Friday, April 15, 2011

aiya...manyak mizi lar ini mulan :P

tengok wa punya tajuk mesti lu olang sula tau. wa tak ale mase mau apdet wa punya mlog. ali2 ala kelas mau attend. wa tak ale laptop mau kasi apdet wa punye FB and mlog since my laptop sula ilang. 
wa sikalang malu mau attend induksi umum. haiya manyak lama wa kasi tunggu ini induksi, sula 2 tahun wa kelija ini jam baru dapat. nang botinang..kui bati kui!. cish.
*betukar* 
haish..dah lar malas nk jelaskan lagi kenapa aku baru dapat induksi umum. ramai yang tanya kenapa??? kenapa??? aisey...aku cam bodo2 je nk jawab. nk slhkan orang 100% rasa cam tak patot lak kan tapi ...itu memang salah die. sebab die yang pandai2 keep surat tawaran aku sape suruh??? dengan alasan die dah keluarkan memo untuk induksi khusus pada aku. giler ...khusus dengan umum pon tak tau yg mane penting .dah malas nak citer. * muke bengang tahap nak pancitkan tayar kete makhlok bekenaan*

skang ni aku sedang menghadiri induksi umum di INTENGAH. huhuhu...
tapi batch aku kali ni sangat lah ramai group EO..sana sini aku tanya sume EO. ada dua tiga kerat je lah PA. tapi tak pe..best lah group dengan mereka2 ni...hehehe..

3 C memang best! kurang sorang , KHAI BRUTAL .
sori lah kualiti gambar ni memang out abis sebab hp aku cap "hentak Tebalik" so memang tak de lar pic yg hensem dapat dicapture setakat ini. tapi ape2 pon aku tetap hargai sebab dapat gak amik pic ni kan..
ahli kumpulan aku  terdiri dari pada Wan Chubby (baju merah tu ) Fazil Pintu (baju oren) Helena Manja (baju itam) , Lai Kecik (baju pink tudung itam) Nora Lenggang ( tudung gold) , Nana Casper (baju pink tudung pink) dan Falin Ketam ( baju itam kolar pink) , lagi sorang je tade dalam pic ni sebab masa aku amik pic ni dia tengah amik exam kat tempat lain ;so aku dapat pic ni je larh ..hehehe..
aku suke geng dengan diorang ni...mereka sume2 sangat baik hati dan bekerja sama..takde lar  kedekut ilmu ke ape kan ...sume merendah diri.. aku paling muda dalam group ni..so aku panggil sume pon kakak kecuali falin tu..sebab die tak mau dipanggil kakak. (ehem. die tua setahun dari aku :) )


aku baru 3 hari attend course ni..ada 9 hari lagi..huh. lame tu..harap2 dapatlah semuanya berjalan lancar .
kawan2 yang baik hati, doakanlah aku ni sihat..dan kuat menjalani kursus ni..coz lately aku kerap pening2...tapi tak lah straight je pening kan...die selang2..hari ni pening..esok tak...lusa pening..tulat tak..cam tular penyakit aku ni....(jgn sangka yg lain eh.aku mungkin tak biasa lagi kot dengan perubahan hormon dlm badan aku ni ) ehehehehe...


helena manja sama falin ketam :) 
kak nana dan kak lai kecik :)
amat albab , wan chubby dan cik nora lenggang..auw~
..mereka memang best!

Friday, April 8, 2011

all in one lah.penat nk type.

syukur ya Allah..hari ni hari Jumaat sudah..
pejam celik pejam celik..dah hari Jumaat..
yelah kan..dah lama sangat cuti bila naik cuti  je rasa cam berbunga2 hati nak tunjuk rajin kat bos kan . *sambil tesenyum2*
next week sampai 28 hb aku kusus lak . so tade larh masuk ofis..bos dah meluahkan rasa tak puas buli aku. erm..tak dapek la bos..den kono gi kusus :)

entry pertama hari ni, aku nk story sal rasa tak puas hati aku pada satu2 sistem di ofis aku. 
(INI IALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA, SEKIRANYA SESIAPA DI JABATAN SAYA YANG MEMBACA ENTRI INI HARAP TIDAK MEMPERBESARKAN ISU INI HANYA KERANA TASA TAK PUAS HATI ATAU KERANA SAYA ADALAH SEORANG YANG JUJUR MEMBERI PANDANGAN) 

ianya ialah tentang punch card. 

