Wednesday, August 29, 2012

Eid Mubarak Kawan2..

Salam Sejahtera Salam Syawal 1433 Hijrah. (eh betul ke)

thanks pada yang masih sudi menjenguk blog aku. sori teramat sangat apdeting dari aku memang teramatlah lembap sebab aku skang ni tengah hilang mood nak berblogging and FB. kalau ada yang perasan (kalau ada lah) aku dahlama tak apdet blog since sebelum raya and FB pon aku online just sekeping dua je status pastu aku senyap. 

sebab utama aku senyap .. aku malas. itu je. takde kritikal mana pon. 

sebab lain, aku sentap. sentap hati. dengan siapa and di mana itu aku tak nak cerita. cukup aku katakan aku sentap hati.

untuk memulihkan hati aku yang sentap ni, aku sengaja menyibukkan diri dengan perkara2 yang aku suka buat.
peluang yang ada di hari Raya aku manfaatkan sebaiknya dengan menziarahi kawan2 aku yang aku sayang.
kami ada beberapa orang sahabat baik yang aku anggap macam adik beradik dah. 

nak aku kelaskan figure sebenar aku takut nanti ada yang kecik ati. kecik ati lagi. aku juga yang di persalahkan.  so aku bagi secara roughly je..beberapa orang..

untuk merawat luka di hati aku, aku sibukkan diri beraya...melupakan kesakitan2 yang melanda aku, yang menyakitkan aku sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.  

aku berterima kasih kerana dikurniakan kawan2 and sahabat2 yang super awesome. 
raya ketiga..

thanks ani, ana, ejul and bob.




ni kawan2 kampung aku. setia di mana saja..dari zaman aku tunang sampai aku dah kawin..mereka sentiasa ada. sayang korang babe.

raya ke lima..

ni aku ke rumah BFF sekampung lah kiranya dengan aku ..orang Parit Raja. cantik orangnyer..sori tak masuk dalam blog sebab pic ni je yang ada. hahaha..thanks kak ngah amikkan pic ni.


raya ke enam..

ni ke rumah Shima kat Felda Inas, Kulai.  Ini kali pertama aku ke sana dan alhamdulillah...tak sesat pon. Bila Allah merestui perjalanan kita..insya allah semua pon mudah.

dari pagi aku keluar rumah (ehem. tengah hari sebenarnya) aku bergerak dari rumah abang aku di Kangkar Pulai JB...terus ke Felda Inas...dalam 2 jam kat sana..kami beransur ke rumah BFF aku seterusnya...



ini ke rumah Hajar di Felda Nitar 1. masa perjalanan dari Kulai ke Mersing dalam sejam sengah macam tu. tapi melalui jalan biasa lah..dengan selekoh maut yang sangat popular kalau nak gi Mersing..kami tabah mengharunginya...masa pegi rasa jauh..bila sampai...nak balik rasa dekat je..bertolak dari rumah Ajar pukul 8 malam...

pukul 10.30 malam kami selamat sampai di JB semula..

aku bersyukur sangat dapat menghabiskan masa dengan menziarahi kawan2 aku. Allah makbulkan doa aku nak ke rumah BFF aku di Felda Nitar and Inas.  betul2 aku rasa bersyukur sebab...sepanjang perkenalan kami 5 tahun ni, baru sekali je aku sampai Felda Nitar tu pon tak sengaja, and Felda Inas ini julung2 kali aku sampai.  Dengan penuh rasa sayang dan chinta akan persahabatan yang terbina aku meredah felda semata2 nak menziarahi kawan2 aku ni.

dalam hidup aku, aku tak punya yang indah2..tak punya yang hebat2..
tapi hari demi hari, usia aku semakin bertambah dan aku mula belajar untuk lebih menghargai setiap apa yang berlaku di dalam hidup aku, semoga aku tak akan terlepas detik2 manis bersama mereka lagi.

kami berazam nak ke rumah BFF seterusnya Cik Nadia di ... KEDAH. ok. memang jauh. tapi...kalau dengan niat yang ikhlas insya Allah..yang jauh bisa dirapatkan :)

 buat kesayangan aku, 
ani, joja,noni,ana,epi,adah,syira,julie, ejul (batman), (spesial case aku panggil die batman)
kalian tak perlu aku ceritakan di sini, cukup aku katakan..kalian memang terbaik dan awesome.
sangat rindu pada kalian.
dari kita sama2 mengayuh basikal, merempit naik motor..dan kini masing2 dah bekereta, kalian setia di sisi aku....aku doakan kalian semua dimurahkan rezeki di berkati umur dan terima kasih kerana masih sudi menjadi sahabat2 kampung aku :)


buat kekasih2 hati aku, 
Kak Ngah, Shima, Nad, Ajar, Mawi...
terima kasih kerana sentiasa ada di sisi aku saat aku memerlukan sokongan kalian. saat aku kesakitan, saat aku menangis kesedihan..
dan yang paling pentiing...
kalian tak pernah meninggalkan aku walalu satu ketika dulu..aku pernah meninggalkan kalian..
suka,d uka, sedih, ketawa..kita kongsikan bersama..
kita jalurkan persahabatan ini dengan jaluran keikhlasan, keluhuran, ketelusan hati budi...
aku tak pernah menyimpan walau sedikitpun rasa tak puas hati..
tak pernah aku rasa kalian menyakitkan aku, jauh sekali menyimpan prasangka buruk terhadap kalian..tidak. tidak sama sekali..
semoga kalian terus kekal menjadi BFF aku..sebagai penyokong motivasi aku, sebagai tulang belakang yang meyokong setiap kedukaan aku..aku sangat menyayangi kalian. sangat..


buat Mid, kalau kau baca entri ni, aku rindu kau.

buat Syaza..
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin..

buat ateen, syapit, semua2 (sori nak aku taip panjang2 mau sampai balik tak cukup) yang pernah datang ke rumah aku, kepada yang mengenali aku juga...selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.

Hari Sabtu ni, kawan aku kawin. Wanie and Ana..
buat Wanie, selamat pengantin baru..selamat mengharungi dunia baru...semoga semuanya berjalan lancar..

buat Ana..
Selamat melangkah satu lagi alam kehidupan...semoga kau dan bob berjodohan sehingga akhir hayat...aku akan cuba menghadirkan diri samada di kampung atau di Melaka. Semoga semuanya berjalan lancar..

salam sayang buat kalian.

eh. ternangis.

8 comments :

Caza c BoOlat said...

tq tasa...selamat hari raya aidilfitri jugak..maaf zahir dan batin segala salah silap harap diampunkan....smoga persahabatan yang terjalin sekian lama akan bekekalan sehingga ke akhir hyt. syg ko n wafie.

sue. said...

Selamat hari raya sayangku..mohon maaf zahir dan batin...

<3,
susue

LiaNa YuSoF said...

selamat hari raya tasha... (^_^) kirim peluk cium kt baby ea... hehe

Pupel Liyana said...

untuk aku takde. merajuk.......................

Miss Tasantek said...

thanks kalian :)
selamat hari raya aidilfitri :)

Cik MeRaH JamBu said...

terima kasih kak long kerana sudi menjejakkan kaki ke rumah abah aku yang tak seberapa tu....:)

Miss Tasantek said...

sama2 shima. terima kasih sudi menerima kunjungan kami anak beranak :)

eda_ej said...

rajinnye bejalan.. kitorang tak sempat jalan.. asben hari kamis dah keje..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.