Friday, April 13, 2012

dia cuma biasa2 tapi jadi luar biasa bila selalu membuatkan aku bahagia..

selamat pagi Jumaat.

hari ini ...
hari Jumaat ni, hari terakhir Raudhah ada kat ofis ni selepas dia lapor diri dan mohon penangguhan selama 2 minggu.

sekali aku cuba berlaga kuat, tade pape yang akan belaku, aku teruskan kerja dengan riak muka yang selamba. tapi jauh di sudut hati aku..

aku teramat sedih. 

aku sedih kerana Raudhah akan tinggalkan aku. aku dah tade kawan nak sembang2 sementara nak tunggu waktu Zuhur.

aku dah tade kawan nak tido sama2 bila rehat lama di hari Jumaat.

aku dah tade teman nak melawat tokeh2 kedai tudung kat Jalan Tar every Friday..


takpe.

Raudhah bukan pegi mana, dia pegi keje tempat lain. dia masih ada. mungkin masih lagi sudi mengisi carta hati kawan2 kesayangan aku :) 

seingat aku, 

3 tahun yang lalu, dia hanya seorang budak biasa. yang mungkin sangat biasa pada aku ketika itu. sehinggalah Mawi memperkenalkan aku dengan dia..dan kami menjadi akrab

gaduh, ketawa, marah, terasa, sentap, merajuk, menangis, semua ada....

Raudhah, seindah nama nya..sebegitulah peribadinya...
sangat menjaga hati kawan2 dia..

aku ingat masa dia lambat balik keje, dan ibu dia telefon aku, tunang dia turut mencari aku, aku dapat rasakan betapa aku lah orang yang paling rapat dengan dia di ofis ni. 
aku ada buat entry tentang kehilangan dia :) kalau masih ada yang sudi baca...


pernah suatu ketika dulu Raudhah dimasukkan hospital KPJ, aku drive sorang2 gi melawat dia di KPJ Seremban. 
baru2 ni masa dia admitted di Hospital Tunku Jaafar, aku masih dalam cuti berpantang, tapi aku dah abis pantang lah masa tu, aku bawa Wafiy yang masih tecit tu melawat Raudhah. 

pada aku duit boleh dicari, kawan baik tak dapat semudah itu...kalau dalam 100 orang yang berkawan dengan kita, belum tentu ada 2 orang yang betul2 sudi kongsi susah senang dengan kita. aku tak ramai kawan. tapi kawan yang sedia ada aku hargai...kalau aku mencipta ukhwah aku tak kan biarkan ukhwah itu putus hanya kerana2 perkara2 kecik.. 

semoga Raudhah dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru. :) 

sayang Raudhah.

3 comments :

Hustler said...

Eh??? nampak nau aku mesra rakyat kenal2kan org kan?? wakakaka... cedeyh jugak la odd pindah weh.... Haish!!

alin said...

sy pn xrmai kwn..tp ble xrmai kte bleh tau mne jg btul2 jjur nk kwn ngn kita..

Hida Kadiso said...

cuma tuka tempat kerja kan.. ade peluang jumpe die lagi.. saba ye.. =D

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.