Thursday, June 21, 2012

Belajarlah untuk Mendiri


BELAJARLAH UNTUK MENDIRI


Salam sejahtera dan Assalamualaikum kepada readers..

Minggu lepas aku balik kampung untuk menghadiri majlis kawan aku, taniah buat Faiz dan Anis .  Aku memang semata2 balik nak pergi majlis mereka sebab aku rasa aku berhutang . dulu masa aku kawin ujan2 , mereka sampai ke majlis aku. jadi ini masanya aku untuk membalas jasa baik mereka :) sekali lagi SELAMAT PENGANTIN BARU Paing dan Anis :)

kalau dah balik kampung ni, perkara biasalah aku akan meluangkan masa bersama emak dan abah kat dapur sambil makan jemput2 dan teh O dan bercerita tentang perkembangan kat kampung ni. tak pun cerita2 terbaru tentang kejayaan anak2 orang kampung dan sebagainya.
aku suka biarkan mak bercerita dan aku mendengarnya..
aku takut satu hari nanti aku akan merindui suara dan gaya penceritaan emak, dengan mata yang tebeliak menggambarkan kesungguhan emak bercerita.

Pagi itu aku menyidai kain basuhan. Emak pula menyapu laman dapur rumah. Abah sengaja membuat pangkin batu yang sesuai untuk kami sekeluarga berkumpul bila ada masa . seperti biasa, aku menyidai kain sambil menghirup udara segar. Jam lebih kurang 7.30 pagi ketika itu.
Selepas penat menyapu, emak duduk di kerusi. Dia tersenyum2 dan tiba2 dia memuji aku,

“pandai juga kau jadi mak eh dik.mak ingat dulu kau tak tau nak jadi emak. Kawin muda2 kalau tak tau jadi emak susahlah..”

ada keluhan di akhir pujiannya.

“kenapa mak?”

“Kau tau dik, mak ni selalu ingat, mak je yang ada anak malas macam korang, rupanya ada lagi yang lebih malas, masa mak rewang kat rumah Wak Sal, wak ****** cerita kat mak, anak dia takda yang nak tolong dia kat rumah, semua dia buat. Dia yang basuh, dia yang lipat kain, dia yang momong (jaga) cucu, dia yang basuh pinggan. Anak2 tau balik keje semua dah siap.  Mak bukan nak mengata, ni jadikan pengajaran. Mak dulu marah2 kau adik beradik, biar anak2 mak tahu berdikari. Kalau semua mak nak buat, susahlah.”

aku teruskan mengibas kain untuk dijemur sambil kepala otak aku ligat memutar kembali kenangan dulu2
Dulu..
Bila aku balik sekolah, pertama sekali, bukak kasut , stoking kena basuh. Basuh sendiri. Baju sekolah, tudung, kain semua basuh sendiri.

baju biasa kalau hari cuti kena basuh sendiri + basuhkan baju mak , abah, adik2, abang dan kakak.
tiada istilah aku tido2 sampai ke siang.  Sebelum mak pegi keje, mak akan singgah bilik aku, dia akan pesan, baju basuh, tengokkan adik2, jangan merayap.
pesanan yang tiga ni memang aku ingat.
Mak memang tak bagi aku masak kat dapur. Pernah aku cuba nak masak, bila dah siap, dia sikit pon tak jamah. Sedih. Kecik ati aku. Masa tu aku rasa kenapa lah mak aku ni tak nak makan apa yang aku masak. Apa salah aku??
Kalau mak jamah pon, tak kena kat mata atau tekak dia, ,mak akan komplen straight kat muka aku. “tak masin” “tak ada rasa” lepas tu dia akan tinggalkan lauk tu. Die akan masak sendiri atau dia suruh bapak aku masak lauk lain.

kecik ati?? Memang. Tersangat.
Sekarang?? Aku tau kenapa mak buat macam tu. Kerana dia nak aku belajar lagi lebih gigih untuk memasak. Memasak tak susah, ia adalah sifat semula jadi seorang wanita sejati. Kalau kau tak nak belajar, apa pon tak boleh. Kalau kau berniat nak belajar, itu tak jadi masalah..

sekarang bila aku masak, mak tak banyak cakap, terus makan. Kan? Sebenarnya dia bukan tak nak makan, dia nak aku belajar.  Itu baru mak sendiri, kalau mak mertua yang cakap macam tu kat aku?? Tak menangis aku? Mesti mak mertua akan salahkan mak aku sebab tak pandai ajar anak masak. Bukan mak mertua aku je, mak mertua semua orang. Buat apa kawin kalau kena makan kat luar??

Puas aku ajak mak aku datang rumah aku, ada saja alasan dia, ayam tade yang bagi makanlah, tade yang nak tengokkan adik aku sekolah lah, tade yang nak jaga bapak aku lah ..ape2 je alasan dia. Tapi..
dia penah suruh adik aku yang bawah aku datang rumah aku, tido rumah aku, ada la sebulan adik aku duduk dengan aku sementara tunggu keputusan SPM dulu.
Balik2 dari rumah aku, adik aku kata, mak aku Tanya rumah aku macam mana, kemas tak, bersih tak, aku masak tak untuk adik aku, macam2 lah mak aku siasat dari adik aku.
Adik aku biasalah…dia jujur je cakap kat mak aku, apa dia buat. Apa dia makan.
mak senyum je lepas adik aku bagitau dia apa yang dia makan buat dan sebagainya.

Kali kedua, lepas aku kawin, adik bongsu aku pulak yang mak aku suruh datang rumah aku. Masa tu cuti sekolah juga. Ujung tahun, aku tengah sarat, tunggu masa nak balik kampong cuti bersalin. Masa tu mak aku pon Tanya benda yang sama pada adik aku. Sekali lagi adik aku bagi tau benda yang sama, aku masak, kemas rumah, basuh baju, rumah aku bersih. Mak sekali lagi tersenyum.