Pada setiap awal bulan, PTD aku akan viewkan sape yang datang lambat, sape yang balik awal, dan sape yang balik lewat di dalam majlis tazkirah pagi Jumaat.
tazkirah ini akan dihadiri oleh kakitangan yang rajin, khusyuk lagi tawadhuk dalam bekerja. yang degil2 cam aku ni, memang masuk sebulan 2 kali je lah kan. lagi 2 kali aku tido bawah meja lah ..hahaha...takde2 tipu..

ni lar muke kalau masuk tazkirah :P

tindakan beliau ini aku tak pasti lah dari arahan ketua jabatan atau dari arahan mana2 pihak berkuasa veto kat dalam ofis aku ni.  untuk pengetahuan korang, punch card kt ofis aku bukan macam punch card kat ofis2 gagah di Putrajaya ye. yang touch kai slide ke, touch kai hand print ke..tade2...punch aku cam punch kedai ah pek tu. kad kuning dan mesin punch berlagu2 yg menghiburkan segenap warga ofis. 

ada sekali tu memang time tu ape lah angin aku baik nak masuk tazkirah tu kan, elok je aku masuk masa tu ada slot view last month punye punch card, dalam ramai2 tu nama aku naik sebab aku BALIK AWAL. 
dalam 2, 3 orang yang datang lambat tu nama aku di besarkan di screen dan dikalekan dengan kale biru , siap mention " ni yang balik awal, pasai apa balik awal tak dapat di kenal pasti" 
aku pon ape lagi kan..naik lar kejap darah kat muke. menyirap je dengar die cakap. aku terus sound balik " ha..alaah.." suara aku tak kuat, tapi tak juga pelan, bolehlar didengari oleh segenap manusia yang duduk di barisan belakang. masa ni boss aku pandang aku dengan ada tanda soal besar kat muke.

untuk bulan tu aku dikenakan tindakan memberi surat tunjuk sebab kenapa balik awal.
aku malas nk citer panjang aku buat surat tu and aku bagi kat PTD tuh.

tau tak apa yang berlaku sebenarnye???

masa tu aku tergesa2 nak balik, mesin punch kat ofis aku da 3 , untuk WP 1,2 dan 3. aku WP2, so masuk 8 balik 5 (WP = Waktu peringkat ) .  ketika tu aku tegesa2 nak balik, aku tengok kat mesin WP 3 dah kul 5.00 PM siap ada lagu2 lagi,  so aku pun capai lah punch card aku terus punch kat mesin punch WP 2.bila aku dah punch aku tengok punch aku merah sebab aku terawal satu minit 4.59 PM. cish. mesin tu lambat satu minit dari mesin2 yang lain. beberapa ketika lepas punch tu barulah lagu kt mesin tu nyanyi2....bagero btul lah mesin tu.

esoknyer aku lupe mintak tandatangan boss aku..sehinggalah ke ujung bulan.
biasanya kalau ada kakitangan yang terlewat tapi kat punch tiada tandatangan ni pihak HR akan panggil dan buat pengesahan. tang aku terawal ni erm...malas nk ckp. tapi thanks to kak zila la..die cool je suruh aku buat surat..aku pon buat je tanpa prejudis :P 

yg aku nak marahkan ni...korang leh imagine tak 4.59 dengan kul 5.00 tu beza die berapa lama?? aku tak leh bla bila PTD sorang ni boleh cakap, " ni yang balik awal, pasai apa balik awal tak dapat di kenal pasti"  
kalau lah aku balik awal sengah jam tu leh la kau nak cakap, pasai apa balik awal, tak dapat dikenal pasti. cish..menyampah. 

aku tak rasa lah cara memaparkan punch card ni effektif. gunalah pendekatan lain untuk buat orang sedar punch card tu berdasarkan kejujuran. kalau rasa nak lagi selamat letak lah punch tu dalam bilik die, so that sume org punch akan masuk bilik die 
;P hahaha..

