan, tidokan, uruskan Wafiy memang bukan tugas berat pada aku. kena ada semangat dalam diri nak bedikari. kalau semua harap mak semata2 sampai bila pon tak belajar. siyes. aku tak tipu, lepas aku balik ke Putrajaya, sebulan kemudian aku balik kampung lagi, mak cam tak caye je anak aku makin bulat, aku makin sihat and die bangga aku berjaya menguruskan rumah tangga aku. 

aku balik ke Putrajaya setelah genap sebulan aku berpantang. salah satu sebab aku balik ialah suami yang jauh. cost nak balik ke kampung every week 120 hengget sehala. (minyak, tol sj) 
+ suami rindu nak aku masak untuk dia. die kata kalau masak sendiri, tak sedap. suami aku bukan jenis yang mengada2 tapi bila die cakap macam tu, aku rasa sedih, kesian, rasa cam...alahai suami...memang tak boleh tinggalkan aku lama2 kat kampung. Tempat isteri tu kan di sisi suami, berpantang tu cuma adat. agama yang paling penting. bukan adat. :)

dulu2 masa mak aku bersalinkan adik aku, seminggu mak aku dah masak. + aku masa tu sekolah darjah 1, kakak darjah 3, abang sekolah menengah. tade nenek aku datang nak jage de...mak aku berpantang sendiri je. mak aku memang jenis orang yang tak reti duk diam, sampai skang alhamdulillah, die dah 56 tahun, tade sakit kronik. masih kuat berjogging keliling kampung.


syukur alhamdulillah, selepas 60 hari berpantang, badan kembali sihat. cuma masih berhati2 nak makan benda yang sejuk2..especially ais. memang aku jauhi ais untuk setakat hari ni. beside aku memang penggemar hot baverage since aku anak dara. masa mengandung je slera b oleh berubah nak minum ais.  makan yang gatal2 pon aku tak brani lagi. walaupun aku tengok kat cermin luka jaitan dan kecut dan sembuh.  

kadang2 ada baiknya berpantang ni, dan berpada2. yang mana terlalu mengarut tu tak payahlah ikut. kita ni ada pegangan idup. ada akidah. kalau kita terlalu mempercayai sesuatu, maka Allah akan uji kita, dan dari ujian itu kalau kita tak nak beriktikad dengan ketentuan Allah mesti kita akan percaya perkara yang berlaku itu membawa kesan kepada kita.  sebagai ingatan pada aku dan pada pembaca juga ;) 

ouh..hari ni baru sdikit lapang. tap tak bape nak lapang juga. nak siapkan mana yang belum siap. nak kemas mana yang belum bekemas. 

sekian dulu :) thanks for reading coretan aku nie.

7 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

hehe..xde button like lak aku nak click..hehe
cerita ibu mengandung yg sgt best..

Najwa.H said...

heheh, knajwa pun hari ke7 dah memasak, berpantang sendiri juga ;)


itulah, jamu ni ada setengahnya mengandungi steroid... lagipun org tua kata panas, nanti anak tak selesa, jaundice pun lambat baik kalau mak dok amik jamu ;)

Miss Tasantek said...

@ mamiko :)
ahaha..label cerita ibu termengandung ni cerita ceriti aku time preggy sampailah berpantang. hehehehe...

@kak najwa :)
kena kuatkan semangat kan kak..klau tak..memang apa pon tak jalan.
alhamdulillah wafiy tade jaundis.. hampir kena tapi selamat. lepas sembelit tu terus sha benti amik jamu. smpai dah abis pantang baru sambung lagi :)

Hida Kadiso said...

kak eda dulu 3 minggu dah cabut balik kl.. hehehe..

Miss Tasantek said...

kak eda :)
akak terror :) hehehehe..

Unknown said...

wah terbaik la..pengalaman org lepas bersalin..ni yg nak tahu ni..mane tahu kot2 jijah pasni pulak kan.. Ameen..

Miss Tasantek said...

CikPuan Azizah :) ni lah pengalaman. guru terbaik tentang hidup ialah pengalaman :) hehehehe..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.