Wednesday, May 30, 2012

Tuhan tolonglah..ku rindu dia..

salam readers.
eh masih ada ke yang nak baca. lama tak apdet mesti orang dah lari kan. hahaha..dah2. jangan nak emosi sangat. memang blog tak pemes amous jangan nak bajet. 

sape kat sini tak kisah kalau kena jauh dengan suami atau anak?? angkat tangan tinggi2..
ok, angkat tangan kelihatan poyo pulak. nanti orang tanya kenapa kau angkat tangan sorang2 kan. baik2, angkat kening..

sape?? sape?? sape??

ada?? ada??

eh...macam tade.

aku salah seorang manusia yang dilahirkan normal dengan perasaan penuh halus mulus tak sanggup berjauhan dengan suami dan anak. + keluarga.

aku memang bukan dilahirkan dengan semangat yang kental, walau aku tau semangat boleh dipupuk tapi aku tak sekuat itu untuk memupuknya. tak.
aku memang hati halus lembut macam jelly..sikit2, nak tacing. sikit2 nak marah, sikit2 nak terasa hati.
tapi yang baiknyer..aku mudah melupakan. eh dah lari tajuk.

hero tua aku, ehem, suami akulah. kena pergi Bengkel PKP. aku tak tau apa nama panjangnyer, just tau itu saja, di Cherating selama 5 hari. bermula dari hari Isnin 28hb tempohari.

pengasuh wafiy cuti sampai 29hb, dan aku tak ada choice lain melainkan bawa wafiy hari Isnin tu. maka berangkatlah aku ke ofis bersama tilam busuk wafiy, beg baju dan botol2 wafiy. kesian. macam orang kena halau pon ada. aku bentangkan tikar evamatic dalam bilik fail and aku tempatkan wafiy di dalam bilik fail tu. 
sebabkan suami ke Cherating pukul 10pagi, jadi sempatlah pagi tu kami breakfast bertiga. Wah..ramai orang puji wafiy, wafiy pulak propa kan. depan kengkawan aku ke main die ketawa2..hahahahaha..

perangai sape tah tu.

untuk hari pertama wafiy kelihatan ok kena tinggal papa.

hari kedua, 
nak tidokan kemain susah. merengek2 je. mata die melilau2 tengok kiri kanan, bila aku panggil die senyum2..tapi bila aku biarkan die akan kembali melilau2..

kebiasaannyer kalau malam, wafiy akan baring depan tivi dengan kaki die letak kat perut papa die. kadang2 tangan die pegang lengan papa die, 
bila papa die tade, die mencari. die pusing kiri, kanan toleh sana toleh sini, pastu merengek. nanti die diam. tengok tivi, jap lagi jadi lagi cenggitu.
aku teponkan papa die, bagi loudspeaker, 
bila dengar suara papa, die menjerit kesukaan. dengan gigi yang tade senyum2 ketawa2...aku dekatkan henpon kat die biar jelas suara papa, wafiy cuba nak amik henpon aku. dah merengek2 suruh aku dekatkan henpon tu kat die. tapi bila dekat die nak jilat pulak henpon tu. aisey wafiy..

cabaran jugaklah nak tidokan wafiy kala malam datang menjelma. 

hari ni hari ketiga, aku tak tau die nak buat apa pasni. cuma aku harap wafiy tak lah merengek2 lagi. 

tu cerita wafiy.
cerita mak die pulak.
ok. macam biasa, perempuan propa cam aku ni memang akan menjadi lebih propa bila ditinggalkan suami. 
kejap2 telefon suami. kejap2 mesej . ayat yang sama.
aku rasa aku nak copy paste je tapi untuk menunjukkan keikhlasan aku taip jugalah. 
 "saya rindu suami saya"
ini je ayat aku. setiap 3 - 4 jam. kan?? propa tak??

sampai suami aku cakap " sayang, janganlah nangis2, abang susah hati lah kat sini. abang dah tepu pale hotak ni, nak balik nak peluk sayang dengan wafiy. rindunyer anak dengan isteri abang.."

tapi hari ni , dari pagi tadi aku tak mesej suami aku lagi. aku cuba bertahan. tapi...tak taulah sampai bila. 

mak pernah cakap kat aku,
kalau sayang anak, jangan ditinggal2. nanti anak tu tak nak dengan mak dia, tapi nak dengan orang yang jaga. 
kalau sayang suami berpada2, jangan sayang sangat nanti takut kecewa. tapi kalau rindu takpe :) 
eh. maksudnyer apa ni??

dulu kecik2 aku selalu kena tinggal dengan abah. abah keje masuk utan tebang balak. tinggallah aku dengan mak and kakak. mak bawak aku dengan kakak naik motor balik umah embah ( nenek dlam bahasa Jawa)
ada sekali tu , mak kemas baju2 kami adik beradik, sambil nangis. masa tu aku tak faham. tapi aku ingat. naik motor duduk depan, kakak duduk belakang. mak ikat tangan kakak kat pingang so that kakak tak lah jatuh kalau telelap. 

mesti masa tu mak rindu sangat kat abah.

macam aku sekaranglah. rindu sangat kat suami. 

sebelum tido, aku cium bantal suami, selimut suami, aku baring kat tempat die selalu..barulah aku lelapkan mata. tu pon tak boleh terus lelap. aku share sikit baju yang wafiy peluk tu dengan aku. 

macam ni rasanya bila jadi emak. jauh2 ditinggal. dekat2 di sayang..

ada satu perasaan yang mengikat kami bila berjauhan. 
r.i.n.d.u

semoga suami kesayangan dapat habiskan bengkel dengan selamat and pulang ke rumah untuk kami. 

we love papa so much.
ni masa aku mengandung 4 bulan. masa ni outdoor raudhah tunang.

 
i love him no matter what. i just love him as the way he is.


3 comments :

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

sabo ea tasha..tak lame dah..sok lusa blk dah...kuatkan semangat, wafiy perlukan mak die time2 ni, jd mak wafiy kene je kuat ye!!

Miss Tasantek said...

thanks timah :) kalau aku tak kuat semangat mau aku cuti berhari2 ni.
sedih. macam manalah kawan2 kita yang berjauhan dengan anak and suami kan. mesti diorang lagi sedih.

Hustler said...

Nape la ko tade adik pompuan kan?? lau tak buleh ko jadik akak ipo aku.. wakakakaka

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.