Monday, December 31, 2012

Selamat Hari Lahir Suami dan Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum semua. 
Alhamdulillah dah sampai ke penghujung bagi tahun 2012 hari ini. 

sejujurnya hari ini ialah hari kelahiran suami tersayang. saban tahun setiap kali tiba 31.12. maka itulah umur suami aku bertambah satu angka.

Alhamdulillah..

2012 meninggalkan banyak kenangan untuk aku. 

Antara yang berlaku, ialah kelahiran si manja aku itu. Amsyar Wafiy Azmee :) 
dah nak masuk setahun dah budak tecit tu. makin agresif. makin bijak. makin comel alhamdulillah..
cuma semakin susut... kalau dulu semangat ke main..skang agak susut. Setakat hari ni, tiada apa yang dia buat tak menghiburkan aku. aku sayang dia sangat2..berjauhan dengan dia memang aku akan cuba elakkan. 


tahun ni juga aku berpindah dari tempat keje lama ke tempat yang aku meroyan skang ni. hahahahaha...
no. no. no. jangan salah sangka ok. orang yang tak best.. jabatan biasa lah mana2 pon sama...


senang kata di awal tahun 2012 aku lebih banyak diuji dengan kesakitan...bersaliln..chicken poxe dan sebagainya. 
pertengahan tahun sehingga sekarang aku lebih diuji dari segi emosi dan ketabahan. walau kadang2 aku rasa down macam nak terjun sungai, tapi bila kenangkan aku ada malaikat kecil yang perlu dijaga...ada hutang yang perlu dibayar...ada suami yang perlu ditaati, ada ibu bapa yang perlu diberi bakti... tak jadi terjunlah. 

dari segi kewangan pula masih lagi tak berapa nak mewah. biasalah...dapat berbelanja sekadar mampu, beli baju sekeping dua , dapat belikan wafiy mainan murah2 jadilah kan.simpanan tu penting. 

aku berharap 2013 akan membawa sinar lebih bahagia buat kami sekeluarga. 

buat suami ...semoga dia semakin kaya dan berjaya. Kaya dan mampu beramal jariah ke jalanNya.. berjaya membimbing aku, dan anak2 aku meniti titian ke SyurgaNya. Insya Allah :) ... 

ramai kawan2 kawiin tahun ni, tak kurang juga yang menimang cahaya mata..

taniah kalian ;) 


wish list tahun depan tak keluar lagi masih pending atas meja perbincangan kami. keh keh keh.
tapi harapan besar nak memiliki seorang anak perempuan tu memang aku teringin sangat... wish me luck kawan2..keh keh keh..



k aku nak sambung buat keje. kang nanti orang kata "PA saya tu words tak tau, excel tak tahu, power point tak tau...tak boleh ditegur nanti menangis "  

bye everybody.

1 comment :

cicak_jawaz said...

bos tasha 2 bukak email pun xreti....sekian..

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.