Monday, May 7, 2012

Subahanallah..aku menyayangi nya...

Ya Allah ya tuhanku...
syukur alhamdulillah..
atas nikmat dan limpah kurniamu ke atas aku dan keluarga aku..
terima kasih ya Allah..

itu yang mampu aku ucapkan atas apa yang aku lalui skarang. 
hari demi hari Wafiy makin membesar, makin bijak, makin comel..aku bersyukur sangat Wafiy dikurniakan kesihatan sehingga hari ini. alhamdulillah..


sekarang wafiy dah 4 bulan. sekejap je rasa dah 4 bulan rupanya..
minggu lepas aku buatkan majlis aqiqah untuk Wafiy, kami berdua decide nak beli kambing yang pakcik suami bela kat Simpang Renggam. aku bawak wafiy panjat kandang kambing. teruja aku tengok ladang kambing tu.  rasa macam kat New Zealand pulak.


kambing tu salah satunya dah masuk periuk ..

aku harap nanti kat padang Mahsyar dapatlah Wafiy tunggangan yang membawa dia ke syurga.

beberapa hari yang lalu lepas kenduri wafiy, wafiy batuk. tapi tak kerap cuma setiap kali batuk , wafiy boleh batuk tak henti2.... 

semalam, aku bawak dia ke klinik, aku pegi kat Presint 8 , Poliklinik Cahaya, best layanan kat situ, doktor pon ok. Fee jangan cakaplah standard Putrajaya, memang kopak sikit dompet tapi demi Wafiy aku redha. beside kami suami isteri memang setiap bulan akan menabung untuk masa2 kecemasan Wafiy. aku dulukan Wafiy sebelum diri sendiri.

dua lelaki yang aku sayang dalam hidup aku, Azmee dan Amsyar Wafiy. 
subhanallah..aku sayang mereka. aku teramat sayangkan mereka.
subhanallah aku mencintai mereka..

aku jarang dah apdet blog skang ni sebab aku sedikit bizi dengan tugas hakiki aku, disamping masa yang terluang aku abiskan dengan tugas sebagai isteri. 
rutin aku setiap hari, 
bangun seawal 5 pagi, buatkan susu Wafiy, ironkan baju suami, bersiap gi keje, 5 petang balik keje , jemput wafiy, teruskan perjalanan dalam 1 jam ke rumah, sampai rumah mandi, masak,basuh kain, lipat kain, tidokan wafiy, pukul 12 baru tido.

mujurlah suami banyak membantu. alhamdulillah...suami memahami keadaan aku.

sapa kata jadi mak ni senang?? 

rasa dulu baru tau. jangan simply2 cakap ada anak ni senang. kadang2 kau balik keje, baru nak hadap anak, tengok2 bakul baju penuh, perut lapar pulak, kain tak berangkat..macam2 lagilah..

apa yang aku lalui ni buat aku semakin mengerti perit jerih menjadi ibu. aku tak menyesal malah berbangga kerana seusia muda ni aku dah merasa nikmat punya keluarga sendiri, rumah tangga sendiri...

dan..aku lebih bersyukur kerana sejak kehadiran Wafiy hidup kami lebih bermakna, ceria dan suami juga semakin menyayangi aku. alhamdulillah..

buat sayang mama Amsyar Wafiy, 
mama doakan wafiy menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah..
mama tak punya harta yang banyak yang dapat mama wariskan kepada wafiy, 
mama tak punya duit yang banyak yang dapat menyediakan wafiy persalinan serba mewah, 
susu yang mahal, apatah lagi stroller harga beribu...

tapi...

mama punya sekeping hati yang penuh rasa cinta untuk wafiy dan papa..
mama akan cuba sedaya upaya mama membesarkan dan mendidik wafiiy menjadi insan berguna.
hanya seandainya mama tidak punya tanggungjawab lain, mama ingin sekali berhenti dari kerjaya mama dan menumpukan sepenuh perhatian kepada wafiy, tapi mama tak mampu..
atok , nenek , pakcik agus , paksu masih memerlukan mama...

Amsyar Wafiy kesayangan mama..
biar mama terpaksa korbankan kepentingan diri mama, demi kamu sayang.
demi kamu...mama redha..
mama tak pernah dan tak nak sekali2 mengeluh akan kesusahan mama selama mengandungkan , melahirkan dan membesarkan kamu sayang...kerana mama mahu kamu tahu mama sebenar2 ikhlas menyintai, menyayangi kamu wahai belahan hati mama...

subhanallah..mama teramat sayangkan wafiy dan papa..

 



subhanallah...mama sayang kamu wafiy!


9 comments :

Hustler said...

Ehem2!!! Suka citer nih.

alin said...

beby ade dimple...comey!! ;)

Miss Tasantek said...

hustler :)

suka?? suka?? ape lagi..whassap2!

@alin :)

ahaha..memang sedikit tembam itu baby..

Cik Puan Bunga said...

Kejap muka macam azmee, kejap macam kau.

EH kejap kang macam shin chan!

Pening!

sue. said...

ala....comelll..sayang dia juga...

Hustler said...

CPB Kejam Hahahahaha

Miss Tasantek said...

@ cik puan bunga :)
selebihnya macam adam lah . kan dulu aku suka dengan adam. hari2 tengok pic adam. kat mana aku dudukkat situ ada wallpaper adam. hahahaha..obses.

@sue. :) sayang sue juga.

eda_ej said...

wahhh... bam bam nye wafiy.. kejap dah 4 bulan kan..

~najwa~ said...

begitu ler hati seorang ibu....


apa saja, demi org yg disayangi ;))

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.