pada aku lar kan..pendekatan lain yg boleh dibuat seperti, 

KERJA LEBIH MASA.
bagi yang datang lambat, dikenakan tindakan kerja lebih masa berdasarkan minit yang dia lambat..kalau die lambat sejam, balik dari ofis  sejam lambatlah, tanpa boleh claim OT.
bagi yang balik TERAWAL cam aku ni boleh lar datang awal ikut jam aku awal. kalau seminit tu...erm...*geleng2 kepala*

KERJA SOSIAL
cara lain pula, dikenakan tindakan kerja2 sosial seperti bagi ikan makan kat depan lift tu selama seminggu.. orang luar tak kan tau la kau ni kene tindakan disiplin dari admin, mereka akan ingat, yg bagi ikan makan tu seorang pencinta haiwan ..sbab tu kat ofis pon bela ikan.

BERI TAZKIRAH
hah..ini lagi best. bagi akula ini tindakan yang nampak bijak (ceh..cam bijak sangat ). sape suruh lambat kalau tak nak bagi tazkirah kan?? sape suh balik awal tanpa diketahui sebab kalau dah tau tak reti bercakap di hadapan khalayak ramai. hahah...sedikit sebanyak memberi motivasi kepada kakitangan untuk tidak hadir lewat / balik awal  untuk mengelak dari memberi tazkirah :)

BAYAR DENDA SEBANYAK RM2.00 
untuk satu hari lewat dikehendaki bayar RM2.00 dan duit itu disalurkan kepada tabung badan kebajikan ofis, jadi nasiblah sape suruh lambat atau terawal balik kan...hah bayar..sebagai denda. nama tetap dihantar ke JPM untuk report bulanan,denda pn kena bayar.

pendekatan yang digunakan untuk memancing sensitiviti kakitangan tentang perlunya kita jujur dalam melaksanakan tugas ni perlulah berdasarkan praktikal dan teknikal .. bukan teori semata2. kalau tak tau teknik pakai sebat je laksanakan sistem, akan jadi kucar kacirlah bila ada masalah timbul di kemudian hari. aku malas nak cerita banyak. kalau aku ckap nnti sume orang tutup telinga pakai kapas sebab tak tahan dengar suara aku membebel sepanjang hari. aku ni tahan je kalau suruh membebel berjam2. 

moral of the story, tak perlu malukan orang untuk kesalahan yang kecik tu. bukan mudah nak jadi ketua, nak jadi penghulu, tapi juga tak mudah nak jadi pengikut. satu untuk semua atau semua untuk satu??? fikirkan2..



Thursday, April 7, 2011

ghairah menjamah ..

eeeiiiiiyeeeeeuuuuwwww...munyik cam tajuk filem lucah kan?
haruslah..skang ni mOod horny je memanjang. eh2, yg dah kahwin boleh activate kan mOOd ni..yg tak kawin lagi..sila activate silent mOod je lah ye. hahahahaha....
bukan nk citer 18sx lah. kang nnti abis blog aku dilabel blog lucah dan penuh keemosian  plak. 
today nk story mory pasal rasa teruja aku.
aku teruja weh sebab bisa memenuhi permintaan suami untuk makan ubi rebus + sambal tumis ikan bilis. apekah perasaan ini??? masak ubi rebus je pon kecoh satu blog kan?? haha...suke aku lah. wat d hell wif u dude???
aku tengok suami begitu ghairah menjamah sampai satu benda pon aku cerita dia tak dengar.
masa aku kupas ubi tu si suami duduk tecongok sebelah aku dok lar kebil2kan mata takjub tengok aku cincang kulit ubi tu tanpa prejudis. masa aku dah rebus tu adalah 3kali juga die tanya, " dah masak dah?? "  kang kejap2 die lalu2 kat tepi dapur tu die angkat2 tudung periuk tu kan..
aku cakap kat die kalau nak tau masak ke tidak cube cuit sikit, lembut ke tidak ..lau dah lembut tu dah boleh makan..cecuit cecuit...tak mau lak..tau panas.. 

