Wednesday, August 1, 2012

berpada2 dan bersederhana.

salam ramadhan yang ke 12 kengkawan ;)

warh..dah 12 hari kite berpuasa. skarang kita dah nak hampir setengah bulan berpuasa.

lagu raya??

aku tak pasang kat PC. biarpun meletup2 lagu raya dari jiran sebelah menyebelah meja ni, aku tak bukak pon lagu raya. malahan tak berminat nak menyanyi lagu raya setakat 12 Ramadhan ni.

semakin umur aku meningkat ni, (eceh. tak meningkat mana lah)
aku semakin menghargai bulan Ramadhan. 
Setiap tahun, kalau boleh aku lah orang pertama mendendang2kan lagu raya kat ofis. kalau tak, memang jangan panggil aku Tasantek. 

tapi..

tahun ni, tahun ni...
aku tak mau pon dengar lagu raya even dah 12 hari puasa...
sebab..
mungkin ia adalah dari faktor persekitaran.  Kalau dulu...aku punya team memang masyuk giler kepala..ada abang Ejay, abang Ez-One, abang Afiq, Animo ...memang meriah.
baru hari pertama puasa dah pasang lagu raya. gler tak menahan..

tapi taun ni.

aku dengar lagu jiwang je manjang. release beb. malas nak fikir raya. 

asik nak compare life dulu dengan skang memang tak terbanding lah kan. nanti rasa macam tak bersyukur pulak. 

apa yang aku nak ceritakan ialah, 
sikap kita yang sebenarnya menyumbang kepada masalah lepas raya.  
sekurang2nya kat sini, mengajar aku untuk berjimat. mana tak jimat, tade mane aku boleh gi Jln Tar macam dulu2...tade. nak kuar kena balik sharp on time. kalau tidak..maka...akan sampailah cerita kau kat bos. banyak orang yang sangat amik berat di sini.semua hal dia tahu. kiranya kalau aku rasa cam aku nak tahu tentang sesuatu perkara, aku tanya je orang tu, memagn sume die apdet. even nak naik tangga mana kalau dah tersesat kat parking pon dia tahu. hebat kan?? ahahaha...


jadi sedikit sebanyak di sini aku belajar untuk lebih berpada2 baik dengan orang. aku tak mau terlalu baik aku takut nanti orang pijak kepala aku. dan aku tak mahu terlalu sombong takut nanti orang tak mahu bagi kejesama kat aku.  aku ni, kalau dah baik dengan orang, aku lupa tentang sempadan yang perlu di jaga. maksud sempadan di sini ialah " border line antara sahabat dan kawan biasa"
bagi aku kalau namanya sahabat tu aku tade masalah nak bagi pertolongan , kalau boleh aku tolong aku tolong. kalau kawan biasa, aku kena berhati2..takut orang amik kesempatan. mentang2 aku jenis tak kisah, abis sume benda mintak tolong tapi tade ucapan " terima kasih"

tu bezanya dengan lilfe dulu :) 

raya tahun ni tak menggamit rasa meriah di hati aku. aku tak tau kenapa..puasa pon aku rasa cam hambar je. tak seperti tahun sudah. dengan perot boyotnya aku hari2 bangun sahur masakkan nasi, lauk dan sebagainya untuk suami.  tahun ni, nak bukak mata pon tak larat. nak memasak, lagi lah tak termasak. ntah apa yang aku rasa aku pon tak pasti, aku rasa tak best.  

mujur ada Wafiy yang saban hari menarik minat aku untuk bermain dan bemanja dengan dia. 

aku tengok orang kemain suka beli bahan buka kat bazar, beli baju kurung kat Jln tar, tudung kelip2 bagai...sangat meriah aku tengok diorang. tapi aku..

duduk di satu sudut, memerhati kan orang dan berfikir, kalau aku yang berbondong2 beli itu ini, apa yang tinggal untuk aku lepas raya nanti?? hutang??
aku selalunya kalau naik dari cuti raya akan sengkek. semput. duit tade nak buat makan. percaya atau tak, aku setiap tahun macam tu. 

tapi tahun ni aku berazam dan bertekad nak ketepikan bisikan2 syaitan yang lagha itu. aku mahu menghayati sebenar2nya Ramadhan ni. aku takut ini Ramadhan terakhir buat aku.
terawih memang tak dan nak pegi. dengan wafiy nye yang terjerit2 tiap kali kena tinggal depan tibi.
tapi aku harap, esok kalau wafiy dah besar, aku nak berterawih dengan dia insya allah ;) 

baju wafiy pon baru sehelai je aku cari, baju melayu. baju jalan yang lain, aku pakaikan baju yang ada. mujur aku memang suka membeli baju besar sikit dari saiz wafiy, so untuk beberapa bulan akan datang baju tu masih boleh pakai. aku nak ajar wafiy untuk bersederhana. kalau aku mampu sekalipun aku nak motivate diri agar menyediakan simpanan di masa susah.

aku tak nak bergasak beli baju konon2nya ikut trend, tapi bila di pakai, nampak buruk kat aku. aku selesa dengan style simple and selesa. 
kalau cantik kat model tak tentu lagi tudung tu cantik kat kepala aku. cish. nanti macam baby je aku pakai. baik aku simpan duit beli benda lain.

alhamdulillah..ini agaknya yang Allah kata hidayah...

6 comments :

Puan Fady said...

aku thn ni sedia utk bby je... tgk org shopping cm xde perasaan...

Miss Tasantek said...

simpan duit. nak bersalin pakai duit banyak tau.

dalam pantang nanti bukan duduk saja... ada je nak beli. itu tak ckup, ini tak kena..

believe me. simpan duit.

Sharkri said...

bek mama wafiy... :)

Hida Kadiso said...

ye betol.. simpan duit.. pas raye ni dapat duit raye anak terus masuk dalam acc die... kalau belom bua baik buat cepat sebelom duit tu mengalir ke tempat lain..

Norziela Shamsudin said...

duit banyak mana pn mmg xpenah cukup... nnt lepas raya sesama la kite berpuasa lagi... ganti puasa yg ditinggal.. hewhewhew....

Norziela Shamsudin said...

duit banyak mana pn mmg xkan cukup... nnt lepas hbs raya sesama la kite berpuasa lagi untuk ganti puasa2 yg ditinggal kan... hewhewhew... baju farish pn ehsan tokabah ngn tokmama dia.. mmg mcm xbersemangat j nk raya thn ni...

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.