Kalau aku nak cerita macam mana mak aku ajar aku berdikari, memang tak tertaip. Banyak. Tapi memang banyak benda dalam idup aku, aku belajar buat sendiri.
mak aku punya adik beradik ramai, jadi nenek aku memang tak berapa memberi perhatian kepada mak aku, itu yang buat dia jadi berdikari. Dia juga mahu anak2 dia berdikari, belajar idup sendiri. Jangan nak mengharapkan dia semata2.

“dik, kau besok jangan jadi macam tu. Sayang anak tangan2kan. Bukan suruh belasah, tapi pukul sikit buat pengajaran”

aku tersedar dari lamunan panjang aku. Aku tak sedar, abis dah kain sebakul aku sidai.

Mak, aku rasa kalau mak tak marah2 aku, membebel hampir saban hari , pukul aku dengan hanger, tak mungkin aku akan jadi seperti sekarang.

Mak pernah suarakan hasrat nak jaga wafiy sementara aku mencari pengasuh, sekurang2nya sehingga umur wafiy 6 bulan, aku cakap. “tak boleh”
tidak sama sekali. Biarlah aku tak makan pon kat sini, tak mampu beli baju , kasut, handbag mahal, yang penting aku mahu sentiasa dekat dengan anak aku. Biar terpaksa bayar pengasuh mahal, ini tanggungjawab aku. Tanggungjawab. Aku mak dia, aku yang kena besarkan dia, bukan nenek dia, bukan atok dia.

aku bukan  nak membangga diri, nak mendabik dada, sekadar ingatan buat aku dan juga kalian di luar sana, ingatlah..
kita kena belajar hidup sendiri. Berdikari. Mencari rezeki buat keluarga kita biarlah dengan sumber yang berkat, kalau mak kita sampai mengeluh menjaga anak2 kita, tak guna kita bekerja. Duit yang kita cari akan hilang keberkatannya…fikirkan2.

Begitu juga aku, aku cuba menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Isteri bukan sekadar nama, tapi isteri yang sebenar2 isteri. 
aku mahu menjadi ibu yang mithali. Bukan setakat ibu yang melahirkan, tapi juga ibu yang membesarkan, mendidik, mengasuh…aku nak setiap masa wafiy membesar di depan aku. Aku tak mahu orang lain mengambil alih tugas aku walau bagaimana cara sekalipun.   Aku yakin dan pasti, Allah tak kan pisahkan seorang ibu dengan anaknya. Cuma ibu itu sendiri, mahu atau tidak menjadi ibu yang baik.

Ouh. Dah hampir tengah hari aku menaip entry ni. Hari ni internet tak berapa betul.jadi aku tak boleh cek email, tak boleh buat apa2. Melainkan menaip draf untuk entri ni J itu lagi baik dari aku menebeng di patisyen orang dan bergosip.


Sekian, nanti aku ada masa aku taip lagi.

ingat, jadilah orang yang berdikari, jangan sentiasa berharap ada orang tolong kita, tapi berharaplah Allah akan berikan penyelesaian masalah kita. Semua yang kita doakan biarlah kembali kepada Pencipta kita. Dia lebih tahu.
Wassaalam

3 comments :

Hustler said...

Aku rasa la kan, org2 sekapal ngan kita nih, idupnyer lebih kurang la kak long, hahahaha... tapi aku teruk, mak ayah tangan2kan aku, skang aku dah paham, sebabnyer aku yang sulung, hahahaha... tapi tu la, perangai aku tetap macam haram jugak agaknyer, cumanyer, tak la sampai bagi nama buruk kat mak ayah, aku bersyukur yang itu, ngeee....

(mood teringat aku kena hanger, rotan, paip getah bilik air, ngan kepala paip.Tak luper jugak, arial radio yang dah patah pon aku penah kena, wakakaka)

Unknown said...

Adam/adib wpon lelaki tetap suh wat keje umah...adib dh bole la kemas umah, sapu laman,mmbasuh, sidai kain..dulu ms dok ngan mmy bila disuruh mmg mmbrontak..tp wat juga...sekrg dia tau nape mmy suh wat sume tu dulu.dok hostel..wpon ada prkhidmatan dobi nk basuh sndri..sbb x bersih katanya..locker nk wangi...lau balik cuti mmg dia kene wat rutin tu sblom g men bola @ apa...ms sekolah ni bukan takat cari ilmu kat cikgu2 tp kat mak yg akan jd cikgu seumo hidup kat anak2..msak takat masak air, nasi, greng telur, megi..dh ok sgt...Ni adam pulak yg take over keje2 umah..Adib untung ada arwah mak...tp adam di monitor oleh embah lanang laa..takat basuh kain, basuh pggan, kemas buku2 jgn bersepah dh lpas la..wpon bila basuh pggan tu...ermm..bersepah laa jugak...tp ni permulaan kan..X bg masak & dia penah cuba wat air teh n masak nsi..bila abh dia balik trus dia suh tgok periuk nasi..Ya raabi..penuh air...bg pujian & ckp pasni xyah masak..bsuh kain @ kemas ajer..jgn bersepah..lau x mmy bising...Adam/adib akan dok sendri jugak nnt..akan berdikari..wpon lelaki..tp ilmu umah tgga bukan trhad tuk pompuan saja...Sungguhpon gtu, mmy tetap nk anak menantu mmy sok reti wat keje umah wpon jd GM kat opis!

Hida Kadiso said...

ye betol tu.. jangan hantar anak kat kg.. jage la sdirik.. tu mmg dah tanggungjawab kite..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.