sementara menunggu ubi lembut, si suami kata nak cecah dengan sambal tumis ikan bilis.
so aku teruslah mengerah tenaga dia untuk mengupas bilis2 yang ado ..
sambil tengok citer "cinta antara kita" (best weh citer ni. menggaru jiwa )
selesai dikopek dan disoyat2 tanpa perasaan, si suami pon mandi dan sembahyang maghrib.
dalam hati...terdetik..kesian suami aku..dulu nak makan mak die yg masak, kali ni die kene tunggu aku masak..kalau tak sedap mesti die kecewa kan.
ape lagi..
aku pon bertungkus lumus weh masak. korang mesti geli je dengar aku cam beriya masak benda susah2 kan..padahal sambal tumis je pon. ni suami punya kehendak weh. kene penuhi selagi mampu. kata nak jadi isteri yang baik.masak sambal tumis ni tak susah pon..senang lah . pada aku ini ibarat level 1 lah kan. ngeh nge ngeh.belagak!

dan ini hasilnya :)

tada....
dan si suami melahapnya tanpa menghiraukan lensa aku ..cish :P

muke tabah je kan makan..
aku tengok suami makan dengan penuh nafsu aku rasa sejuk hati..
ini lah kepuasannya bila kita mampu menjaga makan minum si suami.
aku tanya sedap ke tidak secara jujurnya, dia jawab, "sedap, pada abang ini dah sedap. tak perlu sedap kat mulut orang lain, sedap kat mulut abg pon dah ok :)" 
terus weh berbunga2 hati ni. terus rasa nak sorong troli gi market nak bli sayur. cish.ape punye perasaan ni.

korang ada rasa nak makan ubi rebus tak??? 

Tuesday, April 5, 2011

mengenalinya..itu anugerah.

hye u sume....hari ni aku ceritakan bagaiman aku menjalani hidup untuk 2 minggu 3 hari menjadi seorang isteri..
selepas beberapa hari menjadi isteri seseorang ni, aku belajar banyak benda baru. banyak sangat benda yang aku tak tau tentang suami aku.(sebab aku tak duduk serumah sebelum kahwin, so taktau lar gaye suami aku cane kan..) WoOps..sori yg terasa tu .
kalau sebelum ni aku bajet aku dah kenal suami aku almost 100 percent lah weh. tapi ..sebenarnye..tidak..
there 's a lot bout him yg aku tak tau rupenyer.. what a beautiful life...
aku ingat dulu si suami hanyalah manusia pemalas tahap dewa yang dilahirkan semula ke dunia sebab malas sangat pada kehidupan lampaunyer. eh.tak2. mampus kene panah petir nanti. 
tapi..sebenarnye.suami aku tu rajin lah. die rajin tolong aku..die rajin tolong basuh , sidai kain baju and lipatkan sekali .. 
well ..org2 yang dah lama kawin mesti akan cakap, "eleh.tu baru kawin..boleh la..sok lusa dah anak 4..tade nyer.." 
ape pon cerita org2 ini, aku tak amik pusing. sebab aku ingin menikmati setiap detik yang suami abiskan dgn aku sepanjang tempoh perkahwinan kami. 

kalau dulu aku nk makan ke tak makan ke, aku punye perut aku tak amik kisah sangat..skang..bila aku teringat suami aku tak makan lagi, cecepat aku bergegas ke dapur  dan masakkan apa2 yang ada untuk dia....aku rasa bertanggungjawab atas perut dia. hahahaha...

kalau dulu aku nk bangun kul bape time ujung minggu, aku punye suke lah..tapi skang..bila aku terjaga je waktu subuh, aku tengok lampu toilet terpasang.. erm..suami dah bangun dlu nk semayang subuh...

