Wednesday, August 21, 2013

Sebelum berhari raya yang bahagia. sangat! bhahahaha...


Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Bagi yang mengenali diri ini aku nak mohon kemaafan andai ada kata2 mengguris hati dan perasaan, andai ada peri laku tak senang di pandang.

mohon kemaafan semua ya.


Alhamdulillah..dah raya dah pon. Entry untuk bulan puasa aku dah siap draft. Dah berkepuk2..tapi semua tak leh nak aplod..
kat ofis kena block…kat umah..
keyboard lappy suami dah abis ditokak wafiy..dah lompong2 keyboardnya..
susah untuk aku menaip.

Jadi entry2 itu berkubur tak bernisan lah jawabnya..

Raya tahun ni seperti tahun yang lalu juga..tade semangat sangat aku menyambutnya..langsir pon tak berganti..Cuma rotate dengan yang sebelum ni, tade yang baru lah senang kata dalam rumah aku untuk raya ini. Cuma baju je lah dapat buat sama satu keluarga. Itu pon di saat akhir aku pakai dah macam pakai baju pinjam L
Kalau tahun2 sebelum ini, sebelum balik cuti raya aku akan make sure balang kuih dah siap diisi dengan kuih…meja dah lap…rumah da cantik.

tapi tahun ni…sebelum balik raya, aku Cuma bersihkan rumah, kemas bilik wafiy dan ganti langsir.
Kalau time aku anak dara dulu, lawatan saban tahun di Bulan Ramadhan ke Jln Tar pasti tak mengecewakan...
kalau tak kiri kanan tangan penuh dengan beg plastic, beg kertas, segala macam beg aku pegang…memang tak sah.
tak cukup sekali pegi..mesti ada repeat time.
Last time aku pegi, dari sepanjang2 jln tar yang penuh sesak dengan orang itu, aku Cuma bawak balik 3 keping tudung bawal je. Itu pon… tudung bawal tu yang rege 5 hengget cam kangaroo tu.
ha..nampak tak bezanya dengan zaman anak dara dulu???
Bila dah ada anak ni, semangat nak meredah lautan manusia yang bercampur baur bau dan segala macam warna kulit itu..aku dah tak larat lah aih..

dulu..
aku siap duduk berehat2 dalam sogo sementelah aku kepenatan mengukur jalan di Jln Tar..
tapi..
last time aku datang pukul 3, pukul 6 ..aku dah selesai beli barang and nak balik..ha…beza lagi.

Aku Cuma terlebih eksaited dengan menyediakan wafiy punya keperluan raya. Belikan baju die yang ada jenama sikit ..compare to hari biasa, dia Cuma pakai baju pureen..mrfiffy..cuddle… bila raya ni aku belikan lah sehelai dua baju yang ada lah brand..
dulu aku kecik2..tak merasa..skang aku nak die rasa bahagia. Tapi cabaran jugalah bila aku capai baju suami pon capai baju, compare price, tengok pilihan aku lagi mahal..suami suruh letak balik baju tu. Kecewa (T_T) aku rasa macam suami tak supporting.

Tapi..
bila suami jelaskan, dia tak nak wafiy dilimpahkan dengan kemewahan nanti bila dia tahu memilih, dia dah tau brand.. dia lupa diri. Mak bapak dia bukan engineer..bukan prof madya ke hape..mak bapak die kuli kerajaan je..so tak payah nak branded sangat. Itu yang suami aku nak aku sedar. (T_T) 

ah. Cerita persiapan raya je dah berjela2..cane nak cerita pasal hari raya ni? Hahaha…

keseluruhan persiapan raya  dari keluarga aku yang bertiga ini, kami masih di level bersederhana. Tade yang grand pon.semua biasa2 je..

tengoklah taun depan. Mana tau wafiy dah ada adik perempuan ke kan :P

k bye.

rindunya time ni. hari raya aidilfitri kali pertama dan sedang preggy 5 bulan. ouh..how i miss this moment!

1 comment :

Pupel Liyana2 said...

ingatkan ko nak cite ko ngandung lagi hahahaha

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.