Wednesday, April 3, 2013

HFMD.


Assalamualaikum.

Dah 3 hari aku cuti. jaga wafiy yang dijangkiti wabak HFMD.

kesian anak kesayangan aku ni.

melepuh2 kaki dia.

aku tak boleh nak cerita banyak. wafiy sangat manja sekarang. ini pon aku berebut lappy dengan dia. dan skarang ini, ketika entry ini ditaip, wafiy tengah di kurung bersama suami di dalam bilik. hahaha..

ok cerita dia gini,

pada awalnya wafiy demam. demam panas sehari semalam..
 
esoknya hari kedua, wafiy ditumbuhi blister...sekitar kaki, peha dan siku..demam still ada sekitar 37.6..
 
Malam hari yang sama  aku terus bawak gi hospital, doktor sahkan itu sekadar chicken poxe.

Hari Ketiga , balik dari keje aku tengok tapak kaki wafiy da ditumbuhi biji2 air, tapak tangan juga ada..
aku bawak ke klinik Maria di Alamanda. doktor sahkan itu HFMD. demam dah tiada. poxes semakin kembung dan berkilat.

Hari Keempat, aku pegi lagi hospital bersama surat refer untuk mendapatkan pengesahan, dan melaporkan tentang jangkitan tu. demam langsung tade. Poxes masih kembung.

Hari Kelima, poxes bertukar warna, gelap dan kecut... Pejabat Kesihatan Daerah tepon aku, cakap aku akan dapat surat perintah pengasingan untuk Wafiy dan surat tu boleh digunakan untuk mohon cuti kuarantin bagi aku untuk menjaga wafiy.

Hari Keenam, poxes kering dan ada yang dah tertanggal2..wafiy semakin stabil. selera telah kembali, dan akitf seperti biasa.

tapi.

aku tak dapat pon cuti kuarantin tu. cuti aku dikira cuti rehat. surat perintah pengasingan itu hanya kepada wafiy dan aku tak layak mohon cuti untuk jaga anak sakit dan dikuarantin.

untuk itu esok aku kena kerja sebab aku dah 3 hari cuti. kaalu EL sekalipun boleh 2 hari saja.. :)

Boss pon dah mesej. :) rindu gaknyer tak nampak aku . keh keh keh..

apa yang aku nak share di sini ialah, sakit ni tiada ubat spesifik yang aku dapat tahu dari tenet dan doktor. cuma boleh dikawal dari merebak. wafiy dapat dari mana tu aku tak pasti tapi yang pastinya pegawai pejabat kesihatan tu kata, beberapa minggu kebelakangan ni memang sdang menular penyakit berjangkit ni dan kebanyakannya ada sejarah membawa anak ke Alamanda. ye. sila lah berhati2 ye..
yang aku pasti dan sure aku bawak wafiy jalan2 alamanda beberapa minggu sudah..

pengasuh tak nak jaga anak aku. sampai wafiy betul2 sihat. tempoh kuarantin sehingga 7 April. 

abis kalau dia tak nak jaga sapa nak jaga?

sakit pening kita bukan orang yang bagi, kan Allah yang bagi. aku pon tak nak anak aku sakit, kalau boleh. tapi Allah dah plan untuk itu semua. terima ajelah.. redha kan hati . ikhlaskan diri. Mak mertua aku pesan, kalau anak kita sakit...jangan salahkan anak orang lain yang bawak penyakit , ingat..itu semua Allah yang bagi. kalau pon anak orang tu yang sakit dulu baru anak kita sakit, ingatlah budak tu cuma penyebab secara zahir...secara rohaninya kita kena ikhlas terima ujian Allah.

apa2 pon aku berterima kasih kepada yang mendoakan wafiy. thanks semua :)

ni hari ketiga
kesian wafiy..



4 comments :

한나Zakharshi said...

KENAPA TAK DAPAT. akak opis aku ni dapat 10 hari (termasuk hari cuti) tau. memang mohon mesti dapat punye

LiaNa YuSoF said...

alahaii... kesiannya tengok wafiy.. terok kaki dia.. huhu... semoga wafiy cepat sembuh...

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

cianlah wafiy..cian gak kt ko xdpt cuti kuarantin..cmtulah bila dh jd mak..cuti abes tuk jga anak je, tp xpelah, yg penting Wafiy cpt sihat...

Miss Tasantek said...

pupel liyana a.k.a maz :)
entahlah weh.cc cuti tu kata tak boleh. die kata kena apply cuti rehat. sebab pekeliling tak mention menjaga ahli keluarga yg dikuarantin. bengang aku.

Liana :) thanks lili. bila nak mai umah ni..

mamiko :) sila berhati2 jangan dedahkan sangat auni dengan tempat awam seperti alamanda. sedang menular wabak ni. takut aku.

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.