kalau dlu aku nak sepahkan rumah ke, tak nak sapu umah sampai seminggu ke...aku pejam mata je kalau tepijak abuk..tapi skang...bila aku tengok rumah berabuk je..laju je tangan aku capai penyapu , mop and baldi...suami aku sapu..aku mop lantai :)

kadang2 aku kesian tengok suami..dia seakan2 macam terpaksa je amik hati aku....bila aku tanya die penat ke tak..die cakap, "tak lar..abg suke tolong ayang."
mungkin jauh di sudut hatinya die agak penat tapi die pendamkan sebab sayang kan aku..
manelah aku tau kan..
pernah aku ternampak suami terlelap mata temankan aku tengok citer industan, tapi bila aku tegur die ckap tade lar die mungkin telelap je..dia cuba2 nak segarkan mata dia..tapi..lepas beberapa minit tu aku dengar dah die berdengkur kencang ..sah! die penat sebenarnye. tapi tak nak ngaku . aish..syg ni...

bila aku pandang suami aku tido..aku rasa sayu hati..
sekarang ni...aku bukan lagi milik keluarga aku..aku dah jadi isteri dia..semuanya di bahu dia..
kalau aku jahat, aku degil, aku kuang aja, aku biadap, ...semuanya akan ada kat bahu dia untuk dia tanggung.  bila kenangkan begitu..terus insaf. 

aku harap, suami akan terus memimpin aku menjadi isteri yang baik, dialah penghulu hati aku. aku harap sangat dia akan terus menjadi yg pertama di hati aku. menjalani hari2 yang ada bersamanya, selamanya dengan dia..

i love u syg. 

semoga mahligai ini kekal hingga ke akhirnya..miss you mawi.eh.slh2.


Friday, April 1, 2011

selesai sudah dan...

hye all...sorri ye mungkin lame beno idak aku apdet blog ni ..
selesai sudah semua majlis...
dari resepsi di rumah aku, sehingga ke bertandang ke rumah mertua, dan majlis meraikan penantin di ofis aku.
syukur Alhamdulillah :)
penat? 
HOPKOS LAH.
ini tahap dah memang nak ckp, penat giler weh.
dari majlis di rumah aku, aku tido lewat , then bekemas tak sesudah, (aku pantang tengok tempat besepah kan) then ke rumah mak mertua, pon sama, tido lewat dan bekemas tak sesudah ( kali ni memang teruk sikit sebab aku dah ada simptom2 nak demam) sehari lepas aku sanding di ampang, aku demam..
what a special case, my fwen datang ke rumah di samping nak bagi hadiah sebab dia tak dpt attend kenduri aku, dia juga turut membawa sekali doktor . ehem. ini doktor dia yang punya. aku pon ape lagi, kesempatan yang ada aku gunakan untuk meminta rawatan percuma kelas pertama, (mana ada doktor datang rumah untuk penyakit demam dan sekeping MC bernilai dua hari???)
tapi, biaselah tabiat aku kan, bila doktor depan mata je, macam tak sakit..sihat je muka tu.bila doktor tu balik, terus telentang, tebongkang..
aku dapat MC 2 hari dan 2 hari tu tak memadai pada aku sebab sisa baki demam tu tak surut lagi.
siyes weh, memang penat die lain macam.
rata2 aku tanya kawan2 aku, mana yang dah selesai majlis, kalau tak demam memang bukan penantinlah weh.
mesti demam di salah satu majlis. cam aku ni kira ok lah demam selepas majlis kat Ampang. kalau aku demam lepas aku punya majlis di Yong Peng?? mau ijau muka aku nak datang Ampang tuh.
ok lah selepas semuanya selesai, aku pon skang dah naik keje dan berkira2 bila lah nak pegi honeymoOn.
tapi semuanya masih dalam perancangan...
si suami masih tidak memberi kata putus lagi memandangkan komitmen kerja yang tak menentu.  Sebagai isteri yang baik (ok, muntah skang!) aku kene lah faham kan. aku tak kisah pon bila nk pegi honeymoon tu, aku bersedia bila2 masa saja.
untuk pic kahwin aku, ada sedikit yang telah diedit aku dah jadikan entri, boleh lah tengok kat entri yang lepas :) 
bila lah selsema dan batok ini mahu berambus dari diri aku, terlalu seksa aku rasakan :( 

*nantikan entri2 hangat majlis aku :P *

Fiefawafa Photography: :: Azmee & Natasha's Reception at Taman Saga, Ampa...

Fiefawafa Photography: :: Azmee & Natasha's Reception at Taman Saga, Ampa...
 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaDoodles . All Right Reserved To Me.